Penyanyi, Nabil Razali dilihat gagal menahan sebak sebelum menitiskan air mata di saat lagu duet nyanyiannya bersama Khai Bahar yang berjudul ‘Selagi Ku Ada’ diumumkan sebagai salah satu lagu yang layak ke pentas berprestij Anugerah Juara Lagu 38 (AJL38).
Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali berkata, tangisannya itu adalah kerana dia berasa sangat terharu dengan penat lelah yang dilakukannya sebelum ini. Menurutnya, ini merupakan kali pertama dirinya menyanyikan lagu sendiri di saingan Separuh Akhir Muzik-Muzik (SFMM) sebelum layak ke AJL38. "Ini kali pertama saya jejakkan kaki ke pentas SFMM (menyanyikan lagu sendiri). Sebelum ini hanya lagu saya yang layak ke SFMM dinyanyikan oleh penyanyi lain. "Jadi bila SFMM38 kali ini, saya sendiri yang menyanyikan lagu nyanyian saya bersama Khai Bahar tanpa sebarang penyanyi gantian sebab itulah saya menangis.
"Tak tahu nak cakap macam mana, perasaan itu bercampur baur dan tentunya saya gembira sangat. "Alhamdulillah, berkat usaha semua orang yang terlibat lagu duet saya dan Khai Bahar berjaya mara ke AJL38," katanya.
|
ADVERTISEMENT