CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Perompak Bogel Kena Cekup Selepas Ilmu Hitam Tidak Menjadi

3-1-2024 09:10 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12022| Komen: 0

Description: JAKARTA – Seorang perompak yang sedang menguji ilmu hitam ditangkap dalam keadaan bogel di depan pintu rumah yang diceroboh di Kota Bekasi, Jawa Barat, lapor portal berita Serambinews hari ini.
JAKARTA – Seorang perompak yang sedang menguji ilmu hitam ditangkap dalam keadaan bogel di depan pintu rumah yang diceroboh di Kota Bekasi, Jawa Barat, lapor portal berita Serambinews hari ini.

Pencuri berusia 29 tahun itu ditangkap oleh penduduk kampung selepas mereka berasa curiga dengan perbuatannya yang berjalan-jalan di hadapan rumah tersebut.

Gambar yang menunjukkan detik lelaki itu ditangkap dimuat naik di platform X menerusi akaun  @Pai_C1 dan menjadi tular di media sosial.



Menurut keterangan akaun itu, ketika ditangkap, pencuri tersebut sempat bertanya sama ada penduduk boleh melihatnya berbogel sedangkan dia menggunakan ilmu hitam.

Setelah ditangkap, lelaki berkenaan diberikan kain untuk menutup tubuhnya.

Seorang pegawai polis tempatan, Inspektor Arif Fadil menyatakan bahawa kejadian itu berlaku pada malam Sabtu lalu.


Pemuda berusia 29 tahun itu dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.  

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 11:40 AM GMT+8 , Processed in 0.040113 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top