CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zara Zya, Alha Alfa Mesra Tapi Hanya 'Geng Karaoke', Siap Lancar Lagu Duet

28-12-2023 06:55 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 29064| Komen: 5

Description: Usahawan kosmetik, Datuk Seri Alha Alfa yang tampil dengan lagu duet berjudul Cinta Agung bersama pelakon Zara Zya menjelaskan perkara itu bukanlah bermaksud dia ingin bergelar penyanyi.Alha atau Abdu ...
Usahawan kosmetik, Datuk Seri Alha Alfa yang tampil dengan lagu duet berjudul Cinta Agung bersama pelakon Zara Zya menjelaskan perkara itu bukanlah bermaksud dia ingin bergelar penyanyi.

Alha atau Abdul Al Halim Al Fadzil, 34, sebaliknya menjelaskan lagu tersebut hanya sekadar mahu memeriahkan industri seni muzik.



Selain itu, Alha percaya melalui lagu tersebut ia mampu mengembangkan lagi empayar perniagaannya.

"Saya tiada niat bergelar artis pun.... Single bersama Zara ini saya hanya sekadar mahu memeriahkan industri seni sebab sebelum ini pun ramai sahaja selebriti ceburi bidang perniagaan.

"Apa salahnya usahawan pun cuba keluarkan lagu. Tambahan pula single saya ini sebenarnya hadiah 10 tahun persahabatan dengan Zara," katanya.

Bercerita mengenai persahabatan dengan Zara, jelas Alha pelakon tersebut merupakan 'geng karaoke' memandangkan kedua-dua mereka gemar menyanyi ketika waktu lapang.



Disebabkan minta itu timbul idea menghasilkan lagu duet bersama Zara namun tidak berhasrat mempertandingkan single berkenaan dalam mana-mana pertandingan termasuk Anugerah Juara Lagu (AJL).

"Saya tak terfikir pun sampai AJL, kami cuma rakamkan lagu ini untuk suka-suka. Kelas vokal pun saya tak pergi.

"Lagu pun digubah dalam masa singkat oleh komposernya iaitu Yuka Kharisma mengikut kesesuaian vokal kami berdua.


"Perancangan menghasilkan muzik video pun dirancang dalam tempoh singkat termasuklah baju, set penggambaran dan sebagainya. Jumlah keseluruhan untuk single ini RM60,000," jelasnya.

Dalam pada itu, Alha berkata, dia sedia menerima kecaman dan menanggap ia sebagai satu lumrah terutama bila berada di dalam industri hiburan.

“Sekarang ini kecaman itu satu kebiasaan. Datuk Seri Siti Nurhaliza pun kena kecam, apa lagi saya. Tak apalah, kita tidak cuba, tidak tahu.

“Saya ini pula suka cabar diri dan buat sesuatu di luar kotak,” katanya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missyL 28-12-2023 10:17 PM
lol
Kaka duda xnk komen ke
Menunggu di tusuk hahaha
Quote labelapplaud 17-1-2024 12:14 PM
Datuk Seri Alha Alfa, usahawan kosmetik, menjelaskan bahawa keputusannya untuk melancarkan lagu duet 'Cinta Agung' bersama Zara Zya bukanlah untuk menjadi penyanyi. Bagi Alha, lagu tersebut adalah usaha untuk menyemarakkan industri seni muzik dan pada masa yang sama, memperluaskan empayar perniagaannya. Beliau menegaskan bahawa tidak berniat untuk bersaing dalam pertandingan muzik dan menerima kecaman sebagai lumrah dalam industri hiburan. Keputusan ini timbul daripada persahabatan 10 tahun dengan Zara Zya, yang juga merupakan 'geng karaoke' bersama Alha. Sebuah langkah luar biasa dan berani yang menunjukkan semangat untuk mencabar diri dan mencuba sesuatu yang baru di luar zon keselesaan. Teruskan usaha anda, Datuk Seri Alha Alfa! ???????? #CintaAgung #IndustriSeni #UsahawanBerani #geometry dash unblocked
Quote menjad 17-1-2024 01:00 PM
tak kemana lah dorang  nihhhhhh
Quote deebiz14 17-1-2024 01:06 PM
Ye betul. Mesra gitu je. Takkan kemane kot nippon dan lemari.  
Quote cahaya_almas 17-1-2024 02:41 PM
Hsome lgj jgk dato ni..tp syg nampak sesuatu sgt..

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 07:13 PM GMT+8 , Processed in 0.068136 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top