CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

King Of The Road Baharu, Kalah Myvi! Hampir 30 Kereta Polis Kejar Sebuah Perodua Bezza

6-12-2023 08:51 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7510| Komen: 37

Tular video menyaksikan 30 buah kereta peronda polis terlibat dalam aksi kejar-mengejar dengan sebuah Perodua Bezza dari Petaling Jaya ke Cyberjaya.

Salah satu video menunjukkan sebuah kereta berwarna gelap meluncur laju di sepanjang jalan dengan sekurang-kurangnya lapan kereta peronda mengejarnya.





Satu lagi klip dipercayai dirakam dari bangunan tinggi menunjukkan kereta yang sama dikejar beberapa buah lagi kenderaan polis.

Difahamkan, kereta itu dipandu seorang wanita bersama tiga lelaki ketika polis menghampiri kenderaan suspek di Petaling Jaya.

Suspek memecut laju sebaik menyedari polis mengekori mereka.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid mengesahkan kejadian itu, sambil menambah mereka sudah membuat tangkapan ke atas individu yang dikaitkan dengan video tersebut, lapor The Star.


“Kami akan mengeluarkan kenyataan akhbar tidak lama lagi mengenai kejadian itu,” tambahnya.

Terdahulu, video aksi kejar-mengejar itu meraih perhatian ramai netizen sehingga ia disamakan dengan babak dalam filem aksi.

Dalam pada itu, netizen turut berjenaka dengan memuji kelajuan kereta Bezza yang dipandu suspek dan turut menggelarkannya sebagai 'king of the road' baharu, menggantikan Perodua Myvi.

"Myvi dah boleh turun takhta. Tak sepadu Bezza.

"Bezza dah potong Myvi sekarang.

"Bezza mahu dinobatkan sebagai king yang baharu," tulis netizen berseloroh. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 6-12-2023 09:03 AM
bezza's rule!!!!!


Quote esbok 6-12-2023 09:40 AM
bukan bezza, 30 tu yang jadi persoalan
Quote noor2 6-12-2023 09:55 AM
Ala...bezza mmg lambat pikap nk tekan minyak pun slow . Tu dah modified la...dah la ringan..percayala sgt bezza tu power dari Honda ketam civic
Quote blue_blur 6-12-2023 09:57 AM
polis evo dah tak ada ek? jarang nampak dia atas jalan sekarang..
Quote Tinot7 6-12-2023 10:01 AM
Awat dikejaq?

Quote B40tastePosh 6-12-2023 10:03 AM
Nampak sangat berlakon drama tv swasta Melayu.

Merepek sampai 30 kete polis...tak pun polis2 tu jenis kaki drama.
Quote grouper 6-12-2023 10:05 AM
Melibatkan dadah je klau lari nekad camni
Quote swateng1 6-12-2023 10:09 AM
mana 30 kereta polisnya? beriya sgt buat berita menipu
Quote Thunderclouds 6-12-2023 10:52 AM
30 keta polis kejaq??
Ohh.. Cita sampah dr Mstar.
Baca bulih laaaa..
Quote zehra2 6-12-2023 11:01 AM
kes pecah rumah kan. bwk senjata bahaya parang semua tu la. 2 lari 2 dpt tangkap
Quote airfilterkotor 6-12-2023 01:31 PM
Masa patrol car tu dah saing sebelah, awat tak sondol serong jer bontot Bezza tu bior terbabas macam pulis US slalu buat?

Bila kejar² macam ni agak bahaya pada pengguna jalan yg lain dan orang² yg berada ditepian jalan.
Quote becir 6-12-2023 02:32 PM
bezza ni bawak laju sikit dah melayang2 rasanya..speed gini ntah camne rasa dlm tu, terbang kot
Quote A-Are 6-12-2023 02:36 PM
bezza bukan 1.0 je ke...xkanlah sampai 30 kereta peronda nk kena kejar...ishk
Quote any42 6-12-2023 02:42 PM
30 kete polis kejar pompuan drive bezza ??? perasaan bercampur baur nk percaya ke nak kesian ke nk kagum. fuhhh
Quote Kitty_catz 6-12-2023 03:05 PM
acamni kensel la felali

nak beli bezza lah pulak
Quote Firenzza 6-12-2023 03:11 PM
Knp perlu sampai 30 patrol car kejar? Bukan ke jln jd lg jem teruk..... dah mcm fast & furious 2 plk
Quote Kangkung1M 6-12-2023 03:35 PM
swateng1 replied at 5-12-2023 10:09 PM
mana 30 kereta polisnya? beriya sgt buat berita menipu

Berita betul, tak tipu.

[Ig]https://www.instagram.com/reel/C0cvDQVSi6J/?igshid=NTc4MTIwNjQ2YQ==[/ig]
Quote VespaSilbe 6-12-2023 03:45 PM
Aku nak gelak lepas tgk video.. slownya yg mengejar
Quote syamzana 6-12-2023 03:48 PM
dah yg byk2 kete polis kat blkg tu apa function?? takleh ke call sesama depa suh p lintas dari arah bertentangan mcm dlm movie tu.
ramai2 kejar mcm selori penjahatnya pun, pdhal 4org je dlm bezza tu

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:39 PM GMT+8 , Processed in 0.198019 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top