Seorang individu tidak menyangka keretanya menjadi mangsa 'langgar lari' ketika sedang diparkir di tempat terbuka. Menerusi video pendek yang dimuat naik, individu tersebut menunjukkan tahap kerosakan pada bahagian kanan pintu belakang keretanya yang kemik akibat dilanggar.
Pelaku sepertinya sudah lesap daripada tempat kejadian dan enggan menunggu untuk bersemuka secara terus dengan pemilik kereta terbabit bagi membincangkan tindakan yang perlu diambil susulan kecuaiannya. Walaupun begitu, menariknya pelaku itu meninggalkan wang tunai berjumlah RM100 yang terdiri daripada dua keping not RM50 serta sehelai kertas yang tertulis permohonan maaf. "Maaf kak terlanggar kereta," tulis si pelaku menandakan masih tersisa rasa tanggungjawab dalam dirinya untuk tidak sepenuhnya lepas tangan.
Namun, warga maya yang cekap membuat kira-kira berkata bayaran ganti rugi tersebut adalah jauh daripada memadai untuk menampung kos baik pulih kereta itu. "Apa macam tu je kau minta maaf? Sekurang-kurangnya letaklah nombor telefon supaya pemilik kereta boleh call untuk berbincang dengan lebih lanjut. RM100 tu boleh buat apa je sangat. "Adakah dia bersangka RM100 yang dia bagi tu dalam mata wang Amerika Syarikat. Kalau ya pun, masih jauh daripada cukup. "Pemurahnya hati dia, terima kasih kerana sanggup memberi, banyak tu RM100, boleh siap 'payung' baiki kereta jiran yang bercalar-balar dan tukar empat tayar sekali gus. "Jangan la banyak songeh, kereta yang rosak tu sapu minyak gamat nanti okay la," kata warga maya sinis. Tidak kurang juga warga maya yang cuba bersangka baik dengan berkata kemungkinan si pelaku sedang mengalami kesempitan wang. "Dah tak ada duit sangat kot sebab tu tinggalkan RM100 je tanpa nombor telefon. Sekurang-kurangnya nampak la dia nak bertanggungjawab daripada terus menghilang, lihat sisi baiknya juga. "Kau gila ke apa, kalau bagi nombor telefon boleh bincang dengan dia punya insurans. Benda dah langgar, kena cari la juga duit tu sampai dapat. "RM100 tu ibarat bertanggungjawab secara ala kadar," ujar warga maya. -CARI Sumber: mStar
|
lo_la replied at 21-12-2023 12:37 PM
Penah kena gini kat mall.
Tulis dgn lipstick atas tisu, very faint. Struggled to understand what he ...
Decaffeinated replied at 21-12-2023 03:34 PM
Tulis tu sebagai cover kot2 terkantoi CCTV atau dashcam. Sengaja tulis pakai lipstick yang tak bol ...
"Dah tak ada duit sangat kot sebab tu tinggalkan RM100 je tanpa nombor telefon. Sekurang-kurangnya nampak la dia nak bertanggungjawab daripada terus menghilang, lihat sisi baiknya juga.
sayurmayur88 replied at 22-12-2023 07:36 AM
iolls tersagat keta entah sapa. dia double park kt keta sebelah, takde tinggal no fon , hand break x ...
ADVERTISEMENT