Usahawan kosmetik, Datuk Seri Alha Alfa yang tampil dengan lagu duet berjudul Cinta Agung bersama pelakon Zara Zya menjelaskan perkara itu bukanlah bermaksud dia ingin bergelar penyanyi. Alha atau Abdul Al Halim Al Fadzil, 34, sebaliknya menjelaskan lagu tersebut hanya sekadar mahu memeriahkan industri seni muzik.
Selain itu, Alha percaya melalui lagu tersebut ia mampu mengembangkan lagi empayar perniagaannya. "Saya tiada niat bergelar artis pun.... Single bersama Zara ini saya hanya sekadar mahu memeriahkan industri seni sebab sebelum ini pun ramai sahaja selebriti ceburi bidang perniagaan. "Apa salahnya usahawan pun cuba keluarkan lagu. Tambahan pula single saya ini sebenarnya hadiah 10 tahun persahabatan dengan Zara," katanya. Bercerita mengenai persahabatan dengan Zara, jelas Alha pelakon tersebut merupakan 'geng karaoke' memandangkan kedua-dua mereka gemar menyanyi ketika waktu lapang.
Disebabkan minta itu timbul idea menghasilkan lagu duet bersama Zara namun tidak berhasrat mempertandingkan single berkenaan dalam mana-mana pertandingan termasuk Anugerah Juara Lagu (AJL). "Saya tak terfikir pun sampai AJL, kami cuma rakamkan lagu ini untuk suka-suka. Kelas vokal pun saya tak pergi. "Lagu pun digubah dalam masa singkat oleh komposernya iaitu Yuka Kharisma mengikut kesesuaian vokal kami berdua. "Perancangan menghasilkan muzik video pun dirancang dalam tempoh singkat termasuklah baju, set penggambaran dan sebagainya. Jumlah keseluruhan untuk single ini RM60,000," jelasnya. Dalam pada itu, Alha berkata, dia sedia menerima kecaman dan menanggap ia sebagai satu lumrah terutama bila berada di dalam industri hiburan. “Sekarang ini kecaman itu satu kebiasaan. Datuk Seri Siti Nurhaliza pun kena kecam, apa lagi saya. Tak apalah, kita tidak cuba, tidak tahu. “Saya ini pula suka cabar diri dan buat sesuatu di luar kotak,” katanya. Sumber: mStar
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|