Selepas setahun menjalani pembedahan penyakit skoliosis, penyanyi Zamani mendedahkan kini mula berasa sakit dan tidak selesa pada bahagian tulang belakangnya. Menurut Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim, 52, rasa tidak selesa itu mula timbul apabila dia terlalu sibuk bekerja dan tidak menjalani rawatan fisioterapi seperti yang disarankan oleh doktor.
“Saya nampak okey, tetapi sebenarnya saya mula rasa sakit-sakit jika terlebih bekerja. Rasa seperti ketat dan ada benda terkeluar di bahagian tulang belakang. “Sejujurnya saya tidak tahu rasa sakit ini masalah besar atau kecil. Memang saya akan akan berjumpa dengan doktor pada 21 Disember ini untuk lihat sama ada masalah berpunca daripada tempat ikat benang atau benda lain,” ujar Zamani. Gara-gara rasa sakit, vokalis kumpulan Slam itu menyesal tidak melakukan rawatan fisioterapi seperti yang disarankan oleh doktor kerana terlalu sibuk dengan karier seni.
Malah, penyanyi lagu Gerimis Mengundang itu juga diselubungi perasaan takut andai dia terpaksa menjalani pembedahan semula. “Menyesal juga tidak buat fisioterapi di hospital sebaliknya saya hanya beli basikal dan beberapa peralatan lain untuk bersenam di rumah. “Salah seorang peminat saya juga ada penyakit yang sama dan telah menjalani pembedahan tetapi terpaksa melakukan pembedahan sekali lagi selepas beberapa tahun. Maknanya sekali bedah bukan jaminan untuk terus sihat. “Jadi, saya terus rasa takut dan menyesal tidak menjaga kesihatan betul-betul. Takut sebab saya tidak mahu buat pembedahan sekali lagi,” kata Zamani yang ditemui pada sidang media Concert UK’Slam Musical baru-baru ini.
|
ezacbee replied at 19-12-2023 01:50 AM
Elok2 badan tegak, ko dah sengetkan balik. Cian la yg menderma tu. Ko cam x hargai penderma operatio ...
A-Are replied at 19-12-2023 07:39 AM
sakit agaknya kalau ddk tegak...kita xrasa mana kita tao
shernazz replied at 19-12-2023 07:53 AM
Sebab tu doc soh pergi fisioterapi
Dari situ therapist Akan ajar mcmana nak Jalan..duduk..berdiri. ...
abangadek replied at 19-12-2023 08:15 AM
Semoga abangadik cepat sembuh
ADVERTISEMENT