Seorang kakitangan kerjaan berkata dia berkemungkinan bakal diisytiharkan muflis kerana mempunyai banyak tunggakan hutang pinjaman peribadi. "Saya dulu bekerja (kakitangan) kerajaan. Kemudian sakit dan mohon pencen awal. Sekarang saya dalam tempoh bercuti tanpa gaji selama setahun.
"Pinjaman peribadi saya dengan tiga bank. Setiap satunya RM120,000, RM110,000 dan RM200,000. Bayaran dah tertunggak sejak bulan Oktober. "Surat lawyer daripada bank dah sampai. Arahan untuk membayar. Berapa lama tempoh urusan kalau nak diisytiharkan bankrap?" soalnya menerusi group Facebook Muflis Bankrupt di Malaysia pada Isnin tanpa mendedahkan identitinya. Di ruangan komen, ramai netizen tampil memberi cadangan bagi menyelesaikan masalah berkenaan, malah mereka turut mendoakan kesihatan individu tersebut. "Banyaknya pinjaman peribadi. Peringatan untuk semua, berpada-padalah kalau nak buat pinjaman peribadi. Nak buat senang, bayar tu sakit.
"Dah pergi Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK) belum? Cuba ke situ dulu. Cuba tanya bank. Kategori sakit kamu tu boleh tuntut bawah takaful pinjaman peribadi tu tak? Ni bukan kes sengaja tak nak bayar. Boleh bincang tu. "Orang kerajaan sangat sinonim dengan pinjaman peribadi dengan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)," tulis netizen di Facebook. Kisah penjawat awam itu turut tular di laman X apabila ia dikongsi semula oleh seorang netizen. Malah, beberapa netizen menyuarakan rasa kurang senang mereka dengan sikap segelintir penjawat awam yang membuat pinjaman dalam jumlah yang besar. "Mentaliti segelintir mak ayah dulu-dulu. Suruh kerja kerajaan, senang buat pinjaman. Dan inilah hasilnya. "Ramai tak nak belajar daripada kes macam ni. Tetap juga sibuk nak kagumkan masyarakat dengan pakai kereta mahal. "Memang gilalah yang buat pinjaman banyak macam ni atas kelebihan yang namanya kerja kerajaan," tulis netizen lagi. -CARI Sumber: mStar
|
azimodin replied at 6-12-2023 11:24 AM
Giler la.. berani betul ya. Kalau ambik personal loan as staff gomen repayment period dia panjang ke ...
shernazz replied at 6-12-2023 11:33 AM
Depa Ni pinjaman kalau dah nak.habis..staff bank Rakyat Akan call atau datang opis pukul buat over ...
azimodin replied at 6-12-2023 01:43 PM
Terlalu senang overlap tu yang jadi mudah terjerat. Company aku berkerja ni ada offer small loan d ...
shernazz replied at 6-12-2023 11:32 AM
Kawan iols keje Gomen ada je personal loan banyak..sebab mak ayah soh buat loan...
Senang sebab keje ...
azimodin replied at 6-12-2023 01:43 PM
Terlalu senang overlap tu yang jadi mudah terjerat. Company aku berkerja ni ada offer small loan d ...
ADVERTISEMENT