CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cucu Penyanyi Era 70-An Mengaku Tak Bersalah Cabul Sepupu

21-12-2023 03:01 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 15628| Komen: 35

Petaling Jaya: Remaja lelaki yang juga cucu penyanyi terkenal era 70-an didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan mencabul sepupunya yang juga cucu kepada selebriti berpangkat Datuk itu.


Bagaimanapun, tertuduh yang berusia 17 tahun itu mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Farah Azura Mohd Saad.


Mengikut pertuduhan, remaja itu didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap sepupu perempuannya yang berusia 17 tahun bagi tujuan seksual di sebuah kediaman di Jalan Gasing Seksyen 5, di sini, pada 3 pagi, 15 Oktober lalu.

Oleh itu dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 14 akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, prosiding dijalankan secara tertutup berikutan membabitkan pesalah kanak-kanak bawah umur.


Majistret Farah Azura membenarkan ikat jamin RM1,800 dengan seorang penjamin dan menetapkan 15 Februari depan untuk sebutan kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Khairun Nisa Noor Harun manakala peguam Datuk Suraj Singh mewakili remaja itu.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 21-12-2023 03:45 PM
Payah nak decode ni...

Penyanyi-Penyanyi Lelaki Tahun 70-an (hingga 1978):
  • A. Razak
  • A.J. Ajmain
  • Ahmadi Hassan
  • Andre Goh
  • Andy Yunus
  • D.J. Dave
  • Dahlan Zainuddin
  • Deddy M. Borhan
  • Hail Amir
  • Hail Chik
  • Hanafiah Yunus
  • J. Mizan
  • Jasmin Hussin
  • Latiff Ibrahim
  • M. Daud
  • M. Daud Kilau
  • M. Ramli
  • M. Sani
  • M. Shariff
  • Rahman Kadir
  • Ruslan Yuss
  • S. Rosli
  • S. Sudirman
  • Shamsudin Lamin
  • V. Sarangabani

Penyanyi-Penyanyi Wanita Tahun 70-an (hingga 1978):
  • Anita Sarawak
  • Dahlia Ahmad
  • Efa Rizan
  • Faridah Mansor
  • Fatimah Razak
  • Habibah Yaakob
  • Hamidah Ahmad
  • Hamidah Buang
  • Juli Remie
  • Junainah M. Amin
  • Khatijah Ibrahim
  • Mazuin Hamzah
  • Milah Hussin
  • Mimi Loma
  • Noor Kumalasari
  • Rahimah Rahim
  • Rina Rahman
  • Rohani Aziz
  • Rose Iskandar
  • Rozita
  • Saadiah Saat
  • Salmiah Hassan
  • Sarina Hashim
  • Sharifah Aini
  • Suhaili Shamsuddin
  • Uji Rashid
  • Zalifah Ibrahim

Quote Yoonggi 21-12-2023 04:18 PM
sapa pulak laa ni?
Quote hatilara 21-12-2023 04:28 PM
selebriti berpangkat Datuk itu.
Quote black_handbag 21-12-2023 04:29 PM
pening aku baca berita ni.
Quote prettyuglybabe 21-12-2023 05:55 PM
prince_marhaen replied at 21-12-2023 03:45 PM
Payah nak decode ni...  

Penyanyi-Penyanyi Lelaki Tahun 70-an (hingga 1978):

kena screen pulak yang mana ada datuk..
Quote Decaffeinated 21-12-2023 06:02 PM
Apa kena mengena dengan atuk dia, bukan atuk dia yang mencabul pun. Bodohnya wartawan.
Quote Noraniza_Iblis 21-12-2023 06:04 PM
Decaffeinated replied at 21-12-2023 06:02 PM
Apa kena mengena dengan atuk dia, bukan atuk dia yang mencabul pun. Bodohnya wartawan.

tu lahh wartawan babi ni..

Quote plywood 21-12-2023 07:19 PM
jadi celebriti ni  can be considered cursed and blessed at the same time...
Quote laqoyah 22-12-2023 11:04 AM
ko teka la seseorang labuuuuuuu
Quote JamilBinAbu 22-12-2023 11:20 AM
prince_marhaen replied at 21-12-2023 03:45 PM
Payah nak decode ni...  

Penyanyi-Penyanyi Lelaki Tahun 70-an (hingga 1978):

cucu kpd penyanyi perempuan era 70an berpangkat datuk
Quote syamzana 22-12-2023 11:24 AM
mesti syok tgk kazen sendiri igt try dapat la...skali mendapat ke court terus.
org kalut nak spm, dia kalut dok usap bebird.
Quote sharlenetexas 24-12-2023 04:32 PM
Masih xde jawapan ke?


Quote sharlenetexas 24-12-2023 04:33 PM
Kediaman di jln gasing berjiran dgn dt ke?


Quote kechikchomel 24-12-2023 04:55 PM
JamilBinAbu replied at 22-12-2023 11:20 AM
cucu kpd penyanyi perempuan era 70an berpangkat datuk

Baca kat mana yg bagitau penyanyi wanita? Yg iolss tau kat list atas tu, arwah Tok pah je la. Tapi anak arwah bukan ke sorg tu je?
Quote JamilBinAbu 24-12-2023 05:17 PM
kechikchomel replied at 24-12-2023 04:55 PM
Baca kat mana yg bagitau penyanyi wanita? Yg iolss tau kat list atas tu, arwah Tok pah je la. Tapi ...

Ada few news outlet mentioned penyanyi wanita.
https://www.sinarharian.com.my/article/640713/berita/semasa/cucu-penyanyi-terkenal-era-70-an-didakwa-amang-seksual-sepupu-sendiri

Quote Incanto 24-12-2023 05:24 PM
Edited by Incanto at 24-12-2023 05:26 PM
kechikchomel replied at 24-12-2023 04:55 PM
Baca kat mana yg bagitau penyanyi wanita? Yg iolss tau kat list atas tu, arwah Tok pah je la. Tapi ...

bukan Tok Pah kot

cucu dia kecik kecik lagi

tapi list tu ada sorang lagi Datuk
Quote kucing_gebu 24-12-2023 05:31 PM
Datuk Katt ke.
Quote kelapaparut 24-12-2023 05:34 PM
jauh sgt nak relate kan cucu kpd artis 70 an yg definitely sendu org x amek kesah pun..wartawan pun
Quote antikorok 24-12-2023 05:55 PM
Nampak mcm herlok budak ya, tapi whyyyy dek???

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 10:53 AM GMT+8 , Processed in 0.045025 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top