CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bukan Taman Perumahan Tapi Tanah Perkuburan

21-12-2023 11:08 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 7972| Komen: 5

Description: Jakarta: Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan tanah perkuburan di Palopo, wilayah Sulawesi Selatan yang kelihatan seperti deretan rumah teres, lapor laman berita Tribun Jatim k ...
Jakarta: Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan tanah  perkuburan di Palopo, wilayah Sulawesi Selatan yang kelihatan seperti deretan rumah teres, lapor laman berita Tribun Jatim kelmarin.


Dalam video tersebut, kawasan perkuburan itu dilihat berada di lokasi berbukit.


Binaannya mempunyai dinding, tiang konkrit dan pagar besi, sama seperti rumah.

Bukan itu sahaja, ia bahkan dilengkapi pelbagai hiasan, daripada seramik hingga kepada pagar besi.

“Ini bukan kawasan perumahan tetapi kubur yang ada di Sulawesi Selatan,” demikian menurut keterangan video tersebut.


Menurut maklumat perakam video, disebabkan saiznya yang besar, sebuah binaan tersebut dapat menampung pengebumian beberapa jasad. 

Video tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen  netizen.

“Pasti ia menjadi tempat pengebumian orang kaya,” kata seorang netizen.

“Kawasan perkuburan (etnik) toraja. Mereka rajin memenuhi acara gotong royong, majlis keraian, acara kesyukuran dan pengebumian,” kata pengguna lain.


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_almondpecan 21-12-2023 11:15 AM
Toraja ni dia kena pergi keluarkan mayat tu secara berkala dan buat upacara ma'nene bawak mayat berjalan, naik motor dsb. So memang kena buat struktur kemudahan macam ni.

https://www.liputan6.com/news/re ... alan-di-tana-toraja
Quote hayati_hassan 21-12-2023 02:28 PM
kaum toraja upacara pengkebumian mcm pesta
kalu tak mampu diorang simpan mayat bertahun2
siap kasi makan 3X sehari
ada mayat dah sampai mayat firaun dek simpan terlalu lama
Quote sharlenetexas 21-12-2023 02:52 PM
Bangkit dari kuburan.


Quote farlis 21-12-2023 02:59 PM
Kat Mesir sana pun sama jaaa... Siap ada homeless tinggal atas umah.. Depa ni tukang jaga kubur2 keluarga org2 kaya. Kt sana kes curi mayat ni byk ya..
Quote Supersirap 21-12-2023 03:02 PM
Banyak makan belanja ni

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 04:40 AM GMT+8 , Processed in 0.043607 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top