CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shuib Sebak Pengurus Peribadi Tamat Khidmat Lepas 5 Tahun

28-12-2023 01:58 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 7740| Komen: 7

Description: Pelawak Shuib memaklumkan semalam merupakan hari terakhir pengurus peribadinya yang dikenali sebagai Shafiq Sharip atau Abu berkhidmat untuknya. Menerusi perkongsian di Instagram, Shuib menitipkan uca ...

Pelawak Shuib memaklumkan semalam merupakan hari terakhir pengurus peribadinya yang dikenali sebagai Shafiq Sharip atau Abu berkhidmat untuknya.


Menerusi perkongsian di Instagram, Shuib menitipkan ucapan terima kasih kepada pengurusnya yang sudah dianggap sebagai ‘orang penting’ dalam hidup yang selama ini telah memudahkan serta membantu urusan kerja.



"Hari ini (Rabu) hari terakhir Dol a.k.a Shafiq Abu. Inilah orang yang ada di saat susah dan senang, orang yang sentiasa ada di saat aku nangis dan ketawa.


"Orang yang ada di saat genting dan penting, ‘orang penting Shuib’. Terima kasih Dol, terima kasih atas segalanya. Terima kasih bawak aku ke sana ke sini.


"Uruskan itu ini, tengokkan anak-anak, tengokkan keluarga aku. Kau yang ada saat aku jatuh terpaling bawah. Maafkan aku kalau ada salah dan silap dari aku," tulisnya.


Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad, 39, turut mendoakan kejayaan Shafiq dalam apa jua yang dilakukan.


"Aku sayang kau dunia akhirat. Insya-Allah terus sukses dengan apa yang di cita-citakan. Semoga keluarganya diberkati dunia akhirat.


"Terima kasih jadi orang penting aku. Terima kasih untuk kenangan selama 5 tahun yang luar biasa. Aku selalu ada belakang kau, apa-apa Whatsapp," katanya lagi.


Difahamkan Shafiq mula berkhidmat dengan Shuib sejak arwah isterinya yang juga penyanyi terkenal, Siti Sarah masih hidup.



Sumber: Oh Bulan



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tokchik 28-12-2023 02:13 PM
abu nak gi mana tu ebbb?

Quote Burong_Hantuk 28-12-2023 02:16 PM
ntah2 si kepam berkerak ni x bayar gaji
Quote dewi_rina 28-12-2023 02:30 PM
dia berhenti ke diberhentikan? sebab dah ada watek ke so takyah pakai dia lagi? yg ni keje 5 tahun ada epf socso tak? curious...
Quote red_velvet 28-12-2023 09:51 PM
Apesal  muka si dol ni macam muka anak soeb yg sulung tu... Si uwais...
Quote LadyCarefree 28-12-2023 10:32 PM
red_velvet replied at 28-12-2023 08:51 PM
Apesal  muka si dol ni macam muka anak soeb yg sulung tu... Si uwais...

sis...jangan sis..... LOL
Quote sleepandream 28-12-2023 11:17 PM
langkah penjimatan ke ni?
kalau penting and keje tiptop mesti shuib dah naikkan gaji and keep him... aaagitewww
Quote imransulaiman 29-12-2023 12:37 PM
Setuju. Patut kalau kerja tiptop, boss akan cuba hold dan naikkan gaji lebih atau at least sama dengan gaji yang dia dapat offer baru.

Kalau dah buat semu tu tapi Abu masih nak resign, maknanya tuuuut dan tuuuut dan tuuuut dan.......

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 11:26 AM GMT+8 , Processed in 0.053662 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top