CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Pengantin Kanak-Kanak' Bunuh Suami Dihukum Mati

21-12-2023 12:31 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7672| Komen: 2

Description: Tehran: Iran menggantung seorang wanita yang disabitkan kesalahan membunuh suaminya yang dikahwini ketika masih kanak-kanak, tanpa menghiraukan kempen antarabangsa mendesak dia diampunkan.
Tehran: Iran menggantung seorang wanita yang disabitkan kesalahan membunuh suaminya yang dikahwini ketika masih kanak-kanak, tanpa menghiraukan kempen antarabangsa mendesak dia diampunkan.

Menurut Pengarah kumpulan Hak Asasi Manusia Iran (IHR) yang berpangkalan di Norway, Mahmood-Amiry Moghaddam, wanita berkenaan dikenali sebagai Samira Sabzian.

Dia dipenjarakan sejak sedekad lalu dan dihukum bunuh pada waktu subuh semalam di penjara Ghezel Hesar di bandar satelit Tehran, Karaj.


Foto: Agensi

Katanya, wanita itu adalah pengantin kanak-kanak yang berkahwin dengan suaminya pada usia 15 tahun dan menjadi mangsa keganasan rumah tangga, menurut saudara-mara.

"Dia ditahan 10 tahun lalu ketika berusia 19 tahun atas tuduhan membunuh suaminya dan kemudian dijatuhi hukuman mati.

"Dia mempunyai dua anak yang tidak pernah dilihatnya selepas penahanannya sehingga mesyuarat terakhir di penjara awal bulan ini.


"Samira adalah mangsa 'apartheid jantina', perkahwinan kanak-kanak dan keganasan rumah tangga selama bertahun-tahun dan hari ini dia menjadi mangsa pembunuh rejim yang tidak cekap dan makan rasuah," katanya.

Kumpulan hak asasi manusia Amnesty International (Amnesty), sudah lama menimbulkan kebimbangan mengenai lonjakan hukuman mati di Iran tahun ini, dengan sekurang-kurangnya 115 orang dibunuh pada November saja.

Amnesty menggesa Iran tidak melaksanakan hukuman mati itu, dengan menyatakan pihak berkuasa sebenarnya melaukan 'pembunuhan atas nama negara'.

Kerajaan United Kingdom pula meminta Iran untuk menyelamatkan nyawa Samira.

"Samira adalah mangsa perkahwinan kanak-kanak. Iran mesti menghentikan layanan buruknya terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan," kata Menteri Luar Negeri, Tariq Ahmad di platform X.

Menurut IHR, 18 wanita dihukum mati di Iran tahun ini, termasuk Samira Sabzian. -CARI

Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 21-12-2023 12:34 PM
Eropah lagi menghargai nyawa manusia berbanding Asia.

Quote dani-rox 21-12-2023 02:58 PM
Mona Heydari dikahwinkan dgn sepupunya masa umur 12thn, hidup penuh penderaan, akhirnya dibunuh suami. Kepalanya dipenggal dan diarak seluruh bandar oleh jantan tu sambil tersenyum. Hukumannya? Penjara 8thn jah.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 01:43 AM GMT+8 , Processed in 0.037084 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top