Seorang lelaki tular di laman X apabila dia meluahkan rasa kecewa selepas anaknya disahkan menghidap autisme. Menurut lelaki itu, dia dan isterinya malu mengenangkan hal tersebut, apatah lagi ia melibatkan cahaya mata pertama mereka.
"Apa salah aku? Anak aku didiagnos sebagai autisme. Apa dosa aku dengan bini aku? Kenapa dapat anak cacat macam ni? "Isteri aku dari tadi menangis. Berat sangat ujian. Malu la aku, anak pertama pula tu. Kami dah plan cantik dah, cuma nak anak seorang. "Tiba-tiba anak cacat, benci la," ujar lelaki yang tidak mendedahkan identitinya itu menerusi luahan pada Jumaat. Perkongsian itu menerima lebih 2,700 ulang kicau dan turut dihujani komen netizen yang tidak bersetuju dengan kenyataan pengadu. "Bukan anak yang cacat, tapi kau yang cacat. Kau tak bersyukur dapat anak yang boleh tarik kau masuk syurga terus. "Dia anak syurga. Terima dan jaga dia seadanya. InsyaAllah dia yang akan tarik kita masuk syurga. "Mohon lebihkan membaca ya bro. Ajak bini kau pun sama membaca sama pasal autisme," tulis netizen. Tambah netizen lagi, anak-anak austime juga boleh berjaya seperti insan biasa sekiranya mereka menerima pendidikan serta sokongan sewajarnya. Sumber: mStar
|
stingergrumpy replied at 31-12-2023 07:18 PM
Mohon tazkirah dari @sayawifenikmie
sayawifenikmie replied at 31-12-2023 07:41 PM
.....
monreyes: kwn opis aku stress juga dpt a ...
cm_vungtau replied at 2-1-2024 01:22 AM
Autisme selalu jadi pada anak lelaki kan? Tapi pernah juga jumpa anak perempuan yang autistic
ADVERTISEMENT