Seorang wanita akhirnya jumpa dengan calon bersesuaian untuk menjadi isteri kedua kepada suaminya. Menurut wanita yang tidak mendedahkan identitinya itu, suaminya bersetuju dengan cadangan untuk berpoligami, namun dia belum memaklumkan hal itu kepada keluarganya.
"Nak update pasal pencarian madu hari tu. Alhamdulillah sekarang laki aku dah setuju akhirnya, tapi adalah syarat dia yang aku rasa okey-okey je. "Jadi hujung bulan ni aku akan jumpa keluarga bakal madu untuk bincang dan jika boleh, nak mereka kahwin Januari nanti. Cumanya keluarga aku belum tahu lagi. "Aku ingat selepas dah tetap tarikh semua baru nak maklumkan keluarga aku. Mungkin mereka tak setuju tapi aku buat keputusan ini untuk keharmonian rumah tangga," ujarnya di laman X. Tambah wanita itu, dia juga berhasrat menaja perjalanan bulan madu suaminya dengan isteri baharu ke Jepun jika semua perancangan berjalan seperti dirancang.
"Doakan semua lancar. Aku dah niat nak taja mereka bulan madu kat tempat-tempat sejuk. Jepun la kot. Sebab aku tengok (bakal) madu aku pernah twit, dia teringin nak pergi Disneyland," kongsi wanita itu lagi. Sebelum keputusan dibuat, wanita itu berkata dia mengambil masa yang lama untuk memujuk suaminya supaya berpoligami. Malah, apa yang dibuat wanita itu dianggap satu perkara luar biasa memandangkan ramai kaum Hawa biasanya tidak bersetuju untuk dimadukan. Sebelum ini, mStar pada 19 November melaporkan kisah wanita itu yang membuat 'iklan' di laman X bagi mencari seorang wanita untuk dijadikan madunya. Menerusi pendedahan yang mengejutkan ramai, wanita itu berkata dia mahu mencari isteri baharu buat suaminya kerana tidak mampu untuk memberi layanan batin. Dalam perkongsian itu, wanita itu berkata suaminya yang juga seorang jurutera mempunyai pendapatan bulanan sebanyak RM18,000. Malah, dia turut berjanji bahawa madunya akan menerima elaun bulanan sekurang-kurangnya RM3,000 sebulan. "Kami ada anak seorang. Aku nak cari wife lagi satu untuk husband sebab aku tak larat nak layan dia. Dia cakap kerja dia stress, jadi sex drive dia tinggi nak mampus. Jadi aku nak cari la wife lagi seorang untuk dia sebab aku tak larat. "Kalau ada yang betul-betul serius nak jadi isteri kedua, inform ya. Aku akan make sure laki aku bagi kau monthly at least elaun RM3,000. "Itu tak termasuk tanggung hidup kau sekali. Aku pun kerja gaji RM6,000. Jadi aku tak kisah sangat," ujar wanita itu sehingga dia tular di laman X. -CARI Sumber: mStar
|
Tinot7 replied at 10-12-2023 05:15 PM
Cukup ka duit tu?
LadyCarefree replied at 8-12-2023 01:38 PM
Syukur alhamdulillah. We need more wives like this. Takyah sbb sex pun kalau duit berlebih, bagi lak ...
bungarose replied at 10-12-2023 08:16 PM
Aku pun raser cukup ker 18k dengan 6k nak ader 2 families
tukul replied at 8-12-2023 01:53 PM
My ex staf dulu macam ni... sebelum dia kerja dgn office kami dia kerja one kedai ni...dia berhenti ...
Tinot7 replied at 11-12-2023 09:55 AM
Jaman now 18k ni tak cukup.. lain kalau nak idup cukup2 jahh.. rm1500 sebln pun cukup utk sara dir ...
ADVERTISEMENT