CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

COVID-19: Kes Cecah 20,696, Rekod 28 Kematian

17-12-2023 11:24 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 24159| Komen: 4

Description: Putrajaya: Kes Covid-19 di negara ini bagi tempoh 10 hingga 16 Disember 2023 merekodkan sebanyak 20,696 dengan 28 angka kematian dicatatkan.Menerusi hantaran infografik dibuat di aplikasi X Covid19Pla ...
Putrajaya: Kes Covid-19 di negara ini bagi tempoh 10 hingga 16 Disember 2023 merekodkan sebanyak 20,696 dengan 28 angka kematian dicatatkan.

Menerusi hantaran infografik dibuat di aplikasi X Covid19Place yang turut dikongsi Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly turut memaklumkan jumlah kes aktif sebanyak 28,375 kes.



Daripada jumlah itu, Selangor menjadi negeri tertinggi merekodkan jangkitan Covid-19 dengan angka sebanyak 6,449 diikuti Kuala Lumpur (3,357), Melaka (1,589) dan Kedah (1,048).

Bagi negeri Perlis, kes direkodkan sebanyak 115, manakala Pulau Pinang (881), Perak (936), Putrajaya (774), Negeri Sembilan (968) dan Johor (673).

Pahang merekodkan angka sebanyak 772, Terengganu (710), Kelantan (697), Sarawak (631), Labuan (112) dan Sabah (984).

Bilangan pesakit yang dirawat di hospital ialah sebanyak 588 di mana ia menyaksikan pertambahan sebanyak 218 kes.


Pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) pula seramai 22 orang dan 14 daripadanya memerlukan bantuan ventilator. 


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ipes2 18-12-2023 05:38 AM
innalillahi.. kesiannya
kerana mereka mati wabak, maka mereka dapat shaheed kecil
byk nye kes.. itu yg lapor.. yg dok kg2 dan jenis tak responsible dan tak test or lapor pon, mesti lagi byk
Quote laqoyah 18-12-2023 07:26 AM
Mmm...tudia!
Quote anarina 18-12-2023 08:51 AM
Byk je kes. Tp unrecorded. So anggapla angka ni x5 ala apa susah we live with it jurrrr

Yg mati mati la apa nak buat
Quote hayrin86 18-12-2023 09:52 AM
Jawapannya, tiadalah Jingle Bell..

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 10:22 PM GMT+8 , Processed in 0.075285 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top