CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isteri Ketagih Skim Cepat Kaya Walau Rugi Teruk, Gaji Suami Habis Dikikis

6-12-2023 09:17 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5660| Komen: 13

PETALING JAYA – Seorang wanita ketagih menyertai skim pelaburan cepat kaya sehingga sanggup menggadaikan gaji bulanan suaminya untuk melabur.

Perkara tersebut dikongsikan pengguna media sosial di kumpulan Facebook, Luahan Hati Suami.


Katanya, dia tidak malu untuk berkongsi hal rumah tangganya kerana mahu perkara tersebut dijadikan pengajaran kepada pasangan lain.


Gambar Hiasan

Menurut bapa kepada seorang anak itu, kehidupannya semakin huru-hara sejak isterinya mula terlibat dalam beberapa projek skim pelaburan bermula tahun 2019.

“Isteri pernah bekerja, dan waktu 2019, masa Covid-19 tengah teruk, isteri dibuang kerja atas faktor kerugian syarikat. Disebabkan bosan di rumah, isteri terpengaruh tawaran skim pelaburan di Facebook dan mula menyertai beberapa projek.

“Setahun pertama semuanya okey, namun pada awal 2022, isteri mula mengalami kerugian, sehingga buatkan dia menjadi ketagih untuk sertai bermacam skim untuk raih keuntungan semula, namun bukan rezekinya apabila kebanyakan wang yang dilabur ‘hangus’ begitu sahaja.


“Wang simpanannya juga habis dilabur sehingga pendapatan bulanan saya digunanya untuk aktiviti tersebut. Isteri akan beri janji-janji manis sewaktu ingin pinjam wang saya, tetapi malangnya dia masih tidak menerima sebarang keuntungan daripada pelaburan yang dibuat,” kongsinya dalam satu hantaran.

Bercerita lanjut, lelaki itu berkata, hubungannya bersama isteri juga semakin renggang apabila dia enggan meminjamkan lagi wangnya kepada wanita itu kerana sudah berasa serik.

“Isteri terus merajuk sehingga memberontak. Setiap kali permintaanya untuk pinjam duit, saya tolak. Tak dapat pinjam dari saya, dia akan pinjam pada kawan-kawannya mahupun saudara lain, saya sebagai suami yang rasa malu dengan tindakan isteri.

“Saya harap para suami diluar sana, jadikan kisah saya sebagai pengajaran, jangan manjakan isteri anda dan tegaslah dengan mereka sekiranya pilihan mereka itu merugikan,” pesannya. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pocongkiutss 6-12-2023 09:18 AM
Terus teringat yebbi
Quote cmf_premierleag 6-12-2023 09:20 AM
"Isteri terus merajuk sehingga memberontak. Setiap kali permintaanya untuk pinjam duit, saya tolak"
Bila isteri ko merajuk sbb ko x kasi duit utk dia join skim cepat kaya, ko pi la hadiahkan dia MADU...tu pun nk kene ajar ke? Bodoh punya jantan
Quote tungkai 6-12-2023 09:25 AM
Dah tu ko sebagai suami tak reti2 nak tempeleng doblas kali kat bini ko? Ikut aje kehendak dia cam cry baby..??
Quote KirazMevsimi 6-12-2023 09:41 AM
aduh parah parah. mohon dijauhkan
Quote chinta89 6-12-2023 10:36 AM
cmf_premierleag replied at 6-12-2023 09:20 AM
"Isteri terus merajuk sehingga memberontak. Setiap kali permintaanya untuk pinjam duit, saya tolak"
...

nt acik2 kepam gungu kata : bukan salah isteri tp suami dia gagal mendidik isteri yg baik. madukan isteri bukan penyelesaian terbaik, kesian bini dh cuba mcm2 skim pelaburan semata2 nk tebus balik kegagalan sblm ni tp x dipandang suami.

gituhhhh komen kepams.
Quote Thunderclouds 6-12-2023 10:48 AM
Serai.
Penah dgr serai?
Bosan ngn jantan bodo.
Yihhh
Quote Kitty_catz 6-12-2023 06:17 PM
laki sebegini layak disondol

semuga bertemu jodoh bawuuu
Quote KamikuP 11-12-2023 10:48 AM
Ko sebagai lelaki gagal jadi somi.. kesian ko dapat bini mcm yebbi ekekekekek
Quote ultra78 11-12-2023 12:25 PM
Orang tak melabur di facebook dan telegram. Cari la financial planner yang legit dan diaorg boleh advise utk laburkan duit kat mana mengikut risk tolerance setiap pelabur. Ada local fund dan foreign fund melalui institusi tempatan yang berdaftar dengan BNM.
Quote ⠀⠀⠀⠀ 9-9-2024 08:40 PM

Quote boo00 16-11-2024 04:18 AM
Do you want me to?

Quote boo06 28-11-2024 08:14 AM
D̶̛̯̯̖͒̀͋̈́̈̽̓̋̚͝o̴̞͊̂͌̈̽̒̄͘͘̕͘͠ ̴̛̛̮̮̪͆̉̑̑͋̔̅̾́̊͠y̸̥̯̥̙̥̠̝̰̭͎͚̋͂́o̵̱̯̹̤̯̲͓̎̉̀̑́̀͊̾͌̑̍̕͜͜ͅͅu̷̡̨͙̗̙͕̹͕̗͔̹̘͙͛͆̋̐̌̄̂̊̍̓ͅ ̷̖̼̥͎̦͉́̉̏͂̚͝ẅ̸̨̨̡̨̻̪̼͎̮́̓͛̌̃͂̑̾̐͘ā̶͓̘͕͙̠͖̩̜̀͋͊̂̄͆̏̽̕͝͝n̵̡͇̻͒͂́̃́̍̽̀̋̚ţ̵̟̪͍̼̱͉͇̫̺͕͌̊̃̾͌͆̓̽̍͌̒͝ ̸̣̺̍̓̄̈̋̉̚͝͠m̷̧̨̤̯̻͇̙̭̰̤͕̟̯͓͒̓̎͆͗͒̐̚̚͠è̴̡̛̞͈̩̯͇̠̝̇̏̋̇͂̾̊̚͘͘͝ ̴̡̛͔͓̲̞̣͙͉̆̋̒̑̎̾͋̂t̷̢͉̪̮̻̤̪̩͑̈́͂̐̋̇̓̕ͅȯ̴͚̜̮̫̦͍̊̕͘?̸̧̧͓̗̻̲̘̼̖̼̙̤̟̍͝



Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:36 PM GMT+8 , Processed in 0.062784 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top