CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Di Penang" - Vivy Yusof Ulas Ringkas Isu Usahawan Hilang Cincin Di Perancis

28-12-2023 02:16 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 12071| Komen: 44

Description: Tiada angin, tiada ribut tiba-tiba nama usahawan terkenal, Datin Vivy Yusof terpalit dengan kes kehilangan sebentuk cincin berlian bernilai lebih AS$800,000 (RM3.73 juta). Terdahulu, tular satu lap ...

Tiada angin, tiada ribut tiba-tiba nama usahawan terkenal, Datin Vivy Yusof terpalit dengan kes kehilangan sebentuk cincin berlian bernilai lebih AS$800,000 (RM3.73 juta). 


Terdahulu, tular satu laporan daripada akhbar Perancis tentang cincin berlian milik seorang ahli perniagaan dari Malaysia didakwa telah dicuri di sebuah hotel di Paris.


Berita itu menimbulkan tanda tanya ramai warganet yang mempersoalkan siapakah gerangan pemilik cincin berlian yang berasal dari negara ini.



Entah bagaimana, secara rawak nama Vivy Yusof dipetik dan menyebabkan tersebarnya dakwaan tersebut selepas ada yang memberikan komen di media sosial.


Dari TikTok sehinggalah ke Instagram malah ada individu terus bertanya kepada Vivy sendiri di bahagian komen sama ada benar dakwaan itu.


Vivy Yusof yang tahu dirinya menjadi sebutan warganet disebabkan kes tersebut tidak berdiam diri namun sempat memuat naik gambar dan memberikan responnya.


Ibu kepada empat cahaya mata itu berseloroh dengan pengikutnya di Instagram dan menulis ringkas memaklumkan dia kini berada di Penang, bukan di Paris.


Sementara itu, pihak hotel mewah di Paris itu dikatakan menawarkan penginapan percuma selama tiga malam kepada usahawan wanita tersebut dan kemudian memaklumkan mereka menemui cincin berkenaan di dalam beg vakum.


Sumber: Beautifulnara



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 28-12-2023 02:26 PM
Aku syak pekerja hotel tu yang curi. Bila heboh, terus sedut hampagas
Quote black_handbag 28-12-2023 02:40 PM
so jumpa balikla ni cincin 3 juta..

bukan persoalan cincin tu begitu mahal, tapi persoalan mana dia dpt duit beli cincin je dah 3 juta..

belum yang lain2 lagi
Quote zuriey 28-12-2023 03:08 PM
Cik apple ke..mcm ada npk sheols ke luar negara.
Quote neve4881 28-12-2023 03:23 PM
zuriey replied at 28-12-2023 03:08 PM
Cik apple ke..mcm ada npk sheols ke luar negara.

buah baru smpai munich..citer cincin ni kate nye recently nye kes, kt ritz carlton paree.. so bkn buah la
Quote Ayda89 28-12-2023 04:44 PM
Jadi sebenarnya dia ke bukan ?
Quote Lvstar 28-12-2023 04:48 PM
Dia dah bagitau dalam igs bukan dia
Quote missyL 28-12-2023 10:28 PM
Huish kaya kaya kaya
X terkejut pn ramai founder  kaya raya kt msia nie hehehe
Lg2 klo yg nikah ngn politikus lol
Quote missyL 28-12-2023 10:29 PM
imransulaiman replied at 28-12-2023 02:26 PM
Aku syak pekerja hotel tu yang curi. Bila heboh, terus sedut hampagas

Kan
Atau pn mmg dah thu staff curik
Tp nk jaga Nada hotel
Staff maybe kene pecat lepas kejadian
Quote adizero11 29-12-2023 08:07 AM
yang beli produk founder laa kayakan dieorg..produk level pasar malam tp jual harga farmasi..
missyL: Huish kaya kaya kayaX terkejut pn ramai founder  kaya raya kt msia nie heheheLg2 klo yg nikah ngn politikus lol


Quote bbasir 29-12-2023 09:34 AM
non malay punya businesswoman kot...
Quote kimoree 29-12-2023 10:24 AM
black_handbag replied at 28-12-2023 02:40 PM
so jumpa balikla ni cincin 3 juta..

bukan persoalan cincin tu begitu mahal, tapi persoalan mana di ...

Actually aku nak tahu siapa empunya cincin tu?
Quote kimoree 29-12-2023 10:30 AM
First time aku baca cerita ni. Nama Vivy not in my list at all.
Bukan level dia lagi nak pakai cincin harga mcm tu.

Harga tu must be someone yg very low profile but multimillion business dia.
I can say someone yg antara 10orang terkaya di Malaysia.

Vivy and husband dia belum lagi masuk list tu and if you really orang yg banyak membaca boleh tahu berapa keuntungan Fashion Valet setahun.

Definitely  Vivy bukan orangnya yg beli cincin harga mcm tu.

Takut I baca apa yg Vivy Post - comment2 orang dekat dia.
Malu pun dapat and dosa pun dapat.
Dari orang yg comment tu tahu tahap mana education diaorang ni.
Main serkap jarang saja comment.
Quote iolss 29-12-2023 11:38 AM
i see... memandai je netizen2 tiktok kt acik bibi usop. choyyy  
Quote _kelly 29-12-2023 11:49 AM
laa bukan ke ada artikel cakap millionaire cina

acik bibik ni belum sampai tahap tu
Quote mandibunge 29-12-2023 11:54 AM
oooowhhhhhhhhh
Quote razzia 29-12-2023 01:08 PM
nak vincent ka,selalu travel dan emang kaya
Quote yoppoy 29-12-2023 03:30 PM
razzia replied at 29-12-2023 01:08 PM
nak vincent ka,selalu travel dan emang kaya

Baru nak tembak sheols. Ada tak impormer tau keberadaan beliau ketika waktu kejadiaan
Quote miss_perfect 29-12-2023 06:00 PM
I rasa nk businesswoman Cina la. Sebab org Cina yg betul2 kaya gila babeng ni selalu secretive dan low profile
Quote royaldanish 29-12-2023 06:02 PM
miss_perfect replied at 29-12-2023 10:00 AM
I rasa nk businesswoman Cina la. Sebab org Cina yg betul2 kaya gila babeng ni selalu secretive dan l ...

kat TT org byk komen bini abah ex pm.

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 01:46 PM GMT+8 , Processed in 0.063274 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top