CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aina Abdul Menangis Imbau Kenangan 4 Tahun Jadi Penyanyi Kelab Malam, "Saya Berhijab Nyanyi Di Tempat Sajikan Alkohol"

19-12-2023 01:56 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13559| Komen: 32

Description: Aina Abdul menangis mengenang kembali kisah hidupnya menyanyi di kelab malam selama empat tahun.
Aina Abdul menangis mengenang kembali kisah hidupnya menyanyi di kelab malam selama empat tahun.

Menerusi temu bual eksklusif bersama program Show Dalam Bilik, Aina mendedahkan dia nekad untuk meninggalkan tempat tersebut selepas terkesan dengan kata-kata seorang individu.


Kata-kata individu terbabit membuatkan dia bangkit dan ingin mengembangkan lagi bakatnya.

Foto: IG

"Dalam empat tahun juga saya menyanyi di kelab untuk cari duit. Setiap minggu saya akan menyanyi di sekitar Bukit Bintang, Changkat, restoran dan beberapa tempat.

"Ketika itu ada beberapa orang industri yang datang tengok show saya dan dia kata ‘sayang la kau nyanyi dekat sini, siapa yang nak tengok?’. Ayat itu membangunkan saya.



"Ibarat satu tamparan hebat dalam hidup saya. Mungkin kerana saya sudah selesa dengan kehidupan saya ketika itu sebagai seorang penyanyi kelab malam.

"Kalau tanya saya jujur, adakah menyanyi di kelab seronok? Saya akan kata itu adalah momen terbahagia dalam hidup. Sebab dalam kelab tiada seorang pun yang menilai saya, "katanya seperti dipetik di OhBulan.

Aina juga tidak akan melupakan kenangan sepanjang menyanyi di kelab malam serta orang-orang yang menghargai bakatnya.



"Bayangkan saya berhijab dan menyanyi di dalam kelab yang menyajikan minuman alkohol. Ikut logik itu bukan tempat yang sesuai untuk wanita berhijab buat menyanyi.

"Tetapi orang yang mengundang saya menyanyi mereka tidak kisah tentang personaliti saya, mereka kisah tentang bakat saya, alhamdulillah itu peluang.



"Saya rasa dihargai dan tidak langsung dinilai. Dari situ juga saya mencari diri yang sebenar dan terlahirlah Aina Abdul. The real Aina Abdul sebenarnya lahir ketika dia menyanyi di kelab malam.

"Dengan nasihat beberapa orang yang suruh saya keluar dari situasi itu dan akhirnya saya nak keluar. Bukan kerana saya tidak suka, tetapi saya agak letih.



"Dengan umur yang semakin meningkat, saya kata perlu buat sesuatu. Cari rezeki yang lebih luas di luar.-CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote A-Are 19-12-2023 01:59 PM
apolah, dr org xtao terus tao...
Quote doubleA 19-12-2023 02:03 PM
Pelik2 betul reasoning ko. Baik la ko nyanyi je tak payah sembang lebih2, nampak kurang cerdik
Quote rosevelvet 19-12-2023 02:07 PM
Dlm hal ni i puji tokti yg x pnh nyanyi kt club. Sblm tu nyanyi kt kenduri n majlis kecil. Dia masuk industri dgn pakej lengkap. Cantik, sopan, naif yg msyrkt nk artis yg mcm tu. Tokti dulu x puas pndg kot. Cantik len mcm
Quote asimilasi 19-12-2023 02:16 PM
even ramai yg komen mcam2 pasal baju2 pelik sheols... tapi bagi iols.. credit to her.. she knows yg rupa sheols susah nak masuk industri.. tp sheols put her efforts on appearance, which is good... mostly ada beberapa artis yang memang punya bakat macam sheols.. iols tak nak la mention nama... tapi tak pandai nak create their names...

so aina ni bijak dia gunakan baju pelik2 untuk orang nak tgk and notice her on the stage... dari situ dapatla dia jual bakat dia sehingga orang buka mata... especially konsert kat axiata tu.. ramai dah buka mata on her... tamparan hebat juga buat artis lain yang dah ada nama..... tinggal lagi sheols kena usaha terus untuk maintain.. humble and pandai bawa diri... kalu tak setakat berapa tahun je la...
Quote Sazreena 19-12-2023 02:39 PM
Acah mengenang semula asal usul...
Quote sayurmayur88 19-12-2023 02:55 PM
dari orang tak tahu, dah tahu....
Quote sranua 19-12-2023 02:57 PM
Menangis kerja kat tempat jual alkohol tp boleh pulak kerja sampai 4 tahun.
Anak sedara aku kerja 7E, bila kena jual arak tu...menangis dia..terus berenti 24 jam balik kg. Gaji pun tak ambik. Tu baru betul menangis dan ada tindakan.
Quote rayna_raynes 19-12-2023 02:58 PM
asimilasi replied at 19-12-2023 02:16 PM
even ramai yg komen mcam2 pasal baju2 pelik sheols... tapi bagi iols.. credit to her.. she knows yg  ...

i sendiri terbuka mata lepas tengok dia nyanyi Terus Hidup kat AJL. Dulu I rasa dia bingit, try hard (especially masa Sumpah dengan baju berdarah2 tu). Masa Terus Hidup AJL nampak keikhlasan dia berkarya dan mempersembahkan karya dia. I belum jadi fan dia lg sebab lagu2 dia yg lain tak berapa mesra di telinga dia lg but I have to say I respect bakat dan usaha dia untuk terus maju

Quote rayna_raynes 19-12-2023 03:01 PM
rosevelvet replied at 19-12-2023 02:07 PM
Dlm hal ni i puji tokti yg x pnh nyanyi kt club. Sblm tu nyanyi kt kenduri n majlis kecil. Dia masuk ...

Tokti tu sangat lucky. Dahla menang genetic lottery, cantik dan suara sedap. Dia debut pun pada zaman yg tepat. Sebab tu jalan dia untuk naik tu sangat mudah. Bukan semua org bertuah untuk dapat peluang dan kesempatan macam tokti. Even sekarang, ada ke penyanyi top yang jalan dia macam tokti? Semuanya kena struggle bertahun-tahun, baru dapat capat populariti, itu pun tak setara dengan tokti. Tokti ada satu benda yg penyanyi2 cam Aina, Ernie, Syamel, Misha, Marsha, Dayang, Hael etc tak ada: LUCK

Quote ciksom 19-12-2023 03:57 PM
Perlu ke bercerita pada semua org pernah nyanyi kat klab mlm. Simpan sendiri je lah benda mcm tu.
Quote rosevelvet 19-12-2023 04:29 PM
asimilasi replied at 19-12-2023 02:16 PM
even ramai yg komen mcam2 pasal baju2 pelik sheols... tapi bagi iols.. credit to her.. she knows yg  ...

Sheol mmg pndai bwk diri. Xde satu post psl private life
Quote TomyamPuteh 19-12-2023 04:32 PM
OK la. Ada la jugak dia mengaku khilaf sendiri. Tak macam Tok Ecah. Semua org salah. Dia je yg betul.
Quote rosevelvet 19-12-2023 04:35 PM
rayna_raynes replied at 19-12-2023 03:01 PM
Tokti tu sangat lucky. Dahla menang genetic lottery, cantik dan suara sedap. Dia debut pun pada za ...

Betul dia ada luck. X perlu much effort mcm yg baru2 nk naik ni. Strategi ambik sangdewiyul ex reporter jd PAmmg mjadi. So that citer x best tgal blkg bagai angin lalu. Satu lg mungkin pmbwakan sheol yg x suka cari psl ngn org. Cuma lately bila dh tua nmpk tokti dh xde value mcm sheol muda2 dulu. Masa muda tokti effortless utk kelihatan cantik. X perlu berhias bagai utk cantik. Pesona dia mmg xde boleh lwn. Dulu sheol bolayan je kecaman. Lately sheol sgt struggle utk nmpk cantik. Duk post pic selfi muka besar piring tu dh x sesuai ngn umur. Plus lately sheol cepat sentap.
Quote refleCtion 19-12-2023 04:58 PM
rosevelvet replied at 19-12-2023 02:07 PM
Dlm hal ni i puji tokti yg x pnh nyanyi kt club. Sblm tu nyanyi kt kenduri n majlis kecil. Dia masuk ...

tokti tu x pernah struggle pn dlm karier nyanyian dia..seawal umur 17 thn dh menang juara lagu dan diterima umum. dia nyanyu kt kenduri pn suka2 je masa zaman skolah bkn sbb nak cari rezeki....toksah nak bg contoh tokti la, baik ko bagi contoh penyanyi lain yg struggle nak naik sbb masyarakat dok pandang asik2 tokti asik2 tokti sampai dorg terpaksa berenti cari makan dr menyanyi, dan elak menyanyi kat kelab. tu baru betul perbandingan.
Quote rosevelvet 19-12-2023 05:02 PM
refleCtion replied at 19-12-2023 04:58 PM
tokti tu x pernah struggle pn dlm karier nyanyian dia..seawal umur 17 thn dh menang juara lagu dan ...

Iye tokti tu sbb luck. Even skang ni pun dia selesa dlm comfort zone dia. Buat mnde yg dia senang dpt. Bisnes jual kosmetik sbb dia ramai peminat.
Quote missyL 19-12-2023 09:18 PM
Sis. U always have a choice
U pilih jalan tu sis.
Tp ok la kan now dah ade fan base noknok
Quote syamzana 19-12-2023 09:25 PM
alaaahaiiii kalau nak kira halal haram (she stated tempat jual alkohol) sah2 la suara tu aurat bg pompuan. takyah tmpt jual arak, dok atas stage pakai ketat gelemat balut body dgn melalak2 melolong pun haram.
kalau dah nak nyanyi tu takyah kalut2 psl dosa pahala halal haram la.
Quote marchikobonzo 20-12-2023 09:38 AM
Lagu dia i tak minat sangat, sb rasa bingit, except lagu raya dia, tu pun tak sangka lagu dia sb lembut je suara dia..tp dia punya effort nak naikkan nama dia dalam industry ni i salute, dia pakai pelik2 sb dia tau kalau pakai baju biasa, she won't get recognition, walaupun baju tu hauk..sb bad publicity still a publicity..sekarang ni dia kena maintain buat album every year & have a good PR ngan media & public
Quote MissVixen 20-12-2023 09:45 AM
So? Ada beza ke dengan sekarang? Sama je tayang badan dan suara yang aurat. Kalau berhenti menyanyi barulah sesuai.

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 02:02 PM GMT+8 , Processed in 0.052463 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top