Bangi: Terbeban dengan impian 'melampau' ibu bapa terutama kejayaan bidang akademik menjadi antara penyebab ramai dalam kalangan generasi muda berdepan masalah kesihatan mental. Ini kerana ada ibu bapa meletakkan harapan terlalu tinggi terhadap anak mereka untuk 'sempurna' dalam pelajaran sehingga memaksa mereka 'bergelut' untuk memenuhi harapan itu.
Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Inklusif) Hal Ehwal Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Nurwina Anuar berkata, memenuhi harapan ibu bapa selain keliru dengan tujuan hidup antara masalah yang kerap dihadapi golongan muda sehingga ada dalam kalangan mereka terpaksa mendapatkan bantuan psikologi untuk berdepan dengan tekanan. "Ada di antara mereka bukanlah datang dari keluarga berantakan atau bermasalah, tetapi mereka mendapat tekanan akibat harapan keterlaluan. "Perkara ini kebiasaannya berlaku apabila mereka dibandingkan dengan orang lain dan perlu mencapai kejayaan setanding atau lebih tinggi daripada mereka.
"Boleh jadi juga mereka didesak untuk belajar di dalam bidang yang tidak diminati umpamanya mereka minat seni tapi terpaksa belajar bidang sains. Situasi ini yang akan memberi masalah kepada personaliti dan hala tuju hidup anak muda malah menjejaskan masa depannya," katanya ketika ditemui baru-baru ini. Beliau berkata, tindakan mereka terpaksa akur kerana tidak mahu memusnahkan harapan keluarga menyebabkan mereka 'terseksa' daripada segi mental. "Sudah pasti situasi ini membawa kepada kemerosotan akademik, fizikal, mental dan masa depan anak muda. Anak yang dulu cemerlang di peringkat sekolah kini prestasi menjunam dan bila ini berlaku ibu bapa sekali lagi menyalahkan anak," katanya. Menurutnya, statistik menunjukkan seorang daripada empat individu di seluruh dunia pernah mengalami episod kemurungan sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka. "Sama ada sedar atau tidak, kemurungan dan gangguan mental boleh mendatangkan ketidakselesaan kepada orang keliling melalui getaran perasaan dan gelombang negatif menyebabkan pesakit lebih selesa bersendirian. "Kemurungan dan gangguan mental boleh berlaku disebabkan pelbagai faktor. Bagi pelajar dan golongan muda, harapan tinggi ibu bapa dan tiada panduan arah hidup adalah punca utama gangguan emosi dan kesihatan mental mereka merudum tanpa disedari. "Perkara ini menyebabkan ramai yang terpaksa mendapatkan bantuan kaunseling dan psikologi malah bergantung kepada ubat akibat depresi," katanya. Dr Nurwina berkata, khidmat kaunseling dan bimbingan profesional dapat membantu untuk menyeimbangkan semula emosi dan mental mereka. "Bagaimanapun, masih ada masyarakat kita yang masih dibelenggu stigma dan berpendapat khidmat bimbingan ini hanya memberikan persepsi buruk rakan-rakan terhadap mereka kerana takut digelar 'orang gila'," katanya. 'Keluarga enggan dengar luahan, rintihan saya' Berada dalam persekitaran keluarga yang mementingkan kecemerlangan pelajaran ternyata menjadi beban kepada penuntut jurusan sarjana di sebuah institut pendidikan tinggi ini apabila diletakkan harapan tinggi untuk sentiasa berjaya. Noor, 26, (bukan nama sebenar) berkata, sebagai anak sulung, ibu bapa meletakkan harapan tinggi kepadanya untuk berjaya dalam bidang akademik dan menjadi contoh ikutan adik-adiknya. "Keluarga saya mementingkan pencapaian pelajaran namun enggan mendengar luahan atau rintihan saya. "Kadang-kadang saya cuba hendak luahkan tekanan belajar dan masalah menyesuaikan diri di asrama, tetapi ibu tidak mahu dengar sebarang alasan serta mendesak saya terus tumpu belajar. "Adakalanya saya rasa penat kerana tidak mampu memenuhi impian mereka. Ibu bapa langsung tidak bertanya khabar atau mendengar apa-apa masalah saya tetapi meletakkan harapan tinggi," katanya. Menurutnya, disebabkan tidak tahu di mana mahu meluahkan perasaan menyebabkan dia mengambil tindakan memendam masalah sehingga menyebabkan pencapaian pelajarannya merosot. Noor berkata, keadaan diri berubah kepada lebih positif selepas mengambil bidang kaunseling dan belajar menangani tekanan. "Sebelum ini saya tidak tahu apa itu tekanan dan depresi, tapi bila ambil bidang kaunseling saya mula faham. "Apabila berdepan masalah seperti saya, kita perlu mencari bantuan cuma persepsi orang bila jumpa kaunselor kita dilabel bermasalah dan orang pandang negatif. Ramai yang salah anggap apa itu kaunseling," katanya. Menurutnya, semua orang tidak boleh lari daripada menghadapi masalah namun yang penting bagaimana menguruskan masalah itu. "Saya sekarang berani berterus terang dengan ibu bapa mengenai apa yang saya rasa dan cuba buat mereka faham situasi saya. Saya sedar mereka mahukan terbaik untuk anak-anak dan saya juga sudah tentukan mahukan terbaik untuk diri sendiri," katanya. Kaedah terbukti di luar negara namun tak dipakai di Malaysia Kaedah intervensi kendiri untuk mengawal emosi serta menguasai mental dinamakan latihan kemahiran mental atau mental skills training boleh dilakukan mereka yang berdepan masalah kesihatan mental. Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Inklusif) Hal Ehwal Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Nurwina Anuar berkata, kaedah itu dicipta khusus bagi mereka yang mahu mencuba alternatif atau mungkin digunakan sementara menunggu temujanji rawatan dan sesi kaunseling. "Ia diadaptasi daripada kaedah psikologi sukan yang banyak membantu atlet berprestasi tinggi untuk mendepani tekanan mental yang tinggi selain harapan kemenangan daripada pelbagai pihak. "Berdasarkan teori psikologi imejan (imagery), teori bio-informational yang diperkenalkan oleh ahli psikologi terkenal, PJ Lang pada 1977 menyatakan teknik imejan membabitkan pengaktifan kod ingatan jangka panjang menggunakan simulasi dan respon. "Ini bermaksud, apa saja difikirkan, dirasakan dan dilakukan akan memberikan rangsangan dan respon sama dengan apa saja yang dibayangkan. Teknik boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana saja, hanya menggunakan mental ia dapat memberikan kesan positif jangka masa panjang," katanya. Menjelaskan lanjut beliau berkata, teknik itu banyak digunakan oleh atlet sukan antarabangsa, tetapi masih asing di Malaysia walaupun dalam kalangan atlet tempatan. "Saya ada strategi dan panduan lengkap menggunakan teknik ini dengan betul, dan penulisan tinjauan sistematik terbaru saya juga membuktikan kajian luar negara antaranya United Kingdom (UK), Romania, dan Pakistan, sebanyak 80 peratus daripada kajian menunjukkan pengurangan simptom depresi dan 100 peratus menunjukkan efek positif dalam kehidupan," katanya. Dr Nurwina berkata, langkah melakukan teknik latihan itu disusun, dimudahkan dan disesuaikan keadaan untuk membantu mereka yang memerlukan rawatan mental. -CARI Sumber: Harian Metro
|
Kitty_catz replied at 20-12-2023 05:22 PM
TT mengata anak2 ungkasawan ke?
Buritan replied at 20-12-2023 05:30 PM
Tapi tgk anak dia .. aku yg stresss.. si tasha dpt no 2 renang pun nangis.. ayoyooo . Anak murid a ...
Kitty_catz replied at 20-12-2023 06:06 PM
ha tu lah tu.. mak pak punhcaaa,,, esok2 anak depresss terjun lombong salahkan siapa?
ritu ter ...
Kitty_catz replied at 20-12-2023 06:06 PM
ha tu lah tu.. mak pak punhcaaa,,, esok2 anak depresss terjun lombong salahkan siapa?
ritu ter ...
fefeeling replied at 20-12-2023 09:55 PM
Dulu aku kalau dpt nombor corot dlm kelas terasa amatlah terguris reputasi diri sendiri yach… but p ...
Kitty_catz replied at 20-12-2023 05:22 PM
TT mengata anak2 ungkasawan ke?
cm_vungtau replied at 20-12-2023 09:49 PM
Tu ler sis kitty. Macam la kita tak tahu kan proses nak masuk Oxpord tu cemana.
I ternampak video ...
biskutsusu replied at 20-12-2023 01:31 PM
anak i sorang kat sbp
sorang kat sekolah seni
cm_vungtau replied at 20-12-2023 09:49 PM
Tu ler sis kitty. Macam la kita tak tahu kan proses nak masuk Oxpord tu cemana.
I ternampak video ...
ADVERTISEMENT