Tiada angin, tiada ribut tiba-tiba nama usahawan terkenal, Datin Vivy Yusof terpalit dengan kes kehilangan sebentuk cincin berlian bernilai lebih AS$800,000 (RM3.73 juta).
Terdahulu, tular satu laporan daripada akhbar Perancis tentang cincin berlian milik seorang ahli perniagaan dari Malaysia didakwa telah dicuri di sebuah hotel di Paris. Berita itu menimbulkan tanda tanya ramai warganet yang mempersoalkan siapakah gerangan pemilik cincin berlian yang berasal dari negara ini. Entah bagaimana, secara rawak nama Vivy Yusof dipetik dan menyebabkan tersebarnya dakwaan tersebut selepas ada yang memberikan komen di media sosial. Dari TikTok sehinggalah ke Instagram malah ada individu terus bertanya kepada Vivy sendiri di bahagian komen sama ada benar dakwaan itu.
Vivy Yusof yang tahu dirinya menjadi sebutan warganet disebabkan kes tersebut tidak berdiam diri namun sempat memuat naik gambar dan memberikan responnya.
Ibu kepada empat cahaya mata itu berseloroh dengan pengikutnya di Instagram dan menulis ringkas memaklumkan dia kini berada di Penang, bukan di Paris.
Sumber: Beautifulnara
|
zuriey replied at 28-12-2023 03:08 PM
Cik apple ke..mcm ada npk sheols ke luar negara.
imransulaiman replied at 28-12-2023 02:26 PM
Aku syak pekerja hotel tu yang curi. Bila heboh, terus sedut hampagas
missyL: Huish kaya kaya kayaX terkejut pn ramai founder kaya raya kt msia nie heheheLg2 klo yg nikah ngn politikus lol
black_handbag replied at 28-12-2023 02:40 PM
so jumpa balikla ni cincin 3 juta..
bukan persoalan cincin tu begitu mahal, tapi persoalan mana di ...
razzia replied at 29-12-2023 01:08 PM
nak vincent ka,selalu travel dan emang kaya
miss_perfect replied at 29-12-2023 10:00 AM
I rasa nk businesswoman Cina la. Sebab org Cina yg betul2 kaya gila babeng ni selalu secretive dan l ...
ADVERTISEMENT