CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Undang-Undang Berkaitan Goda Isteri Orang Dimansuhkan

16-12-2023 02:19 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 12594| Komen: 4

Description: Putajaya: Mahkamah Persekutuan di sini hari ini memansuhkan Seksyen 498 Kanun Keseksaan yang berkaitan menjenayahkan perbuatan lelaki yang menggoda isteri orang, kerana ia tidak berperlembagaan.Ketua ...
Putajaya: Mahkamah Persekutuan di sini hari ini memansuhkan Seksyen 498 Kanun Keseksaan yang berkaitan menjenayahkan perbuatan lelaki yang menggoda isteri orang, kerana ia tidak berperlembagaan.

Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat dalam keputusan sebulat suara berkata, panel hakim berpendapat bahawa seksyen itu adalah bercanggah dengan perlembagaan kerana ia mendiskriminasi secara tidak sah hanya atas alasan jantina, yang bertentangan dengan Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan.


"Seksyen 498 hanya memberi hak kepada suami untuk bergantung kepada peruntukan itu dengan mengenepikan semua hak isteri. Oleh itu ini adalah diskriminasi atas alasan jantina sahaja.

"Hakikat bahawa inilah isu sebenarnya, diterangkan dengan jelas oleh Seksyen 132 Kanun Acara Jenayah, yang menyatakan bahawa 'Tiada mahkamah boleh melihat ada kesalahan di bawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan, kecuali atas aduan yang dibuat oleh suami kepada perempuan itu," kata Tengku Maimun.


Hakim lain dalam panel itu ialah Hakim Besar Malaya Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dan hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Harmindar Singh Dhaliwal, Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil.

Panel itu membuat ketetapan berkenaan selepas membenarkan permohonan seorang ahli perniagaan untuk merujuk persoalan undang-undang berkenaan kepada Mahkamah Persekutuan, sama ada Seksyen 498 adalah tidak berperlembagaan kerana ia bercanggah dengan Perkara 8(1)(2) Perlembagaan Persekutuan berkaitan kesaksamaan di sisi undang-undang dan diskriminasi jantina.

Tengku Maimun juga berkata, panel itu berpendapat bahawa Seksyen 498 adalah undang-undang sebelum Merdeka atau undang-undang "sedia ada" dalam pengertian Perkara 162 Perlembagaan Persekutuan dan tidak berupaya untuk pindaan kehakiman di bawah Perkara 162(7) Perlembagaan Persekutuan kerana jika berbuat demikian, ia akan memerlukan pindaan yang meluas, sehingga mengubah ciri-ciri kesalahan itu.

Hakim Tengku Maimun seterusnya berkata, kedua-dua pihak sama ada menerima, atau tidak menafikan, bahawa tujuan utama seksyen itu adalah untuk melihat wanita sebagai harta benda kepada suami mereka, sehinggakan perbuatan memikat mereka dianggap sebagai satu kesalahan.

"Oleh itu, kami berpuas hati bahawa satu-satunya cara yang mungkin untuk membawa Seksyen 498 selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, adalah dengan memansuhkannya secara kehakiman dengan menyeluruh, dan itu yang kami lakukan sekarang.

"Penghakiman kami di sini hendaklah diambil berkuat kuasa secara prospektif. Pengisytiharan ini secara prospektif bertujuan mengekalkan semua pendakwaan terdahulu yang telah pun berlaku.

"Kami dengan ini menyerahkan kes ini kepada Mahkamah Tinggi untuk membuat pengisytiharan dan perintah yang sewajarnya bagi melaksanakan penghakiman ini," katanya.

Ahli perniagaan berusia 53 tahun itu didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 2020 kerana memikat wanita yang sudah berkahwin di sebuah pangsapuri di Selangor pada 2018 selepas laporan polis dibuat oleh suami wanita berkenaan.

Mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan, lelaki itu boleh dihukum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Mac lalu telah membenarkan permohonan lelaki itu merujuk kepada persoalan undang-undang itu kepada Mahkamah Persekutuan untuk diputuskan oleh mahkamah.

Pada prosiding hari ini, lelaki itu diwakili peguam Jayarubbiny Jayaraj, Jay Moi Wei Jiun dan Puteri Batrisyia Abdul Latif, manakala Timbalan Pendakwa Raya Eyu Ghim Si.


Sumber: Bernama




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote antikorok 16-12-2023 02:28 PM
Bakalan dengar lebih byk kes menggoda umah tangga org sana sini nanti siap kebangga dpt caras dan ala2 runtohkan sejid khennn ha gaytuhh
Quote MissYouSayang 16-12-2023 02:34 PM
Part ni aku sokong jer
Aku tgk Lelaki ramai yg x sokong. Bagi aku adil la. Kalo penyondol caras tok laki org x kena tindakan plak(ats nama poligami).
Quote Orenn1 16-12-2023 02:34 PM
The best man wins konsepnya.
Quote KamikuP 18-12-2023 04:39 PM
Kalau lelaki goda laki org caner lak? kekekeke

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 07:47 AM GMT+8 , Processed in 0.049675 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top