CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Keluarga Zaharif Mahu Siasatan Ikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, Sudah Lantik Peguam

17-12-2023 06:06 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 40182| Komen: 202

Ipoh: Keluarga calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang maut akibat dilanggar pegawai kanan polis berpangkat Deputi Superintendan berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati, Meru, di sini, sudah melantik peguam bagi menuntut pembelaan atas kematian mangsa yang pada mereka mati dibunuh.


Bapa mangsa, Muhd Zamrie Zainal Abidin, 55, berkata, ahli keluarga bersetuju melantik peguam dari Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak (HWAM) bagi memastikan kematian anaknya, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, mendapat pembelaan selayaknya memandangkan beranggapan remaja itu mati akibat dibunuh.


WAN Azmir melawat ahli keluarga Mohammad Zaharif Affendi yang maut dilanggar sebuah kereta berhampiran SMK Jati. FOTO L Manimaran

Muhd Zamrie berkata, dia mewakili pihak keluarga mahu kematian anaknya disiasat dan dituduh di mahkamah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) iaitu membunuh berbanding mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


"Ya. Saya memang minta dan hendak Seksyen 302. Kalau orang itu sengaja melanggar (dan mati) bermakna dia memang (berniat) membunuh.

"Tujuan saya melantik peguam adalah inginkan keadilan dan ketelusan, sebab saya tahu kami sekarang berurusan dengan pihak polis. Jadi saya hendakkan keadilan supaya nasib anak saya terbela, telus, dan tiada selindung-selindung, itu saja," katanya ketika ditemui di kediaman keluarga itu di Taman Chepor Sentosa, di sini petang ini.

Ibu Zaharif, Mimi Julia Ismail, 51, berkata, lantikan peguam adalah atas dasar gesaan serta nasihat ramai pihak termasuk kenalannya yang mahu keluarga menuntut bela atas kematian anak bongsu daripada empat beradik itu.

"Kami pun tidak berapa tahu hal-hal berkaitan guaman dan perundangan jadi lantikan peguam ini dibuat atas dasar siapa yang paling mula menawarkan diri hingga sanggup berkunjung ke rumah kami ini, maka itulah yang kami pilih.

"Moga yang kami pilih ini yang terbaik untuk bantu kami (kerana) saya memang tak boleh terima anak saya mati kerana dibunuh. Kalau mati kerana merempit pun saya tak kisah namun bukan mati dibunuh dengan dilanggar sampai sebegitu, sudahlah pelakunya adalah polis yang patut tahu undang-undang," katanya.

Sementara itu, peguam dari HWAM, Datuk Wan Azmir Wan Majid berkata, pihaknya akan mewakili keluarga Allahyarham Zaharif untuk melihat dua perkara utama iaitu ketelusan proses siasatan polis di pihak keluarga, serta tindakan perundangan sivil yang boleh dikenakan terhadap pelaku kes itu bahkan terhadap kerajaan Malaysia.

"Serta apa yang diminta oleh pihak kami ialah pampasan yang berkait dengan tindakan sivil susulan kematian arwah, supaya kami dapat memastikan pampasan sewajarnya diberikan kepada keluarga arwah," katanya.

Wan Azmir berkata, ketika ini masih terlalu awal untuk menilai sama ada pihaknya berpuas hati dengan proses siasatan polis dengan sebarang indikasi hala tuju sama ada siasatan menjurus kepada kesalahan si pelaku atau membabitkan pasukan polis secara am, akan dinilai selanjutnya seawal-awalnya tiga hari.

"Kami boleh melihat kepada faktor kecuaian seperti kemalangan dilakukan oleh seorang pegawai polis, sama ada ia turut membawa liabiliti terhadap kerajaan atau pasukan polis secara keseluruhan.

"Jadi untuk melihat sama ada hanya pegawai polis itu saja bersalah atau sama ada kerajaan pun bersalah atau pasukan polis yang bersalah, yang itu masih terlalu awal untuk melihatnya sehingga kami berjaya mewujudkan liabiliti bagi kes ini," katanya yang turut bertindak sebagai peguam pemerhati bagi keluarga mangsa.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, kes kematian pelajar itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 selain sudut lain termasuk jenayah yang menjurus kepada kesalahan mematikan orang atau membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 17-12-2023 06:09 PM
Ya Allah, Engkau permudahkanlah segale urusan orang2 yang bersame orang2 yang dizalimi & Engkau persulitkan & perhinekanlah orang2 yang membantu orang2 yang zalim.  Sesungguhnye mereka hanya ingin menunjukkan kekuasaan mereka & yang sekufu dengan mereka di atas dunia ini.  Aameen..
Quote igetso 17-12-2023 06:13 PM
tumpanglalu74 replied at 17-12-2023 06:09 PM
Ya Allah, Engkau permudahkanlah segale urusan orang2 yang bersame orang2 yang dizalimi & Engkau pers ...

Amin, ya Allah..  Amin.
Quote Buritan 17-12-2023 06:14 PM
Semoga urusan keluarga ini dipermudahkan.. aminnn
Quote JamilBinAbu 17-12-2023 06:20 PM
Semoga sabit 302 & gantong sampai mati.
Quote Binodino 17-12-2023 06:22 PM
Semoga dipermudahkan urusan & kemenangan berpihak kepada keluarga mangsa. Jangan disebabkan suspek tu orang berpangkat so ada edisi cover up pulak.
Quote saliv 17-12-2023 06:25 PM
tumpanglalu74 replied at 17-12-2023 06:09 PM
Ya Allah, Engkau permudahkanlah segale urusan orang2 yang bersame orang2 yang dizalimi & Engkau pers ...

Aaminn Ya Rabbal Alaminn
Quote delia3003 17-12-2023 06:26 PM
Semoga urusan keluarga arwah dipermudahkan dan dapat tuntut keadilan untuk arwah (adik) Zaharif. Kesian dia terpaksa tahan sakit akibat dilanggar sebelum meninggal.
Quote Firenzza 17-12-2023 06:27 PM
Mintak sapee abdulah jd peguam pemerhati....ni kes bapak mangsa lwn pulis jahanam tu & kjn. Saman kaw2 pastu gantung sampai kiok
Quote SalenaGomez 17-12-2023 06:28 PM
Kalau x silap lawyer wan azmir ni power. All the best. Semoga keadilan tertegak dan nasib arwah terbela
Quote hmmlantakko 17-12-2023 07:00 PM
hmmmmmmm
pengajrnnya, jgn ikut baran sgt. bertindak lah dgn waras
sygkan anak tgn2 kannn. bukan kau biarkan anak kau wengg sana wengg sini buat bising/menganjing(mgkin?) sampai trigger marah org.. aku benci btul dgn budak suka remp motor ni. jns xde sivik jugak ni. pastu si bpknya pulak kuat drama lah haiii sampai pingsan2 di pangkuan kp polissss. and si arwah nya di claimed tgh tggu solat jem-aattt, tak ckp pulak si maknya anaknya suka wenggg wenggg motorr yeee….

hmmm hmmm hmmmmm
Quote orkid_amani 17-12-2023 07:02 PM
Alaaaaa melepas laa yycc nk takeover case kalau tak kantoi sebab TH tarik diri kes inkues arwah baby Syifa mesti org awam xtau kata ada penyelewangan.laaajuuu gila tau collection dlm group tele sana tu...aii tengok jaa
Quote otai_g 17-12-2023 07:04 PM
hmmlantakko replied at 17-12-2023 07:00 PM
hmmmmmmm
pengajrnnya, jgn ikut baran sgt. bertindak lah dgn waras
sygkan anak tgn2 kannn. bukan kau  ...

Aku pun sama menyampah dgn org yg ubahsuai ekzos ni.

Ko nak main motor x de lesen ke x pki helmet ke x jd hal. Tp bila ko ubahsuai ekzos jd bising itu jd masalah kpd masyarakat.
Quote brownstone 17-12-2023 07:13 PM
Ko nak pastikan polis yg melanggar tu dihukum seadilnya, amat digalakkan...tapi kalau nak ambil kesempatan nak saman kerajaan & pasukan polis tu agak keterlaluan la.

Lainlah kalau yg melanggar tu kereta polis dan dalam kereta tu ada dua tiga anggota beruniform. Ni sorang saja punya angkara. Respond tu biarlah  proportionate, jangan berlebih.
Quote TeropongThaico 17-12-2023 07:24 PM
tumpanglalu74 replied at 17-12-2023 06:09 PM
Ya Allah, Engkau permudahkanlah segale urusan orang2 yang bersame orang2 yang dizalimi & Engkau pers ...

Aaaminn
Quote ^CUN_GILA~. 17-12-2023 07:27 PM
tumpanglalu74 replied at 17-12-2023 06:09 PM
Ya Allah, Engkau permudahkanlah segale urusan orang2 yang bersame orang2 yang dizalimi & Engkau pers ...

Engkau persulitkan jugak ya Allah orang2 zalim lagi hina yang bertepuk tangan dengan kematian anak yang tidak berdosa ini..
Quote begg 17-12-2023 07:30 PM
JamilBinAbu replied at 17-12-2023 06:20 PM
Semoga sabit 302 & gantong sampai mati.

Aminn..  Semoga mereput & berulat.  Sbagai pengajaran bgi insan2 zalim yg lain.
Quote Eqx 17-12-2023 07:35 PM
^CUN_GILA~. replied at 17-12-2023 07:27 PM
Engkau persulitkan jugak ya Allah orang2 zalim lagi hina yang bertepuk tangan dengan kematian anak ...

------- Mohon Allah balas yg sama serta lebih buruk lgi kpd insan2 yg tiada simpati
Quote wikedsaikel 17-12-2023 07:36 PM
Datuk Wan Azmir ni hot la. Aku folow tiktok dia.
Quote wikedsaikel 17-12-2023 07:36 PM
tumpanglalu74 replied at 17-12-2023 06:09 PM
Ya Allah, Engkau permudahkanlah segale urusan orang2 yang bersame orang2 yang dizalimi & Engkau pers ...

Aamiin. Kesian. Just because ekjos.

Lihat semua komen(202)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:17 PM GMT+8 , Processed in 0.061569 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top