CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pegawai Kanan Polis Langgar Pelajar Direman Tiga Hari

16-12-2023 12:48 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 13451| Komen: 68

Description: Kuala Lumpur: Pegawai polis berpangkat Deputi Superintendan (DSP) yang disyaki terbabit dalam kejadian melanggar pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati, Ipoh, Perak semalam dire ...
Kuala Lumpur: Pegawai polis berpangkat Deputi Superintendan (DSP) yang disyaki terbabit dalam kejadian melanggar pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati, Ipoh, Perak semalam direman selama tiga hari.


Tahanan reman ke atas suspek yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dibuat bermula hari ini.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan pegawai berkenaan direman selama tiga hari bagi membolehkan siasatan menyeluruh dijalankan secara telus dan adil.

Beliau juga turut mengarahkan Ketua Polis Daerah Ipoh, Ketua Polis Perak dan Pengarah Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman menjalankan siasatan secara terperinci mengenai kejadian berkenaan.

"Setakat ini, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kematian," katanya.


Dalam kejadian kira-kira 12.35 tengah hari semalam, mangsa yang menunggang sebuah motosikal meninggal dunia di tempat kejadian, selepas disyaki dilanggar sebuah kereta yang dipandu oleh pegawai kanan polis berusia 44 tahun itu.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 16-12-2023 12:56 PM
Edited by tumpanglalu74 at 16-12-2023 12:58 PM

Ape la maknenye undang2 kalo kes gelek anak orang tengah2 dunia macam ni pon ujong2 lepas bebas tak kene hukoman..
Quote Belibis 16-12-2023 01:48 PM
tumpanglalu74:  Edited by tumpanglalu74 at 16 ...

Kena tu mungkin laa.tapi bukan kk302..sekadar memandu cuai menyebabkan kematian.paling lama 10 tahun jail macam arwah saleem.
Quote ina_na 16-12-2023 01:54 PM
Mak iolss dl keje dlm balai polis berpuluh2 thn gak sblm pencen..iols membeso tgk mcm2 perangai polis dlm tu.....tgk la pendakwa raya pusing nanti mcm mn... kalo x nk bg terlepas viral kaw2 biar lama2 dr biasa...biasa mn2 jabatan nk jaga nama baik ketua n cawangan...
Quote she 16-12-2023 02:05 PM
Percayalah

Lepas 5 tahun turun naik mahkamah
Hukum seumur hidup
Pastu lepas 5 tahun
Dipendekkan jadi 10 tahun penjara dari tarikh tangkapan
Maka bebas berlenggang itik dia keluar
Quote Firenzza 16-12-2023 02:34 PM
she replied at 16-12-2023 02:05 PM
Percayalah

Lepas 5 tahun turun naik mahkamah

X pun tukar daerah jerrr.....pangkat x turun
Quote kalchi 16-12-2023 02:45 PM
Bini dia yg cikgu tu mana nk letak muka ye. Pegi skolah org mengata, ank murid pon tahu dah. Memalukan betul dpt laki cggini
Quote otai_g 16-12-2023 02:48 PM
X payah nak hipokrit sgt lah rakyat msia. Mcm korang x pnh kena time nak tidokan anak ke atau tgh santai, tetiba moto kapcai memekak lalu dpn rumah korang Rem kuat2 mcm nak pecah gegendang telinga. Ingt x apa bnd yg keluar Dr mulut kita spontaneous?

Pagi mampos lah ko eksiden.
Quote mejaputih 16-12-2023 03:16 PM
Kesalahan gagal mengawal kenderaan? Biar betul...please saksi2 tlg la tampil ke balai....kan nanti ringan je hukuman...
Quote batmana 16-12-2023 03:41 PM
Kan Ko polis..amikla no plat budak tu .pastu saman ke jejak rumah dia..kan mudah..
Yg ko gelek anak org smpai mampus tu pejadah?
Quote I.K.A888990 16-12-2023 03:58 PM
pergh peg kanan tuuuu
bini dia okayyy tak tuuuuu
Quote skinsandstars 16-12-2023 04:02 PM
otai_g replied at 16-12-2023 02:48 PM
X payah nak hipokrit sgt lah rakyat msia. Mcm korang x pnh kena time nak tidokan anak ke atau tgh sa ...

Well said.
Quote Triple_8 16-12-2023 04:04 PM
otai_g replied at 16-12-2023 02:48 PM
X payah nak hipokrit sgt lah rakyat msia. Mcm korang x pnh kena time nak tidokan anak ke atau tgh sa ...

Akhirnya ada seseorang boleh berfikir di luar kotak.
Quote noor2 16-12-2023 04:04 PM
Moga mampos ke tali gantung.


Celaka
Quote noor2 16-12-2023 04:33 PM

[youtube]sC6gYvigBaE?si=AMKCnMBbhvlP8-gn[/youtube]
Quote mehmet 16-12-2023 04:36 PM
batmana replied at 16-12-2023 03:41 PM
Kan Ko polis..amikla no plat budak tu .pastu saman ke jejak rumah dia..kan mudah..
Yg ko gelek anak  ...

Betul. Ini aku setuju. Bangang abadi.
Quote downiey 16-12-2023 05:13 PM
Edited by downiey at 16-12-2023 05:14 PM
otai_g replied at 16-12-2023 02:48 PM
X payah nak hipokrit sgt lah rakyat msia. Mcm korang x pnh kena time nak tidokan anak ke atau tgh sa ...

betul jugak
Quote helmi91 16-12-2023 05:29 PM
Edited by helmi91 at 16-12-2023 06:04 PM

harap2 family budak yg kena langgar tu dapat la keadilan..sekolah aku dulu ni..tapi yg bini polis tu cikgu baru rasanya sbb aku tanya adik aku pun dia cakap tak kenal..
Quote unguaurora 16-12-2023 05:33 PM
Nak tanya la. Polis ni melayu ke atau kaum lain?
Quote helmi91 16-12-2023 06:05 PM
unguaurora replied at 16-12-2023 05:33 PM
Nak tanya la. Polis ni melayu ke atau kaum lain?

Melayu..DSP polis cawangan Kedah

Lihat semua komen(68)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 06:29 PM GMT+8 , Processed in 0.151688 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top