CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Diminta Pakai Tudung, Elyana Balas Balik Minta Individu Berhijab Jangan Pakai Baju Mandi Sampai Terbentuk 'Private Part'

28-12-2023 07:20 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 34879| Komen: 81

Description: Penyanyi Elyana bertindak menempelak seorang individu yang memberikan teguran agar penyanyi itu memakai kembali hijab seperti sebelum ini.Individu berkenaan meninggalkan komen di IG dengan berkongsi b ...
Penyanyi Elyana bertindak menempelak seorang individu yang memberikan teguran agar penyanyi itu memakai kembali hijab seperti sebelum ini.

Individu berkenaan meninggalkan komen di IG dengan berkongsi berita kehilangan rakannya dan mendoakan agar Elyana kembali menutup aurat.



Tidak berdiam diri, Elyana membalas komen tersebut dengan menyatakan bahawa kematian itu pasti akan berlaku.

Bukan itu sahaja, Elyana turut memberikan pesanan kepada individu tersebut agar lebih berhati-hati dalam pemilihan pakaian.

"Kita semua akan meninggal dik. Awak pun esok lusa boleh meninggal atau bila-bila masa sel kanser awak boleh active.

"Terima kasih doakan akak. Akak pun harap awak dapat terima nasihat akak.

"Awak dah elok berhijab tapi janganlah berpakaian seolah telanjang dik. Banyak lagi pilihan baju mandi atau adik jangan post kalau pakai macam tu, nak bagi siapa tengok?


"Sampai nampak bentuk private part awak... adik tak malu ke? By the way, zaman pakai baju ketat tunjuk body ni dah lapok sebenarnya. Semoga adik istiqomah," balas Elyana.


Sumber: Xtra

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 28-12-2023 07:27 PM
Hahahah. Hambekk. Iols mmg anti bethol dgan org yg sibuk dgan aurat org lain ni
Quote naisyahmh 28-12-2023 07:31 PM
Amboi el.. X padan dgn x berhijab nak tegur org.. Kui3.. Xpelah.. Sama2 nasihat menasihati..
Quote naisyahmh 28-12-2023 07:35 PM
Tau pun dia sel kanser tu bila2 boleh aktif.. Mati tu bila2 pun boleh mati.. Yg tanggal tudung tu kenapa.. Elok2 dah Allah beri hidayah dulu.. Yelah.. Hidayah milik Allah.. Bila 2 Allah boleh ambik blk..
Quote bulanbulat 28-12-2023 07:43 PM
Ambek[em:3:]

Panas tak muka baca agaknya
Quote fido_dido 28-12-2023 07:43 PM
ni namanya sibuk duk tgok kain org kain sndri tekoyak xsedar..ambik kau
Quote cm_vungtau 28-12-2023 08:38 PM
Bab tudung ke aurat ke takyah masuk gosip boleh tak? Yang bertudung sibuk menilik orang tak pakai tudung. Yang tak pakai tudung memanjang cari pasal dengan yang bertudung. Contoh : RR - Cikgu bukak aje lah tudung tu. Takpun Elyana ni : Pakai tudung tapi nampak private part.

Ah sudah la bergasak pakai tudung tak tudung. Masing2 nak justify diri masing2. Tahapa2
Quote missHaidiD 28-12-2023 08:45 PM
Iols tak suka dia ni
Quote missHaidiD 28-12-2023 08:47 PM
Dr awal dia sakit aku tak caya.
Quote black_handbag 28-12-2023 09:00 PM
missHaidiD replied at 28-12-2023 08:47 PM
Dr awal dia sakit aku tak caya.

kan.. tak nampak orang sakit kan..ntah betul ke tidak sakit tu..
Quote doubleA 28-12-2023 09:08 PM
El buka ig org tu ke yg dia tegur baju renang tu, tapi makcik tu bertudung pun selempang biasa2 je bukan niqob pun. Femes la acik dah meniaga publisiti free
Quote jihyomelly 28-12-2023 09:38 PM
biar kan dia..maybe jenis si km xleh tegur..moga diberi hidayah..manusia ni bila diduga baru ingat tuhan..
Quote opie5662 28-12-2023 09:39 PM
Dik, ko jgn risau,.. Diorg nnt klu sakit dia mintak la kita doakan. Masa sihat selalunye lupe...
Quote opie5662 28-12-2023 09:39 PM
missHaidiD replied at 28-12-2023 08:47 PM
Dr awal dia sakit aku tak caya.

iols pon x caya... Haha
Quote ninja boy 28-12-2023 09:43 PM
Hidayah petunjuk dtg dari Allah, sedangkan bapak saudara nabi pun x mendapat hidayah still non muslim sampai meninggal
Quote Mary_jane 28-12-2023 09:46 PM
Kan dah mendapat.
Quote rosevelvet 28-12-2023 09:47 PM
cm_vungtau replied at 28-12-2023 08:38 PM
Bab tudung ke aurat ke takyah masuk gosip boleh tak? Yang bertudung sibuk menilik orang tak pakai tu ...

Dua2 tu jahil. Ko x btudung tp duk justify org btudung lg x elok dr kau. Bodo! N betul kata u. Dah2 la tu bukak benang psl aurat dlm forum ni. Tajuk basi. Retis kot. Blakon pun sentuh2 n peluk bukan muhrim. Nk expect apa lg
Quote MissVixen 28-12-2023 09:50 PM
Masa lymphoma tu teruk, labuh tudungnya. Hahaha. Macam2 ragam manusia. Lantak kamu la. Kubur asing2.
Quote LadyCarefree 28-12-2023 10:34 PM
ninja boy replied at 28-12-2023 08:43 PM
Hidayah petunjuk dtg dari Allah, sedangkan bapak saudara nabi pun x mendapat hidayah still non musli ...

Kalau dah gitu xyah buli siapa xtotop ghambot lah.
Quote belacan_gurl 28-12-2023 10:36 PM
Kalo aku....aku pun sedekah balik nasihat...sibuk plak hal org sampai aib sendiri pun tak terjaga

Lihat semua komen(81)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 01:24 PM GMT+8 , Processed in 0.060965 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top