CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

SPRM Sita Menara Ilham, Dipercayai Seleweng Dana Negara Babit Tokoh Korporat, Bekas Menteri Kanan

22-12-2023 12:11 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 24547| Komen: 61

Description: Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita bangunan Menara Ilham di sini pada Isnin lalu dipercayai berkaitan kes penyelewengan dana negara berjumlah lebih RM2.3 bilion membab ...
Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita bangunan Menara Ilham di sini pada Isnin lalu dipercayai berkaitan kes penyelewengan dana negara berjumlah lebih RM2.3 bilion membabitkan seorang tokoh korporat dan bekas menteri kanan.


Sumber SPRM ketika menghubungi Bernama berkata bangunan itu, yang turut menempatkan pejabat tokoh korporat berkenaan, disita di bawah Akta SPRM 2009.Penyitaan harta tak alih bertarikh 18 Disember 2023 itu disiarkan dalam ruangan notis pemberitahuan sebuah portal berita dalam talian hari ini.


Menurut notis ditandatangani oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM Ahmad Akram Gharib itu, Pendaftar Hak Milik, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan diarah untuk menyita bangunan Menara Ilham yang mempunyai alamat di No. 8, Jalan Binjai di sini.

Arahan itu dikeluarkan di bawah Seksyen 38(1) Akta SPRM 2009 [Akta 694] dan Seksyen 376(3) Kanun Tatacara Jenayah setelah berpuas hati dengan maklumat yang diberikan oleh pegawai agensi antirasuah berkenaan.


Notis itu turut melarang segala urusan berkaitan bangunan berkenaan dan mencatatkan terma notis pada dokumen hak milik bangunan itu di pejabat Pendaftar Hak Milik.

Menurut notis itu, individu yang tidak mematuhi notis tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 38(5) Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman denda tidak melebihi dua kali ganda nilai harta berkenaan atau RM50,000 mengikut mana lebih tinggi dan boleh dipenjara tidak melebihi dua tahun.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki, yang mengesahkan perkara itu kepada Bernama menerusi aplikasi WhatsApp, bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Pada Mei lalu, SPRM dilaporkan sedang menyiasat seorang tokoh korporat berhubung kes penyelewengan dana negara bernilai lebih RM 2.3 bilion.

Siasatan itu adalah kesinambungan dan lanjutan daripada pendedahan dokumen sulit oleh Konsortium Wartawan Penyiasatan Antarabangsa (ICIJ) berhubung transaksi yang disyaki berlaku di beberapa pusat kewangan luar pesisir.

Siasatan itu dijalankan mengikut Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bakingsoda 22-12-2023 12:15 AM
cekelat daim
Quote green~tea 22-12-2023 12:17 AM
Google nama tower ni terus keluar cekelat d'aim...

Dia ni bukan sakit tenat dah ke
Quote mojarean_X 22-12-2023 12:21 AM
green~tea replied at 22-12-2023 12:17 AM
Google nama tower ni terus keluar cekelat d'aim...

Dia ni bukan sakit tenat dah ke


Tengah tenat2 tu kifarah dtg mencari ke? Screenshot_20231222_002057_Chrome.jpg
Quote sayurmayur88 22-12-2023 07:29 AM
habis bankrap malaysia ni kalau macam ni..
Quote adizero11 22-12-2023 07:51 AM
Nampak gaya bang non x ambik masa lama melangsaikan dendam2 lama dia
Quote green~tea 22-12-2023 08:39 AM
mojarean_X replied at 22-12-2023 12:21 AM
Tengah tenat2 tu kifarah dtg mencari ke?

Anak menantu pun duk joli katak hari2 pakaian pun lagu ni...

Dah puas hidup senang pun  even tenat skang pun kira puas berjoli dah...
Quote green~tea 22-12-2023 08:41 AM
adizero11 replied at 22-12-2023 07:51 AM
Nampak gaya bang non x ambik masa lama melangsaikan dendam2 lama dia

Mmg patut laa korek abis yang penyangak2 jahat berlakon suci tu....
Bangnon mesti tahu sbb zaman dulu tu dia menteri kewangan... document2 lama mesti dia ada or tersimpan rapi dalam otak

Pandora box habis terbongkar...
Quote syamzana 22-12-2023 08:43 AM
green~tea replied at 22-12-2023 08:39 AM
Anak menantu pun duk joli katak hari2 pakaian pun lagu ni...

Dah puas hidup senang pun  even ten ...

jenuh nak allign tetek dgn sarung tu ha...naik swimming habis tunggang langgang


****kaya sgguh msia rupanya sana sini billion2 org sakau
Quote green~tea 22-12-2023 08:46 AM
syamzana replied at 22-12-2023 08:43 AM
jenuh nak allign tetek dgn sarung tu ha...naik swimming habis tunggang langgang




Salah satu sebab kenapa mahathir MENENTANG IMF funding dulu sbb takut kena audit and report to IMF fund2 yang pakai duit belanjawan negara...


Aku harap habis londeh segala kes kroni madey ni...  amboi pandai ye nampak suci selama ni..

Korea selatan elok je maju dan pulih lepas IMF... padahal zaman tu malaysia lagi maju dari korea selatan pun...


Satu lagi... madey ANTI GST.... now u know why...
Quote ayukpingu 22-12-2023 08:59 AM
ni hasil cekau yang dlm Malaysia je kan? kat luar negara pun boleh tahan berpuluh billion nya...
kesian kita rakyat msia
Quote akusukaq 22-12-2023 09:10 AM
Kuasa penuh pegang duit Umno pun Daim.Masa umno diharamkan semua bekas ahli umno  kecut perut dgn Atuk.Tahun sgt pemohonan jadi ahli  Umno Baru di tolak jika lawan boss.So tak siapa pun berani ungkit pasai duit perbendaharasn parti
Tu yg meriah Daim Atok dan kroni seludup satu alam invest sana sini....byk yg hangus gituw je.Bila umno Baru ditubuhkan pakat kumpul balik tabung baru
Quote Nurul8001 22-12-2023 09:14 AM
Lahhhhh, pulaks. Selama ni, iolls ingat atok cekelat memang kayer rayer. Harta hasilan sakauan rupenyehhhh
Quote Nurul8001 22-12-2023 09:15 AM
akusukaq replied at 22-12-2023 09:10 AM
Kuasa penuh pegang duit Umno pun Daim.Masa umno diharamkan semua bekas ahli umno  kecut perut dgn At ...

Tak paham. Umno baru?
Quote seripahzeripah 22-12-2023 09:30 AM
Then lepas pmx dah xde power..dia n kroni pulak yg disiasat..then pm yg seterusnya pulak...begitu cycle politik dlm malaysia...no ending..
Quote syamzana 22-12-2023 09:35 AM
seripahzeripah replied at 22-12-2023 09:30 AM
Then lepas pmx dah xde power..dia n kroni pulak yg disiasat..then pm yg seterusnya pulak...begitu cy ...

ni perkara biasa chuols, so rakyat kene la tukar pemerintah selalu ujung2 tgl 2/3 kerat je lain2 sume ke dalam
Quote seripahzeripah 22-12-2023 09:36 AM
syamzana replied at 22-12-2023 09:35 AM
ni perkara biasa chuols, so rakyat kene la tukar pemerintah selalu ujung2 tgl 2/3 kerat je lain2 s ...

Penyudahnya penjara penuh dgn politician ank beranak and kroni2
Quote laqoyah 22-12-2023 09:46 AM
kedai dobi tersenyum sinis....
Quote green~tea 22-12-2023 09:48 AM
seripahzeripah replied at 22-12-2023 09:30 AM
Then lepas pmx dah xde power..dia n kroni pulak yg disiasat..then pm yg seterusnya pulak...begitu cy ...

Pmx pun ada excess baggage si wak jahit komedi tu.. kita tengok nnti jagung selatan masuk apa jadi pada jahit.. berani ke tidak payung kuinin tu buat tindakan ke atas pengkhianat negara wak ponorogo
Quote ifanonline 22-12-2023 09:49 AM
green~tea replied at 22-12-2023 08:39 AM
Anak menantu pun duk joli katak hari2 pakaian pun lagu ni...

Dah puas hidup senang pun  even ten ...

tak besar mana tetek

Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 07:14 AM GMT+8 , Processed in 0.219330 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top