CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kau Buat Jalan Kau, Aku Buat Jalan Aku," Isteri Azlan Komeng Kacukan Siam Dan Sepanyol, Tak Faham Bahasa Sampai Ingat Dah Diceraikan

6-12-2023 10:50 AM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 13854| Komen: 104|Original author: Saiful

Azlan Komeng dedah kisah di sebalik isu penceraian yang diumumkan isterinya Nur Nilam sebelum ini.

Katanya berlaku sedikit salah faham antara dia dan isteri sewaktu melakukan perbincangan melibatkan hal perniagaan.




Dia sama sekali tidak melafazkan cerai dan pertengkaran yang berlaku itu telah menyebabkan isterinya menganggap dia sudah diceraikan.

"Sebenarnya kami ketika itu sedang bergaduh mengenai perniagaan. Sekarang ini, kami sedang perlahan-lahan menceburkan diri dalam bidang perniagaan dengan menyertai ‘event’ dan sebagainya.

"Isteri saya ni pula dia ada cara dan jalan kerja tersendiri sebab dah terlibat dengan bisnes yang besar manakala saya ni bisnes yang kecilan sahaja. Waktu itu kami bergaduh mengenai idea dalam bisnes sebab saya ada jalan saya dalam bisnes dan dia ada jalan dia yang tersendiri.



"Jadi, saya cakaplah dengan dia dalam keadaan marah, ‘Kau buat jalan kau, aku buat jalan aku’. Kebetulan pula waktu itu saya tengah marah, saya terus keluar rumah. Tapi isteri saya ni pula anggap saya ni menceraikan dia.

"Lepas itu, dia terus buat kenyataan yang dah bercerai dengan saya angkara orang ketiga dan sebagainya," katanya kepada OhBulan.

Tambah Azlan, salah faham dari segi percakapan seperti itu boleh dikatakan sering berlaku kerana isterinya bukanlah berketurunan Melayu.



"Apa yang ramai orang tak tahu ialah isteri saya ni bukan berketurunan Melayu. Dia adalah kacukan dari ibunya yang berasal dari Siam dan bapanya dari Sepanyol.

"Dia pula belajar bahasa Melayu daripada bahasa-bahasa daripada buku yang kebanyakkannya memang baku dan formal.

"Jadi dia akan selalu dalah faham setiap kali saya cakap bahasa yang tidak formal."



Azlan menjelaskan bahawa dia terus membawa isterinya ke mahkamah syariah bagi mendapatkan kepastian mengenai salah faham yang berlaku.

"Selepas saya terkejut dia dah buat kenyataan tu, saya pun terus ajak dia ke mahkamah keesokan harinya bagi mendapatkan kepastian.



"Saya terangkan pada Hakim mengenai perkara ini dan pihak mereka pun gelak mendengarnya.

"Dan isu ini dah selesai sebab saya tak jatuh pun lafaz cerai jadi memang tiada isu penceraian antara saya dan isteri. Saya memang tak sebut langung perkataan cerai atau pun talak."

Untuk rekod Azlan dan Nilam mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 6-12-2023 10:52 AM
Mix eh....tapi mulut macam minah rempit cikaro kampung jek... takkan tak faham... yihhhh~~~
Quote TerataiMelur02 6-12-2023 10:56 AM
Iyeke?macam tak je.
Quote justchu 6-12-2023 10:58 AM
habis tu hari2 communicate bahasa apa?
lain mcm dia punya damage control

takkan bini ckp sepanyol si azlan ni ckp melayu
lohhh lawok2
Quote sranua 6-12-2023 11:02 AM
Powerlah Azlan dapt wife panasian...ni dah level artis2, model dulu2 ni.
Quote ctkusiam 6-12-2023 11:08 AM
adui... ahahhahha padanlah jep pernah berkata.."perempuan cantik ni tk semestinyer bijak' ... cantik ke? .perasan cantik ala2 mix siam sepanyol kaedahnyer ..kihkih
Quote Afifi82 6-12-2023 11:10 AM
prince_marhaen replied at 6-12-2023 09:52 AM
Mix eh....tapi mulut macam minah rempit cikaro kampung jek... takkan tak faham... yihhhh~~~

Kannn. Mcm pelik je..
Quote cik_ingeniare 6-12-2023 11:11 AM
Macam pelik je. Habis korang communicate kt rumah macam mana? Adehhh
Quote honeystar_11 6-12-2023 11:11 AM
Hahahaha lawak la. Pompuan siam yg tak faham bm. Lps tu salahkan pelacur peribadi
Quote hyie 6-12-2023 11:15 AM
sori. Dua2 kg.com.my.
Quote jihah_kudat 6-12-2023 11:16 AM
yeyeye o  je tak faham melayu..aku tengok live elok je cakap melayu..melayu rempit lagi..jarang org luar nak pandai cakap bahasa rempit.cakap je bini ko benak tak faham bahasa kan senang..terpaling mix..
Quote myakayina 6-12-2023 11:19 AM
kenmain siap akujanji bagai buat live, klu dah mmg kasanova dari muda dan kantoi banyak kali, takde guna akujanji tu bagai lah..melainkan laki ko lumpuh atau mati tuje..
Quote jlo 6-12-2023 11:21 AM
celah mana sepanyol bini dia ni
Quote azimodin 6-12-2023 11:25 AM
Aura cikaro kuat
Quote acikbrown 6-12-2023 11:30 AM
Diaorang cakap bahasa Melayu Kesultanan Melaka kat rumah.... Tu pasal bahasa Malaysia tahun 2023 tak berapa faham.

Sila husnuzon okay
Quote makton 6-12-2023 11:34 AM
video akujanji tu suara bini dia mcm suara princess suzie pinky
Quote Carcosa 6-12-2023 12:01 PM
Mcm siyel je nak up2 kan bini. Siam campur Sepanyol utohhhh lahhh. Tah2 kena kencing hidup2.
Hoiiii si bodoh. Kalau org pilipina pemakan telo busuk tu dpt PR sbb kawen dgn org tua kutuk Matsalleh yg dah osteoporosis, pencil pun segan2 je nak naik, boleh ke kata si pilipina tu English?? Bongok kan ko ni?? Laki bini rempit low class, ada hati.
Quote anilanil 6-12-2023 12:05 PM
Itulah berkawan lagi dgn puak rohingya. Bini ko kata ada PhD berkawan le dgn circle yg sekufu. Takde la bini ko berlive tiktok bercakap serupa minah rempit. Ke belajar dgn acik lan ni, bahasa2 rempitan murahan?
Quote CoffeeOverdose 6-12-2023 12:08 PM
mix ke? muka bini dia pun muka melayu totok. tkda lngsg muka siam. elok jer mencarut maki dlm slanga pasar dia kat live. bini dia dhlh bodoh, hodoh lagi. ntah celah mana ntah netz claimed bini dia edu etc. dua2 buruk dan busuk. pi la balik thai..
Quote Nuyak 6-12-2023 12:15 PM
bisnes besar apa yang dia uruskan tu....besar sangat ke tu??

Lihat semua komen(104)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 01:00 AM GMT+8 , Processed in 0.105270 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top