NEW DELHI, India – Seorang pengantin lelaki di negeri Punjab dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung semasa majlis perkahwinannya, lapor laman berita Ary News kelmarin. Berdasarkan sebuah klip video yang dikongsikan di media sosial, sepasang pengantin dirakam duduk di atas kerusi dalam sebuah majlis perkahwinan yang diadakan di daerah Sialkot.
Pengantin lelaki kelihatan duduk dalam keadaan tidak selesa sementara pengantin perempuan mengira duit hantaran bersama keluarganya. Dia tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri di hadapan orang ramai sebelum diperiksa pengantin wanita dan keluarganya. Pihak berkuasa kemudian mengesahkan bahawa pengantin lelaki meninggal dunia akibat serangan jantung. –CARI Sumber: Kosmo
|
ADVERTISEMENT