CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zamani Menyesal Tak Jalani Fisioterapi, Rasa Sakit Seperti Ada Benda Terkeluar Dari Tulang Belakang

19-12-2023 06:00 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 27157| Komen: 90

Description: Selepas setahun menjalani pembedahan penyakit skoliosis, penyanyi Zamani mendedahkan kini mula berasa sakit dan tidak selesa pada bahagian tulang belakangnya.Menurut Zamani atau nama sebenarnya Zamani ...
Selepas setahun menjalani pembedahan penyakit skoliosis, penyanyi Zamani mendedahkan kini mula berasa sakit dan tidak selesa pada bahagian tulang belakangnya.

Menurut Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim, 52, rasa tidak selesa itu mula timbul apabila dia terlalu sibuk bekerja dan tidak menjalani rawatan fisioterapi seperti yang disarankan oleh doktor.



“Saya nampak okey, tetapi sebenarnya saya mula rasa sakit-sakit jika terlebih bekerja. Rasa seperti ketat dan ada benda terkeluar di bahagian tulang belakang.

“Sejujurnya saya tidak tahu rasa sakit ini masalah besar atau kecil. Memang saya akan akan berjumpa dengan doktor pada 21 Disember ini untuk lihat sama ada masalah berpunca daripada tempat ikat benang atau benda lain,” ujar Zamani.

Gara-gara rasa sakit, vokalis kumpulan Slam itu menyesal tidak melakukan rawatan fisioterapi seperti yang disarankan oleh doktor kerana terlalu sibuk dengan karier seni.


Malah, penyanyi lagu Gerimis Mengundang itu juga diselubungi perasaan takut andai dia terpaksa menjalani pembedahan semula.

“Menyesal juga tidak buat fisioterapi di hospital sebaliknya saya hanya beli basikal dan beberapa peralatan lain untuk bersenam di rumah.

“Salah seorang peminat saya juga ada penyakit yang sama dan telah menjalani pembedahan tetapi terpaksa melakukan pembedahan sekali lagi selepas beberapa tahun. Maknanya sekali bedah bukan jaminan untuk terus sihat.

“Jadi, saya terus rasa takut dan menyesal tidak menjaga kesihatan betul-betul. Takut sebab saya tidak mahu buat pembedahan sekali lagi,” kata Zamani yang ditemui pada sidang media Concert UK’Slam Musical baru-baru ini.


Terdahulu, Zamani menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang melengkung akibat penyakit skoliosis di sebuah pusat perubatan swasta di Cheras, Kuala Lumpur pada 7 November tahun lalu.

Justeru itu, Zamani mula memperlahankan kerjaya seni demi memberi tumpuan kepada kesihatannya dan juga Concert UK’Slam Musical yang akan berlangsung pada 3 Februari depan di Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor.

“Buat masa ini memang banyak tawaran datang tetapi saya tidak ambil semua. Satu sebab masalah kesihatan dan kedua kumpulan Slam sudah aktif semula, jadi atas rasa tanggungjawab saya perlu kurangkan persembahan solo.

“Bimbang nanti waktu konsert orang tidak datang sebab sudah terlalu banyak tonton persembahan percuma. Itu hakikat yang memang perlu kita telan,” ujar Zamani.

Dalam pada itu, Zamani berjanji untuk menjaga tahap kesihatan dan kualiti vokalnya agar penonton yang datang pada konsert tersebut berpuas hati dengan persembahannya.

“Orang datang konsert berbayar, jadi saya harus memberi persembahan terbaik. Diakui faktor kesihatan kadang-kala mengganggu kualiti vokal saya.

“Jadi, selain kurangkan persembahan pentas, say amula jalani latihan untuk konsert lebih awal. Saya juga mula berjumpa doktor dan menjaga stamina. Apa yang boleh dilakukan demi sebuah persembahan terbaik, saya usahakan kerana tidak mahu menghampakan peminat,” kata Zamani.

Buat julung kalinya, kumpulan Slam akan bergabung dengan kumpulan UK’s dalam Concert UK’Slam Musical anjuran Bombbay Legend Worldwide bersama AmirUKs Entertainment. 


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote doubleA 19-12-2023 02:16 AM
Kenapa nampak senget balik abgadek
Quote ezacbee 19-12-2023 02:50 AM
Elok2 badan tegak, ko dah sengetkan balik. Cian la yg menderma tu. Ko cam x hargai penderma operation ko dulu. Sibuk2 pun kenalah ikut arahan doc. Jaga kesihatan. Degil tul x padan kaki keding.
Quote LadyCarefree 19-12-2023 05:12 AM
ezacbee replied at 19-12-2023 01:50 AM
Elok2 badan tegak, ko dah sengetkan balik. Cian la yg menderma tu. Ko cam x hargai penderma operatio ...

Kan? Macam xamanah dgn duit derma RM100k tu.
Quote Diamondmoney 19-12-2023 06:30 AM
Org da buat fund utk bantu ko tp ko sndiri takmo tlg diri sndiri. Sibuk cm bnyk naw show padhal gitew je tgk.
Quote Diamondmoney 19-12-2023 06:31 AM
Nk kena buka tabung balik ke cmna ni. Smpai ajm la nk minta peminat bantu

Padahal dulu duit bnyk kemahin ligat lg ko
Quote Gianna111 19-12-2023 07:17 AM
jauhi dadah..tu je
Quote A-Are 19-12-2023 07:39 AM
sakit agaknya kalau ddk tegak...kita xrasa mana kita tao
Quote Burong_Hantuk 19-12-2023 07:49 AM
still mendadih kah?????
Quote imah70 19-12-2023 07:51 AM
Sepatutnya selepas operate hari Tu..cukup rehat Dan kuat kan balik semuanya...ni baru operate da gi show...nmpk sgt mcm takut hilang duit ..show..cukup bertuah tau Ada org Dan peminat nk Bantu duit tuk operate..da lah badan MCM tk cukup zat so fhm2 jelah MCM ne nk Jaga kesihatan sendiri
Quote shernazz 19-12-2023 07:53 AM
A-Are replied at 19-12-2023 07:39 AM
sakit agaknya kalau ddk tegak...kita xrasa mana kita tao

Sebab tu doc soh pergi fisioterapi
Dari situ therapist Akan ajar mcmana nak Jalan..duduk..berdiri..senam2 sikit...
Bukan semua Benda boleh buat terus...
Even nak Naik tangga pung ada posturnya
Jadi..zamani sundiri lah yang tak peka Akan Benda Ni...sepatutnya kena follow la cakap doc...
Fisio Ni penting juga..takkan nakntunggu sakit baru nak peka kan..
Quote abangnon 19-12-2023 07:55 AM
Paknil is watching....
Quote A-Are 19-12-2023 07:56 AM
shernazz replied at 19-12-2023 07:53 AM
Sebab tu doc soh pergi fisioterapi
Dari situ therapist Akan ajar mcmana nak Jalan..duduk..berdiri. ...

ya fisio sangatlah penting...segala jenis terapi tu kadang kelas nya bukan lama kot yer bz sgt smpi x p...kelas2 dia kdg sekadar mengajar, n boleh prektis slalu masa kat rumah....
Quote alieyrina 19-12-2023 07:58 AM
Dgr pun siksa. Sebenarnya fisio tu sesi plg penting kut
Quote bottompro 19-12-2023 08:00 AM
Ko nii org dh sumbang duit utk rawatan pembedahan + susulan (fisio), ko degil xnk g fisio. Ko xjaga amanah. Ikut suka ko lah. Badan ko
Quote abangadek 19-12-2023 08:15 AM
Semoga abangadik cepat sembuh
Quote sayurmayur88 19-12-2023 08:22 AM
BUAT LAH FISIO.. DENGAR CAKAP DOKTOR. NOW MACAM MANA ???
Quote stingergrumpy 19-12-2023 08:25 AM
abangadek replied at 19-12-2023 08:15 AM
Semoga abangadik cepat sembuh

Tidak Tuhan menzalimi hamba2NYA kecuali tangan tangan manusia iteww sendiri...

DIberi jln kemudahan olehNYA utk ko jalani pembedahan sehingga sembuh ...tapi ko mula lupa dan mengkufuri nikmat yg telah diberi dgn tidak memainkheun peranan utk menjaga dan sekaligus berusaha kearah menguruskheun kesembuhan yg telah diberi dgn sebaiknya(fisioterapi)

Quote stingergrumpy 19-12-2023 08:26 AM
Menyesal dahulu pendapatan....menyesal kemudian, wajarkeww kita berjemaah pala boo toe kheunnyer?

#tanyaje
Quote JunkMail 19-12-2023 09:21 AM
Mesti kau ni sejenis orang tua yang degil. Ikut cakap kau je. Buat fisio sakit sikit langsung dah tak nak buat. Well...padan la muka hang pokcik. Fisio tu after sales service tau tak..

Lihat semua komen(90)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 06:42 PM GMT+8 , Processed in 0.164477 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top