CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Faye Kusyairi Seronok Berniaga Tepi Jalan, Setiap Hari Nasi Ayam Sold Out

19-12-2023 09:12 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7309| Komen: 1

Description: Faye Kusairi beryukur apabila jualan nasi ayam yang diusahakannya menerima sambutan hangat selepas tular di media sosial.
Faye Kusairi beryukur apabila jualan nasi ayam yang diusahakannya menerima sambutan hangat selepas tular di media sosial.

Faye atau Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, 36, berkata gerai yang beroperasi di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur menjadi bualan hangat netizen setelah ditularkan oleh rakan artis iaitu pelakon Azza Elite baru-baru ini.


Foto: IG

“Minggu ini adalah minggu ketiga saya berniaga dan sambutan sangat menggalakkan. Ini kali pertama meniagakan jadi rasa sangat seronok dan tak sangka selepas tular jualan habis cepat dan tempahan makin bertambah.

“Saya nak berterima kasih kepada kakak Azza sebab dia la yang tularkan peniagaan nasi ayam saya ni sampai jadi laku macam ini, pertama kali jumpa di Bukit Antarabangsa dan sini juga la titik permulaan perniagaan saya dan dia yang bantu terima kasih,” kata Faye kepada mStar.


Ditanya karier lakonan, Faye berkata dia masih lagi aktif dalam dunia seni malah bakal beraksi kembali pada Januari depan untuk drama terbaharu terbitan Astro.

“Saya masih aktif sebenarnya dan selepas pantang anak ketiga pun masih ada penggambaran dan insyaAllah bulan Januari ini akan ada penggambaran.


“Tapi tak pasti lagi sebab masih dalam perancangan nanti lagi pun tak apa sebab seronok meniaga walaupun berlakon tu saya punya minat jadi saya cuba bahagikan sebaiknya,” ujarnya.



Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakakgarang 19-12-2023 09:30 AM
nomboshyatuuu !!!!

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 12:55 PM GMT+8 , Processed in 0.037843 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top