CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

COVID-19: Tak Perlu Bimbang, Lebih 80 Peratus Rakyat Malaysia Telah Divaksin

22-12-2023 12:16 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 21677| Komen: 4

Description: Shah Alam: Orang ramai tidak perlu bimbang dengan peningkatan kes Covid-19 kerana Malaysia telah mencapai imuniti kelompok apabila lebih 80 peratus rakyat negara ini telah mengambil vaksin Covid-19.Be ...
Shah Alam: Orang ramai tidak perlu bimbang dengan peningkatan kes Covid-19 kerana Malaysia telah mencapai imuniti kelompok apabila lebih 80 peratus rakyat negara ini telah mengambil vaksin Covid-19.


Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, rakyat Malaysia yang dijangkiti Covid-19 perlu melakukan kuarantin kendiri di rumah selama lima hari dan tidak ke tempat awam.


“Virus Covid-19 kini berada di sekeliling kita. Jadi, perlu terima hakikat bahawa Covid-19 ada di sekeliling kita,” katanya pada Siri Cakna Polisi Kronologi Satu Tahun Pertama Covid-19: Pengurusan Komunikasi dan Polisi di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, hari ini.

Noor Hisham bagaimanapun mengakui, mengendalikan kes Covid-19 selama lebih setahun merupakan cabaran paling besar pernah beliau tempuhi sepanjang 35 tahun berkhidmat dalam Kementerian Kesihatan (KKM).

Menurut beliau, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah meminta semua negara membuat pengumuman sekiranya ada penduduk dijangkiti virus berkenaan pada awal kemunculannya.


“Menerusi genetic sequence (urutan genetik) yang diberikan pihak China, kita telah mengumpulkan 23 buah makmal milik kerajaan, universiti dan swasta melakukan kajian bagi mengesan virus tersebut.

“KKM juga telah melakukan beberapa persiapan awal seperti memperkemas sistem kesihatan awam supaya negara bersedia dijangkiti Covid-19 dan menutup pintu sempadan negara,” ujarnya

Beliau namun memaklumkan virus tersebut meledak pada Mac 2020 apabila beberapa peserta sebuah perhimpunan di Sri Petaling telah dijangkiti virus tersebut.


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 22-12-2023 01:12 AM
Ok. Noted.


Quote primarikey 22-12-2023 06:10 AM
Edited by primarikey at 22-12-2023 06:15 AM

Ye la tu....dulu kj kata dh tak bole guna lg istilah imuniti kelompok

https://www.utusan.com.my/terkini/2021/09/parlimen-kita-tidak-boleh-guna-lagi-istilah-imuniti-kelompok-kj/

Dulu kata keberkesanan vaksin hanya bertahan 6 bln je..

https://www.google.com/amp/s/www.hmetro.com.my/amp/mutakhir/2021/11/776715/kajian-dapati-berlaku-pengurangan-keberkesanan-vaksin-selepas-6-bulan

Hmmm..pikir la sendiri
Quote primarikey 22-12-2023 06:19 AM
Edited by primarikey at 22-12-2023 06:22 AM

Semoga keluarga kita selamat dari covid
Quote sayurmayur88 22-12-2023 07:26 AM
k, noted .. . .  

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 07:22 AM GMT+8 , Processed in 0.208422 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top