View: 5887|Reply: 27
|
Budak 11 Tahun Dah Hidap Diabetes- Penglihatan Kabur, Cucuk Insulin Sehari Empat Kali
[Copy link]
|
|
MERSING – Seorang kanak-kanak di Taman Sri Mersing disahkan menghidap diabetes pada usia baru 11 tahun sehingga menggangu penglihatannya.
Keadaan itu menyebabkan murid darjah lima Sekolah Kebangsaan Sri Mersing, Azra Izzareen Md. Azizudin terpaksa mengambil insulin sebanyak empat kali sehari.
Bapanya, Md. Azizuddin Md. Yatim, 45, berkata, anak bongsunya itu sudah lima bulan tidak dapat hadir ke sekolah ekoran penglihatannya yang kabur.
Foto: Kosmo
“Pernah dia ke sekolah, tetapi cikgu minta saya ambilnya pulang ke rumah kerana matanya kerap berair. Dia pula memang selalu minta kepada saya untuk pergi sekolah, namun keadaan kesihatannya itu membuatkan saya tidak membenarkan.
“Sejak disahkan menghidap diabetes, Azra perlu dicucuk insulin pada perutnya.
“Sekarang ini kedua-dua matanya kabur terutama apabila terkena cahaya dan dia tidak dapat memberi tumpuan di sekolah,” katanya ketika ditemui di rumah sewanya di Taman Sri Mersing, di sini baru-baru ini.
Terdahulu, kanak-kanak tersebut menerima kunjungan ziarah daripada Ketua UMNO Bahagian Mersing, Mohd. Youzaimi Yusof.
Bapa tunggal kepada tiga anak itu berkata, Azra sepatutnya menjalani rawatan pembedahan mata di sebuah hospital, namun apabila tiba harinya, nama Azra tiada dalam sistem dan terpaksa pulang ke Mersing.
Katanya, dia pernah bertanya kepada pihak swasta untuk proses pembedahan mata anaknya itu, namun kos yang diperlukan sebanyak RM7,000 bagi sebelah mata sahaja dan RM14,000 untuk kedua-dua mata.
Dia yang bekerja kebun dan menerima bantuan zakat setiap bulan juga kini tidak dapat keluar mencari rezeki kerana perlu menjaga anaknya itu yang perlu dipimpin untuk berjalan.
“Saya cuma berharap penglihatan Azra akan pulih semula. Jika tidak dapat bedah kedua-dua mata, sebelah sahaja sudah cukup,” ujarnya.
Orang ramai yang mahu membantu meringkankan beban keluarga tersebut boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank 15-1098-000-858 milik Md. Azizuddin. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya adik ni, comel budaknya, smoga dpermudahkan urusan |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya...type 1 ke tu...hospital mana yg tak efisien tu? kesian adik ni nk sgt sekolah...semoga dipermudahkan urusan pembedahan mata dan semoga boleh kembali ke sekolah... |
|
|
|
|
|
|
|
budak tu pun comel dan nmpk jenis badan aktif...ala YB, rm14k rasanya boleh je dapat dana kumpul dari YB2 kat johor tu...atau minta sumbangan dari Istana. |
|
|
|
|
|
|
|
camna dia leh kena diabetis tu..semulajadi ke |
|
|
|
|
|
|
|
Kalo bdk2 da kena diabetes x silap aku faktor genetik tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
selalunya kalau budak2 kena n badan pon nampak sihat bukan gemuk disebabkan faktor genetik |
|
|
|
|
|
|
|
Moga dapat kumpul dana & operate mata adik ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa nak heran? Classmate anak meols, umur 5 tahun dah di diagnosed diabetes. Type 1 lah tapi. Start mak dia noticed, asyik hausss je then bila nak pee tu, tak menahan. Jenis yg nak kencing, tunggu sesaat dua pun dah terburai. Pastu dah settle, naaak lagi kencing. Tapi oklah, maknya kaya raya. Duit takde hal. Pakai monitor kat upper arm, dgn Gantung mcm indicator dkt leher.
Tapi budak tu Ya Rabbi.... Dah di diagnosed, pe'el menjadi2 naughty nya. Smp cikgu pun di pukul2 nya. Dugaan masing2 |
|
|
|
|
|
|
|
anggeriklatifah replied at 18-12-2023 03:08 AM
camna dia leh kena diabetis tu..semulajadi ke
Genetik dan pemakanan.
Aku pernah jumpa pesakit gini di hospital. Umo 11 dan 13 tahun. Diabetic. Family memang suka makan dan minum manis2 kata nurse yang membawang kat aku. |
|
|
|
|
|
|
|
Mudah2an Allah rezekikan jalan keluar utk kesembuhan buat anak ini. Amin.. |
|
|
|
|
|
|
|
Makan apa ni dik?? Mak bapak pun kalau keturunan kau tu berisiko tinggi nak kena diabetes, dari atok nenek moyang semua ada, jaga lah makan tu. Jgn main hentam je makan ikut suka hati. |
|
|
|
|
|
|
|
Dugaan buat adik ni dan keluarganya... moga dipermudahkan segala urusan rawatan dan kembali bersekolah seperti biasa. Aaminn.. |
|
|
|
|
|
|
|
A'ah, budak2 kalau kena, mmg genetic mutation. Lahir2 tu dah ada. Takleh cure cuma boleh managed. Jiran iolls anak 3 orang, sorg tu dpt diabetis. Tapi sbb berduit, deyols pasang yg blood sugar skin monitor kat tangan tu, pastu rajin bwk check up. Cuma adik dlm thread ni kurang bernasib baik dari segi kewangan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Spital swasta mana yg cokia tu? Cmn leh xde nama pada hari pembedahan tersebut? |
|
|
|
|
|
|
|
yer....bila dah sakit gini mmg byk nak pakai duit...tp rasanya kalau mohon zakat dapat kot bantuan2 gini
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by glump at 18-12-2023 08:01 PM
Pelik..kalu dah schedule boleh buat operation mesti dah reschedule kalau tak boleh buat pada Masa hari yang dijadualkan . Tapi nampaknya keluarga ini Tak boleh tunggu Dan mahu melakukan di hospital swasta. hospital kerajaan Masa menunggu yang lama membuat mereka memilih alternative. |
|
|
|
|
|
|
|
Besanya klu dh djadual akn operate, tiba2 nama xde dlm sistem, maknanya ada org yg kabelnya lbh kuat mencaras tempat adik tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Type 1 diabetes is an auto-immune condition. It is not caused by eating the wrong food, or eating too much sugar, or being overweight. |
|
|
|
|
|
|
| |
|