Bangkok: Sebuah rumah yang diduduki seorang pesohor YouTube di daerah Mueang diserbu polis Thailand, manakala sebanyak 87 senjata api ditemui, lapor portal berita Thaiger semalam. Serbuan yang dirancang untuk mengukuhkan keselamatan awam menjelang musim perayaan Krismas dan cuti hujung tahun itu membawa kepada penemuan 87 senjata api pelbagai jenis bersama 4,576 butir peluru dan tujuh magazin di rumah tersebut.
Ketua Polis Bandar Phitsanulok, Mejar Nikhom Kheunopparat mendedahkan penemuan yang membimbangkan itu, lapor akhbar Bangkok Post. Pesohor media sosial berkenaan, Trinsak Wachirasrisirikul, 33, yang memiliki saluran YouTube, Tacticool BoB berkata, semua senjata api yang ditemui telah diwarisi dan didaftarkan secara sah di bawah nama bapanya. Bagaimanapun, polis masih meneliti kesahihan pemindahan hak milik itu. Sekiranya tiada penyerahan dilakukan secara sah, Trinsak mungkin menghadapi pertuduhan memiliki senjata api dan peluru tanpa permit, kata Nikhom.
Sumber: Kosmo! Online |
dani-rox replied at 23-12-2023 08:59 PM
banyak2 mcm tu nak buat apa ya? kat sana tak dianggap tahap jenayah melancarkan perang terhadap raja ...
Belibis replied at 24-12-2023 07:51 PM
Memang content dia pasal senjata,tembak2..memang la banyak koleksinya..lainlah kalau content,memasak ...
Tinot7 replied at 23-12-2023 09:12 PM
Bkn perang dgn raja deme.. ni ala2 kartel dadah mexico ka latin amerika.. dok umah agam, ada guns. ...
kepompong replied at 24-12-2023 08:38 PM
baru tengok citer piu piu ... bila sebut perkataan piu piu terus terigt hehee
ADVERTISEMENT