PETALING JAYA – Peningkatan semula kes Covid-19 di Malaysia ketika ini membuatkan orang ramai bimbang berkenaan prosedur operasi standard (SOP) ketika menjelang hari raya tahun depan.
Menerusi hantaran di aplikasi X Kementerian Kesihatan (KKM), rata-rata netizen menyuarakan kebimbangan mereka mengenai kemungkinan terpaksa menyambut Hari Raya Aidilfitri di perantauan. “Masuk tahun baru dan nak dekat raya mesti kes Covid-19 naik. Harapnya tak ‘lockdown’ lagi sebab rakyat tidak mampu untuk hadap sekali lagi,” kata pengguna bernama Wawa. “Sedih sebab empat tahun tak dapat beraya dengan keluarga. Asbab Covid-19 juga saya kehilangan ayah tercinta,” luah Mawaddah. “Memang betul kes Covid-19 meningkat. Jaga diri, jangan sampai kita tak raya lagi seperti tahun-tahun sebelum ini,” seloroh Zalea Zahari. Dalam pada itu, terdapat pengguna media sosial turut mencadangkan kerajaan supaya menutup pintu sempadan antarabangsa susulan kewujudan penyakit misteri di China.
Hampir dua tahun rakyat Malaysia melalui perintah berkurung sebagai tindak balas terhadap pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan secara berperingkat di seluruh negara sebelum ini. Terdahulu Kosmo! melaporkan peningkatan kes Covid-19 di negara ini berikutan musim penyakit pernafasan yang melanda dunia namun keadaan masih terkawal. Disarankan seluruh masyarakat patuh terhadap SOP demi menghindari risiko penularan yang tidak diingini. – CARI Sumber: Kosmo
|
orkid_amani replied at 6-12-2023 08:40 PM
Kesianla dekat peniaga biskut kerepek & baju raya..patut la tahun ni awal betul org launch baju raya ...
chentadearhati replied at 6-12-2023 05:45 PM
elok la.. x de aku balik kampung somi. thn dpn turn dia. hilang azab ngadap jem
venom1 replied at 7-12-2023 07:58 AM
kat ofis ni ramai dah start batuk2 dan sakit2 otot dan badan. macam simptom C19 tapi buat tak tau je ...
ADVERTISEMENT