CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Agihan Pendapatan ASB 5.25 Sen Seunit

21-12-2023 12:28 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7755| Komen: 6

Kuala Lumpur: Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), hari ini mengumumkan jumlah pengagihan pendapatan sebanyak 5.25 sen seunit untuk dana utamanya, Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 (TK2023).


Jumlah itu terdiri daripada pengagihan pendapatan sebanyak 4.25 sen seunit dan bonus 1.00 sen seunit.

ASNB dalam kenyataan berkata, jumlah keseluruhan pengagihan pendapatan sebanyak RM9.3 bilion ini akan memanfaatkan 10.8 juta pemegang unit ASB.


Foto: Harian Metro

Tahun lalu, ASNB mengumumkan pengagihan ASB pada kadar 4.6 sen seunit dan bonus tambahan 0.5 sen seunit, lebih rendah berbanding 2021.

Pada 2021, pengagihan pendapatan ASB adalah 5.0 sen seunit, merangkumi agihan pendapatan sebanyak 4.25 sen seunit dan bonus sebanyak 0.75 sen seunit, manakala pada 2020, agihan pendapatan diberi 4.25 sen seunit tanpa bonus.


Pengiraan pengagihan pendapatan untuk ASB adalah berdasarkan purata baki bulanan minimum yang dipegang sepanjang tahun kewangan dana berkenaan.

Unit-unit yang dilaburkan semula daripada pengagihan pendapatan akan dikreditkan ke dalam akaun pemegang unit pada 1 Januari 2024.

Urus niaga ASB di semua cawangan dan ejen ASNB, termasuk semua platform digital dan perbankan internet, akan ditangguhkan buat sementara waktu dari 22 hingga 25 Disember 2022.

Satu ciri khas diperkenalkan pada tahun ini bagi menggalakkan rakyat Malaysia terus menyimpan, yang membolehkan transaksi pelaburan tunai tambahan dalam ASB bermula 26 Disember 2023.

Urus niaga pelaburan ini akan diambil kira untuk baki minimum bulanan pada Januari 2024, membolehkan pemegang unit menikmati pengiraan penuh pengagihan pendapatan mulai Januari 2024.

Pemegang unit boleh melakukan semula urus niaga di semua platform digital dan perbankan internet bermula 1 Januari 2024, atau di mana-mana cawangan atau ejen ASNB di seluruh negara bermula 2 Januari 2024.

Dalam pada itu, Pengerusi Kumpulan PNB, Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda berkata, di sebalik keadaan pasaran yang sentiasa berubah-ubah, PNB secara konsisten memberikan pulangan yang kompetitif melalui dana harga tetap, yang kesemuanya telah mengatasi penanda aras selama ini.

"Oleh itu, orang ramai digalakkan agar terus menyimpan untuk jangka masa panjang demi masa depan yang terjamin.

"Kami mengiktiraf kepentingan memperjuangkan agenda celik kewangan dan berpandukan matlamat kami yang diperbaharui baru-baru ini.

"Untuk mengukuh Kedudukan Kewangan Rakyat Malaysia, Merentas Generasi', kami komited untuk berkhidmat kepada pemegang unit kami dan memberikan hasil yang kompetitif," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, tahun ini, pihaknya menyaksikan peningkatan dalam bilangan akaun kepada 15.6 juta setakat Oktober 2023 (daripada 15.2 juta tahun lalu).

"Populariti berterusan produk unit amanah kami terbukti melalui kajian daripada 2023 RinggitPlus Malaysian Financial Literacy Survey (RMFLS) dengan produk ASNB mengekalkan kedudukan mereka sebagai pilihan pelaburan paling popular," katanya.

Sementara itu, Presiden & Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Ahmad Zulqarnain Onn berkata, ASB telah mencatatkan prestasi yang kukuh, hasil daripada perumpukan aset dan strategi kepelbagaian.

"Beberapa urus niaga penting telah dilaksanakan untuk meningkatkan nilai bagi pemegang unit. ASB terus menjadi pelaburan pilihan jutaan masyarakat Bumiputera dan terus memberikan pulangan yang konsisten, membentuk sebahagian daripada pelan simpanan untuk lebih 10.8 juta pelanggan," katanya.

Menurutnya, tahun ini juga menyaksikan pelancaran Superapp myASNB yang diperbaharui untuk menyediakan perjalanan dan pengalaman pelanggan yang dipertingkatkan kepada pemegang unit, serta Laporan

Tahunan Bersepadu (IAR) sulung PNB, yang menerapkan kemampanan dalam rangka kerja pelaporan Kumpulan bagi meningkatkan standard dan ketelusan pelaporannya, selaras dengan amalan terbaik global. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote helmi91 21-12-2023 10:11 PM
Alhamdulillah..jadilah dari takde langsung
Quote laksmanabentan 22-12-2023 01:31 PM
better than last year.. Alhamdulillah..
Quote totokreturn. 22-12-2023 03:05 PM
Jgn lupa bayar zakat ye
Quote ⠀⠀⠀⠀ 8-9-2024 02:38 PM
Quote ⠀⠀⠀⠀ 9-9-2024 07:08 PM

Quote boo00 23-10-2024 04:04 AM
Do you want me to?

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:57 PM GMT+8 , Processed in 0.044134 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top