CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tiru Sambal Nyet, Khairul Aming Ambil Tindakan Undang-Undang

28-12-2023 07:03 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 29803| Komen: 12

Description: Pempengaruh media sosial dan usahawan, Khairul Aming mendedahkan telah mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu yang meniru produk keluarannya.Menurut Khairul Amin Kamarulzaman, 31, dia peka ak ...
Pempengaruh media sosial dan usahawan, Khairul Aming mendedahkan telah mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu yang meniru produk keluarannya.

Menurut Khairul Amin Kamarulzaman, 31, dia peka akan hal tersebut yang menyebabkan ramai pelanggannya sudah terpedaya dengan kewujudan produk sambal tiruan berkenaan.



"Semalam ada satu isu di mana ada satu sambal yang cuba ciplak atau tiru Sambal Nyet. Jadi ramai pelanggan tertipu, terpedaya sebab mereka ingat itu Sambal Nyet yang original, tapi sebenarnya bukan.

"Kita aware kewujudan sambal ni sejak beberapa hari lepas. Tapi kita tengah kumpul bukti untuk ambil tindakan undang-undang. Kami dah beli sambalnya untuk dijadikan bukti dan jejak siapakah penjual tersebut.

"Sambalnya sangat identical. Kita telah kenal pasti siapakah seller dan hari ni peguam kami dah hantar letter of demand (LOD) di atas Infringement of Intellectual Property Rights and Passing Off," ujarnya.


Menerusi hantaran di media sosial pada Khamis petang, Khairul Aming berkata peguam yang mewakilinya menghantar lapan tuntutan kepada peniaga tersebut.


Tambahnya lagi, ia bukanlah kejadian pertama, sebaliknya sambal keluarannya juga pernah diciplak tiga tahun lalu.

"Trademark Sambal Nyet didaftarkan dan diluluskan pada 2 November 2021. Jadi kami ada lapan tuntutan kepada seller. Kalau dia gagal penuhi lapan tuntutan, kita akan bawa ia ke proses undang-undang yang lagi tinggi.

"Ini bukan kali pertama, ia pernah terjadi tiga tahun lepas. Tapi ada juga orang degil. Saya selalu sokong peniaga kecil, tapi nak berniaga bukan begini caranya.

"Juallah dengan identiti sendiri dan bina jenama sendiri. Akhir kata, carilah rezeki halal dan ada keberkatan, InsyaAllah anda akan pergi jauh," ujarnya lagi.

Terdahulu, tular foto di media sosial yang menujukkan sebotol sambal yang kelihatan hampir sama dengan produk keluaran usahawan Kelantan itu.

Bukan sahaja dari segi pembungkusan, malah poskad yang dikirim kepada pelanggan juga kelihatan hampir sama sehingga menimbulkan kekeliruan pengguna.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hzln 28-12-2023 07:09 PM
Ntah wujud ke tidak manusia dgn nama begitu rupa begitu
Aku khuatir hasil AI jer
Yg buatnya syarikat ntah mana2 pemiliknya ntah sapa2
Quote heythere123 28-12-2023 07:09 PM
Edited by heythere123 at 28-12-2023 07:11 PM

tt @tatod anda salah bod ni. Tred ni kena campak bod personaliti media sosial bukannya retis
Quote black_handbag 28-12-2023 07:11 PM
KA dah boleh daftar Trademark dah nama Sambal nyet tu.. supaya tak diciplak orang lain.. tak pasti kes ni boleh menang ke? sebab dia tak tiru 100% sebab dia letak nama dia kan kat botol tu Khairi.. cuma packaging la memang sama
Quote bankerpencen 28-12-2023 07:17 PM
Memang respect Khairulaming. Pentingnya orang ada akhlak & ilmu tinggi
Quote neve4881 28-12-2023 09:38 PM
black_handbag replied at 28-12-2023 07:11 PM
KA dah boleh daftar Trademark dah nama Sambal nyet tu.. supaya tak diciplak orang lain.. tak pasti k ...

"Trademark Sambal Nyet didaftarkan dan diluluskan pada 2 November 2021. Jadi kami ada lapan tuntutan kepada seller. Kalau dia gagal penuhi lapan tuntutan, kita akan bawa ia ke proses undang-undang yang lagi tinggi.

KA da reg trademark kaka..pasal tu dia htr LOD
Quote adizero11 29-12-2023 07:55 AM
KA dia selidik dan siasat dulu kes ni..tak gelabah pergi melatah di socmed maki2 ke apa dan ugut surat saman ke apa..dah dapat bukti baru dia proceed dgn tidakan undang2..yang meniru ni pun satu hal, tukar laa nama kepada SAMBAL NYOTNYOT ke apa..
Quote Cassieopeia 29-12-2023 10:59 AM
bgs ka kumpul bukti semua then proceed legal action. org tu pun wlpn de nama kt bwh tp org tgk sure akan kait dgn sambal ka siap kad tq pun lebih kurg sama so kt situ ada unsur meniru wlpn x 100%
Quote mamajawie 29-12-2023 11:10 AM
bagus la KA nak buat trademark cuma sambal rasa out betul..baik la beli jenama lain x pun ko buat la sndiri sambal penyet bukan payah nau
Quote alieyrina 29-12-2023 12:47 PM
Dulu ada brand wawa kan buat packaging pun nak sama dgn wawa kosmetik tu.
Buat kastemer dia konfius
Quote royaldanish 29-12-2023 06:06 PM
KA ni tenang tak melatah.. mungkin boleh perbaiki rasa sambal tu, ummph dia cuma pedas je
Quote ihtisyam1 31-12-2023 10:41 AM
nak tiru sambal takpe , ni ape kejadahnya sampai pelekat pun tiru,
Quote ezacbee 31-12-2023 09:37 PM
Khairi tu cina ke?

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 08:34 AM GMT+8 , Processed in 0.356997 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top