CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 11 Tahun Dah Hidap Diabetes- Penglihatan Kabur, Cucuk Insulin Sehari Empat Kali

18-12-2023 10:51 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5054| Komen: 21

Description: MERSING – Seorang kanak-kanak di Taman Sri Mersing disahkan menghidap diabetes pada usia baru 11 tahun sehingga menggangu penglihatannya.
MERSING – Seorang kanak-kanak di Taman Sri Mersing disahkan menghidap diabetes pada usia baru 11 tahun sehingga menggangu penglihatannya.

Keadaan itu menyebabkan murid darjah lima Sekolah Kebangsaan Sri Mersing, Azra Izzareen Md. Azizudin terpaksa mengambil insulin sebanyak empat kali sehari.


Bapanya, Md. Azizuddin Md. Yatim, 45, berkata, anak bongsunya itu sudah lima bulan tidak dapat hadir ke sekolah ekoran penglihatannya yang kabur.


Foto: Kosmo

“Pernah dia ke sekolah, tetapi cikgu minta saya ambilnya pulang ke rumah kerana matanya kerap berair. Dia pula memang selalu minta kepada saya untuk pergi sekolah, namun keadaan kesihatannya itu membuatkan saya tidak membenarkan.

“Sejak disahkan menghidap diabetes, Azra perlu dicucuk insulin pada perutnya.

“Sekarang ini kedua-dua matanya kabur terutama apabila terkena cahaya dan dia tidak dapat memberi tumpuan di sekolah,” katanya ketika ditemui di rumah sewanya di Taman Sri Mersing, di sini baru-baru ini.


Terdahulu, kanak-kanak tersebut menerima kunjungan ziarah daripada Ketua UMNO Bahagian Mersing, Mohd. Youzaimi Yusof.

Bapa tunggal kepada tiga anak itu berkata, Azra sepatutnya menjalani rawatan pembedahan mata di sebuah hospital, namun apabila tiba harinya, nama Azra tiada dalam sistem dan terpaksa pulang ke Mersing.

Katanya, dia pernah bertanya kepada pihak swasta untuk pro­ses pembedahan mata anaknya itu, namun kos yang diperlukan sebanyak RM7,000 bagi sebelah mata sahaja dan RM14,000 untuk kedua-dua mata.

Dia yang bekerja kebun dan menerima bantuan zakat setiap bulan juga kini tidak dapat keluar mencari rezeki kerana perlu menjaga anaknya itu yang perlu dipimpin untuk berjalan.

“Saya cuma berharap penglihatan Azra akan pulih semula. Jika tidak dapat bedah kedua-dua mata, sebelah sahaja sudah cukup,” ujarnya.

Orang ramai yang mahu membantu meringkankan beban keluarga tersebut boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank 15-1098-000-858 milik Md. Azizuddin. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote midori888 18-12-2023 10:55 AM
diabetes type 1?
Quote Cleocatra 18-12-2023 10:56 AM
Kesiannya… acik harap dipermudahkan urusan kamu sekeluarga.
Quote manehnya 18-12-2023 10:56 AM
kesiannya adik ni, comel budaknya, smoga dpermudahkan urusan
Quote mejaputih 18-12-2023 11:01 AM
kesiannya...type 1 ke tu...hospital mana yg tak efisien tu? kesian adik ni nk sgt sekolah...semoga dipermudahkan urusan pembedahan mata dan semoga boleh kembali ke sekolah...
Quote mejaputih 18-12-2023 11:03 AM
budak tu pun comel dan nmpk jenis badan aktif...ala YB, rm14k rasanya boleh je dapat dana kumpul dari YB2 kat johor tu...atau minta sumbangan dari Istana.
Quote anggeriklatifah 18-12-2023 11:08 AM
camna dia leh kena diabetis tu..semulajadi ke
Quote otai_g 18-12-2023 11:13 AM
Kalo bdk2 da kena diabetes x silap aku faktor genetik tu..
Quote A-Are 18-12-2023 11:15 AM
selalunya kalau budak2 kena n badan pon nampak sihat bukan gemuk disebabkan faktor genetik
Quote Mary_jane 18-12-2023 11:35 AM
Moga dapat kumpul dana & operate mata adik ni.
Quote Carcosa 18-12-2023 11:55 AM
Apa nak heran? Classmate anak meols, umur 5 tahun dah di diagnosed diabetes. Type 1 lah tapi. Start mak dia noticed, asyik hausss je then bila nak pee tu, tak menahan. Jenis yg nak kencing, tunggu sesaat dua pun dah terburai. Pastu dah settle, naaak lagi kencing. Tapi oklah, maknya kaya raya. Duit takde hal. Pakai monitor kat upper arm, dgn Gantung mcm indicator dkt leher.
Tapi budak tu Ya Rabbi.... Dah di diagnosed, pe'el menjadi2 naughty nya. Smp cikgu pun di pukul2 nya. Dugaan masing2
Quote dua_chzy 18-12-2023 11:57 AM
anggeriklatifah replied at 18-12-2023 03:08 AM
camna dia leh kena diabetis tu..semulajadi ke


Genetik dan pemakanan.

Aku pernah jumpa pesakit gini di hospital. Umo 11 dan 13 tahun. Diabetic. Family memang suka makan dan minum manis2 kata nurse yang membawang kat aku.
Quote Zazama 18-12-2023 01:59 PM
Mudah2an Allah rezekikan jalan keluar utk kesembuhan buat anak ini. Amin..
Quote JunkMail 18-12-2023 02:07 PM
Makan apa ni dik?? Mak bapak pun kalau keturunan kau tu berisiko tinggi nak kena diabetes, dari atok nenek moyang semua ada, jaga lah makan tu. Jgn main hentam je makan ikut suka hati.
Quote Mamason 18-12-2023 02:15 PM
Dugaan buat adik ni dan keluarganya... moga dipermudahkan segala urusan rawatan dan kembali bersekolah seperti biasa.  Aaminn..
Quote Prickford 18-12-2023 02:23 PM
A-Are replied at 18-12-2023 03:15 AM
selalunya kalau budak2 kena n badan pon nampak sihat bukan gemuk disebabkan faktor genetik

A'ah, budak2 kalau kena, mmg genetic mutation. Lahir2 tu dah ada. Takleh cure cuma boleh managed. Jiran iolls anak 3 orang, sorg tu dpt diabetis. Tapi sbb berduit, deyols pasang yg blood sugar skin monitor kat tangan tu, pastu rajin bwk check up. Cuma adik dlm thread ni kurang bernasib baik dari segi kewangan.

Quote airmineral 18-12-2023 02:48 PM
Spital swasta mana yg cokia tu? Cmn leh xde nama pada hari pembedahan tersebut?
Quote A-Are 18-12-2023 04:27 PM
Prickford replied at 18-12-2023 02:23 PM
A'ah, budak2 kalau kena, mmg genetic mutation. Lahir2 tu dah ada. Takleh cure cuma boleh managed.  ...

yer....bila dah sakit gini mmg byk nak pakai duit...tp rasanya kalau mohon zakat dapat kot bantuan2 gini
Quote glump 18-12-2023 05:28 PM
Edited by glump at 18-12-2023 08:01 PM

Pelik..kalu dah schedule boleh buat operation mesti dah reschedule kalau tak boleh buat pada Masa hari yang dijadualkan . Tapi nampaknya keluarga ini Tak boleh tunggu Dan mahu melakukan di hospital swasta. hospital kerajaan Masa menunggu yang lama membuat mereka memilih alternative.
Quote AkokKocik 18-12-2023 06:28 PM
Besanya klu dh djadual akn operate, tiba2 nama xde dlm sistem, maknanya ada org yg kabelnya lbh kuat mencaras tempat adik tu.

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 04:12 PM GMT+8 , Processed in 0.053598 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top