CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Bakal Dituduh Di Mahkamah Esok, Tinggalkan Anak Usia 2 Tahun Lebih Tujuh Jam Dalam Kereta

21-12-2023 03:07 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9831| Komen: 29

Description: PETALING JAYA – Seorang wanita yang meninggalkan anak perempuannya berusia dua tahun lebih tujuh jam di dalam sebuah kereta akan dituduh di Mahkamah Seksyen, di sini, esok.
PETALING JAYA – Seorang wanita yang meninggalkan anak perempuannya berusia dua tahun lebih tujuh jam di dalam sebuah kereta akan dituduh di Mahkamah Seksyen, di sini, esok.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, suspek akan dituduh di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.



Foto: Kosmo

“Suspek akan dituduh esok pada pukul 9 pagi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Apabila ditanya mengenai terdapatkah kes yang serupa sebelum ini, Mohamad Fakhrudin mengakui jarang sekali suspek dihadapkan atau dituduh di bawah seksyen tersebut.

“Ada kes ini sebelum ini tetapi sangat jarang suspek dituduh di bawah seksyen ini. Kita berharap dengan tuduhan ini, orang ramai lebih sedar untuk tidak mengabaikan anak-anak di dalam kereta sehingga menyebabkan kematian,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang kanak-kanak dua tahun ditemui tidak sedarkan diri selepas lebih tujuh jam ditinggalkan dalam kereta, di kawasan perumahan Ara Damansara, di sini, 8 November lalu.


Mohamad Fakhrudin berkata, pihaknya menerima panggilan daripada wanita berusia 30-an yang memaklumkan anaknya tidak sedarkan diri pada pukul 3.49 petang.

“Hasil siasatan lanjut mendapati pada pukul 7 pagi, ibu kanak-kanak berkenaan menghantar dua anaknya ke sekolah berhampiran seterusnya, pergi ke tadika berhampiran untuk menghantar mangsa.

“Sampai di tadika, ibu mangsa berhenti sekejap untuk menyelesaikan urusan perniagaan dalam talian sehingga terlupa menurunkan mangsa di lokasi.

“Ibu mangsa terus balik ke rumah dan hanya menyedari mangsa berada dalam kereta pada pukul 3.35 petang dalam keadaan tidak sedarkan diri,” ujarnya dalam kenyataan bulan lalu. 

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dovahkiin 21-12-2023 03:19 PM
Akta kanak2. Menangis kalau sabit kesalahan. Rasanya hukuman akan dikurangkan kot.
Quote Yoonggi 21-12-2023 03:22 PM
kiranya ni kes utk dijadikan pengajaran kpd those parents agar jgn la lupa anak tu kt mana. kena lebih alert la when it comes to their own children
Quote Mary_jane 21-12-2023 03:26 PM
Moga parents/guardian sentiasa beringat.
Quote jfq 21-12-2023 03:28 PM
Dah berpuluh2 kes baru ni nak charge
Quote shernazz 21-12-2023 03:31 PM
Edited by shernazz at 21-12-2023 05:17 PM

Yang lain2 tak charge ke atau Belum charge?
Kesian budak tu..entah apa dia Alami masa 7jam dalam kete tu
Quote black_handbag 21-12-2023 03:35 PM
macamana kes ni boleh sangkut naik court ye.. adakah ibu sengaja tinggalkan anak.. banyak dengar kes anak tertinggal dalam kereta tapi xpernah dengar yg sampai ke court kena dakwa
Quote ujio 21-12-2023 03:36 PM
Ohh ni kes ni..dlm last month tak silap kejadiann...sesuai la kakkkk....moga diberikan hukuman setimpal...takpe gamaknya hilang seorg anak, boleh buat lg kekdahnya..
Quote manehnya 21-12-2023 03:46 PM
kes ni... moga jd pengajaran
Quote lightheaded67 21-12-2023 03:48 PM
Edited by lightheaded67 at 21-12-2023 03:50 PM

anak dia tdo kot ek dlm keter time dia drive tu. takpun spisis behave duk diam aje. tak potpetpotpet / nk usik itu usik ini / nk mencekik smbil bcakap dlm keter. 2 tahun kira dh boleh kan bnde2 gini (meninggal ek budak nya, takziah to family)
Quote Suchi 21-12-2023 03:49 PM
Aik kemain byk kes lain hat ni gak yg naik. Sedangkan yg laki bini tinggalkan anak2 sampai mati terbako tu pun tak kena dakwa kan?
Padahal tu boleh je sorang duk umah or bawak la semua anak2 tu.Tp boleh lak mak ngn ayah pi kedai tinggalkan anak2 kat umah sampai terbako plak umah.
Quote tungkai 21-12-2023 03:49 PM
“Ada kes ini sebelum ini tetapi sangat jarang suspek dituduh di bawah seksyen ini. Kita berharap dengan tuduhan ini, orang ramai lebih sedar


Maksudnya ada org buat report la ye? Sebelum ni takde??
Quote Suchi 21-12-2023 03:55 PM
black_handbag replied at 21-12-2023 03:35 PM
macamana kes ni boleh sangkut naik court ye.. adakah ibu sengaja tinggalkan anak.. banyak dengar kes ...

Itu iols heran walhal kes sblm2 ni tak plak kena, ke sbb dh byk kali sgt ha kira akak ni tak bertuah la turn dia kena dakwa plak.
Gara2 netizen duk bising2 kot.. berhati2 laa kalian semua.

Quote LoveSungmin 21-12-2023 03:59 PM
bila phone lagi penting dari anak.. mendapat la.. semoga dikenakan hukuman setimpal dia atas kecuaian..
Quote grouper 21-12-2023 04:01 PM
Anak dia dah meninggal pun dah satu hukuman paling berat dah...netizen nak mak dia bunuh diri ke baru puas
Quote Bergosip 21-12-2023 04:03 PM
Edited by Bergosip at 21-12-2023 04:04 PM

sebelum kes ni, ada jugak kes viral tentang tinggalkan anak dalam kereta dan anak meninggal kan?

kalau tak silap, kes doktor tu dulu. lepastu, pensyarah ke pekerja universiti yang tertinggal anak. last sekali baru kes perempuan ni tertinggal anak sebab jawap whatsapp business.

tapi, hanya perempuan ni je kena dakwa? kiranya ada yang report lah kan. atau berdasarkan report tertinggal anak, then terus kena charge
Quote beta_carotene 21-12-2023 04:06 PM
mak lebih pentingkan scroll ig dab fb daripada anak sendiri
Quote Bergosip 21-12-2023 04:09 PM
Suchi replied at 21-12-2023 03:49 PM
Aik kemain byk kes lain hat ni gak yg naik. Sedangkan yg laki bini tinggalkan anak2 sampai mati terb ...

yang tu timeline macam jauh sikit kan

kalau tak silap sebelum kes perempuan ni tertinggal anak sebab jawap whasapp business. ada lagi 2 kes yang viral. mula2, kes doktor tertinggal lepastu pensyarah/pekerja universiti yang tertinggal anak. rasa macam timeline dorang ni selang beberapa hari/minggu
Quote LoveSungmin 21-12-2023 04:13 PM
grouper replied at 21-12-2023 04:01 PM
Anak dia dah meninggal pun dah satu hukuman paling berat dah...netizen nak mak dia bunuh diri ke bar ...

so kematian anak tu tak payah dibela ke? tau tak betapa azabnya kena tinggal dalam kereta berjam²?
Quote jari10 21-12-2023 04:21 PM
grouper replied at 21-12-2023 04:01 PM
Anak dia dah meninggal pun dah satu hukuman paling berat dah...netizen nak mak dia bunuh diri ke bar ...

Dah tu kemeninggalan anak dia tu tak layak dapat pembelaankah?

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 04:35 AM GMT+8 , Processed in 0.277434 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top