CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Langgar Sampai Mati- Pegawai Kanan Polis Didakwa Bunuh Zaharif Affendi

18-12-2023 10:48 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9720| Komen: 87

IPOH – Pegawai kanan polis disyaki melanggar pelajar lelaki tingkatan lima hingga maut di Jalan Taman Jati dekat Meru Jumaat lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh hari ini.

Tertuduh, Mohd. Nazri Abdul Razak, 44, didakwa telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian Muhammad Zaharif Affendi Muhd. Zamrie, 17, di Jalan Taman Jati 1, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di dalam daerah Kinta antara pukul 12.05 hingga 12.40 tengah hari, 15 Disember 2024.


Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati jika sabit kesalahan atau penjara sehingga 40 tahun dan jika tidak dihukum mati hendaklah dihukum sebat tidak kurang 12 sebatan.


Foto: Kosmo

Lelaki berpangkat Deputi Superintenden dan bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah itu mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret S. Punitha. Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh.


Pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Azlina Rasdi bersama Khairul Azreem Mamat, Wan Azimah Yaacob, Afzainizam Abdul Aziz, Saiful Akmal Mod Said, Nasrul Hadi Abdul Ghani, Geetha Jora Singh dan Low Qin Hui manakala tertuduh diwakili peguam, Jacky Loi Yap Loong.

Terdahulu, Azlina memohon tarikh sebutan sementara menunggu laporan-laporan lain termasuk laporan kimia dan mahkamah kemudian menetapkan 7 Februari 2024 bagi sebutan semula kes.

Dalam kejadian Jumaat lalu sekitar pukul 12.30 tengah hari, seorang calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) maut selepas dilanggar dan diseret sejauh lebih lima meter oleh kereta jenis Perodua Ativa dipandu seorang pegawai kanan polis.

Difahamkan, sebelum kejadian, berlaku insiden tidak puas hati melibatkan pemandu kereta berkenaan dengan mangsa kerana dikatakan membuat bunyi bising ekzos motosikal. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 18-12-2023 10:52 AM
Aku tak nampak muke pon..
Quote manehnya 18-12-2023 10:55 AM
yg jaga sgt suspek ni knp, benci aku tengok
Quote manehnya 18-12-2023 10:56 AM

tah2 org lain..

huh..


Quote kikuri 18-12-2023 11:00 AM
beria tutup muka... betul ke saspek tu... tah2 org lain (sekadar bersangka buruk)
Quote mejaputih 18-12-2023 11:06 AM
dha la x nmpk muka OKT..yg iring pun sesuatu....
Quote Oroi8887 18-12-2023 11:11 AM
tunjuk aje la muka dia, kenapa beriya tutup. mmg patut diragui shit
Quote LoveSungmin 18-12-2023 11:17 AM
harapnya AGC tak bersubahat dengan PDRM untuk selamatkan pembunuh ni.. i bersangka baik yang orang dalam gambar ni memang pembunuh tu, bukan kambing hitam..
Quote tumpanglalu74 18-12-2023 11:19 AM

Dah lompat pagor belom?

Gambar2 hiasan:

snapinsta.jpg
295572-696x385.jpeg
addy1.jpg
Quote MissYouSayang 18-12-2023 11:23 AM
Bontot lentikkk aummmmdapp
Quote manehnya 18-12-2023 11:30 AM
tumpanglalu74 replied at 18-12-2023 11:19 AM
Dah lompat pagor belom?

Gambar2 hiasan:

kali ni rakyat akan mengamok kalu polis tu lepas

aku sndiri rasa cm nk buat balik apa yg dia buat kt anak orang tu
Quote Mamason 18-12-2023 11:32 AM
Kemain eskort nya ye... menjaga sungguh!
Quote Firenzza 18-12-2023 11:33 AM
Mana porumer yg aritu sibuk nak bela sgt pulis hanat ni sila meninggal
Quote slavehunter 18-12-2023 11:36 AM
Kalau aku consider polis pengiring ni semua anak2 buah bawahan saspek pembunuh ni sebagai enabler ok tak?

They enable the real criminal, giving Vip treatment,less sentence, maka dengan itu Polis Pdrm di Malaysia walk freely dengan attitude rasuah, melindungi syndicate, criminal , Scam?

Sifat enable sesama polis untuk melindungi protect sesama mereka maka dengan itu masalah crime di Malaysia tidak pernah selesai.

Ok tak kalau aku generalize macam ni? Ambik tune generalize all mat rempits are same bila preng motor.

@pengecatbintang
Quote Firenzza 18-12-2023 11:37 AM
LoveSungmin replied at 18-12-2023 11:17 AM
harapnya AGC tak bersubahat dengan PDRM untuk selamatkan pembunuh ni.. i bersangka baik yang orang d ...

Tapi klau tengok perut boroi tu mcm matching dgn gmbr FB dia dgn bini & anak. Dah ada keja sedap dgn gomen bini plk cikgu, anak kecik lg.......dia x fikir pjg ke masa nk bunuh org tuh
Quote LoveSungmin 18-12-2023 11:40 AM
Firenzza replied at 18-12-2023 11:37 AM
Tapi klau tengok perut boroi tu mcm matching dgn gmbr FB dia dgn bini & anak. Dah ada keja sedap d ...

takut dah sampai Aussie je u.. bukan tak ada kes² sebelum ni yang lari ke sana
Quote dua_chzy 18-12-2023 11:49 AM
Kenapa sampai tahap budak2 SB (Special Branch) yang eskot babi ni pi makhkamah? Perlu ke?
Quote dua_chzy 18-12-2023 11:51 AM
Ha korang. Dalam tered ni jelas artikel tu mengatakan babi ni DSP di IPK Kedah, bukan orang nombor 2 di Ipoh. Sila hentikqn fitenah.
Quote mejaputih 18-12-2023 11:55 AM
kawan2 yg iring ni dtg dari kedah la ye? ke mcm mana? keje hakiki tak buat ke?
Quote Firenzza 18-12-2023 11:56 AM
LoveSungmin replied at 18-12-2023 11:40 AM
takut dah sampai Aussie je u.. bukan tak ada kes² sebelum ni yang lari ke sana

Itu la psl sis .....teringat 1 kes pulis tembak kpla budak yg pecut naik kereta.....dgr cite pulis tu dah bebas katanya

Lihat semua komen(87)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:26 PM GMT+8 , Processed in 0.055660 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top