CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19596|Reply: 94

Isteri Berjaya Pujuk Suami Kuat Seks Kahwin Lagi, Siap Taja Honeymoon Di Tokyo

[Copy link]
Post time 8-12-2023 12:45 PM | Show all posts |Read mode
Seorang wanita akhirnya jumpa dengan calon bersesuaian untuk menjadi isteri kedua kepada suaminya.


Menurut wanita yang tidak mendedahkan identitinya itu, suaminya bersetuju dengan cadangan untuk berpoligami, namun dia belum memaklumkan hal itu kepada keluarganya.




Gambar Hiasan




"Nak update pasal pencarian madu hari tu. Alhamdulillah sekarang laki aku dah setuju akhirnya, tapi adalah syarat dia yang aku rasa okey-okey je.


"Jadi hujung bulan ni aku akan jumpa keluarga bakal madu untuk bincang dan jika boleh, nak mereka kahwin Januari nanti. Cumanya keluarga aku belum tahu lagi.


"Aku ingat selepas dah tetap tarikh semua baru nak maklumkan keluarga aku. Mungkin mereka tak setuju tapi aku buat keputusan ini untuk keharmonian rumah tangga," ujarnya di laman X.


Tambah wanita itu, dia juga berhasrat menaja perjalanan bulan madu suaminya dengan isteri baharu ke Jepun jika semua perancangan berjalan seperti dirancang.


"Doakan semua lancar. Aku dah niat nak taja mereka bulan madu kat tempat-tempat sejuk. Jepun la kot. Sebab aku tengok (bakal) madu aku pernah twit, dia teringin nak pergi Disneyland," kongsi wanita itu lagi.


Sebelum keputusan dibuat, wanita itu berkata dia mengambil masa yang lama untuk memujuk suaminya supaya berpoligami.


Malah, apa yang dibuat wanita itu dianggap satu perkara luar biasa memandangkan ramai kaum Hawa biasanya tidak bersetuju untuk dimadukan.


Sebelum ini, mStar pada 19 November melaporkan kisah wanita itu yang membuat 'iklan' di laman X bagi mencari seorang wanita untuk dijadikan madunya.


Menerusi pendedahan yang mengejutkan ramai, wanita itu berkata dia mahu mencari isteri baharu buat suaminya kerana tidak mampu untuk memberi layanan batin.


Dalam perkongsian itu, wanita itu berkata suaminya yang juga seorang jurutera mempunyai pendapatan bulanan sebanyak RM18,000.


Malah, dia turut berjanji bahawa madunya akan menerima elaun bulanan sekurang-kurangnya RM3,000 sebulan.


"Kami ada anak seorang. Aku nak cari wife lagi satu untuk husband sebab aku tak larat nak layan dia. Dia cakap kerja dia stress, jadi sex drive dia tinggi nak mampus. Jadi aku nak cari la wife lagi seorang untuk dia sebab aku tak larat.


"Kalau ada yang betul-betul serius nak jadi isteri kedua, inform ya. Aku akan make sure laki aku bagi kau monthly at least elaun RM3,000.


"Itu tak termasuk tanggung hidup kau sekali. Aku pun kerja gaji RM6,000. Jadi aku tak kisah sangat," ujar wanita itu sehingga dia tular di laman X. -CARI


Sumber: mStar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2023 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada jugak kes macamni eh..jgn cerpen hassanah sudah
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 01:24 PM | Show all posts
luar biasa tapi bukan pelik
punya laki sex drive tinggi memang menyeksakan
betullah yang pompuan ni buat

ada kawan aku
dia marah bapanya nikah lagi
tapi maknya pula yang pujuk
kata maknya biar bapa mu nikah lagi
aku ada masa untuk diri sendiri


Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru Anak Satu libido dah rendah?
Maybe penat kot dengan kerja lagi..hadap jem kan..
Tapi terbalkk dgn laki dia..hahaha
Kena.make sure madu.suri.rumah.lah.
Senang sikit
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Syukur alhamdulillah. We need more wives like this. Takyah sbb sex pun kalau duit berlebih, bagi laki kahwin dgn janda2 ada anak supaya dpt share rezeki.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 01:53 PM | Show all posts
Jangan nanti dah ada madu kau menyesal sudahlaaaa...

Pendapat peribadi aku: bini2 kalau bab2 poligami yang bukan takat berkongsi pensel nan sebatang malah berkongsi kehidupan ni jangan macam nak test2 cuba2, konpiden sangat boleh selesai masalah kalau laki kawen lain. Elok2 ada satu masalah, pegi cari 1000 masalah baru.

Sebab poligami ni melibatkan hati, perasaan. Benda2 yang bukan mudah nak handle no matter how invincible you are.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-12-2023 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
My ex staf dulu macam ni... sebelum dia kerja dgn office kami dia kerja one kedai ni...dia berhenti kerja slps wife tokeh kedai tu 'minang' dia...alasan wife tu masa masuk proposal itu lah....
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 01:56 PM | Show all posts
kau byk duit boleh la cakap mcm tu..siap taja honeymon .coba kau takda keja, 100% tunggu duit laki, adakah kau sanggup bermadu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2023 03:08 PM | Show all posts
wanita itu tertewas dek zakar suaminya....
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2023 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Agaknya laki nya main ganaz..sakit2 badan sheols  .melecet hari2 mmg suh laki cari bini baru lah x tahan nk layan suami..sakit wehh nk tencing...
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2023 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Cukup ka duit tu?
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2023 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 10-12-2023 05:15 PM
Cukup ka duit tu?

Aku pun raser cukup ker 18k dengan 6k nak ader 2 families
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2023 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pn libido tinggi... Sampai laki aku seram2 dgn aku..... Ni kalau single mau gak try
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2023 09:33 PM | Show all posts
gaji 18k kena support 2 family...kesian laki tu....
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2023 10:35 PM | Show all posts
LadyCarefree replied at 8-12-2023 01:38 PM
Syukur alhamdulillah. We need more wives like this. Takyah sbb sex pun kalau duit berlebih, bagi lak ...

boleh suruh dia amik aki babyziela  

Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2023 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
bungarose replied at 10-12-2023 08:16 PM
Aku pun raser cukup ker 18k dengan 6k nak ader 2 families

Jaman now 18k ni tak cukup.. lain kalau nak idup cukup2 jahh.. rm1500 sebln pun cukup utk sara diri.. sbb terpaksa..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2023 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
tukul replied at 8-12-2023 01:53 PM
My ex staf dulu macam ni... sebelum dia kerja dgn office kami dia kerja one kedai ni...dia berhenti  ...

Nak cari maid tak bergaji ke
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2023 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Gaji laki dia 18k campur gaji dia 6k maseh murah dekkkkjkkj.. even setakat 1 keluarga pun tak mampu hidup mewah kalo gaji setakat TU JE... ko rasa 24k sebulan tu mewah keee bangsatttttt.. itu setakat cukup makan pakai ajeeee



Sembang nipu...  
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2023 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 11-12-2023 09:55 AM
Jaman now 18k ni tak cukup.. lain kalau nak idup cukup2 jahh.. rm1500 sebln pun cukup utk sara dir ...

Ye bener.. 18k tu sekadar cukup untuk hidup selesa without big commitment....
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2023 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 11-12-2023 10:04 AM
Ye bener.. 18k tu sekadar cukup untuk hidup selesa without big commitment....

Tu la psl...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:44 PM GMT+8 , Processed in 0.624584 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list