CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Amir Ahnaf Dikutuk Menari Tayang Badan, "Mungkin Sebab Muka Saya Melayu Sangat, Cuba Kalau Muka 'Jambu' Mesti Netizen Okay"

5-12-2023 09:43 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6839| Komen: 30

Selepas dikutuk gara-gara aksi menari, Amir Ahnaf minta netizen buka minda bagi memahami kerjaya sebagai seorang artis.

Katanya apa ditonjolkan adalah seni ekspresi fesyen berdasarkan karakter diberi.


Pun begitu, Amir berkata, raut wajah kemelayuan yang dimilikinya turut menjadi faktor aksi tersebut tidak dapat diterima ramai.

Foto: mStar

"Saya mohon netizen untuk buka sedikit minda menerima seni ekspresi fesyen sebab yang berjoget depan kamera itu bukan Amir Ahnaf, itu hanya karakter yang saya bawa.

"Mungkin juga sebab muka saya Melayu sangat agaknya. Cuba kalau muka 'jambu' saya rasa mesti netizen okay sahaja.

"Penggaya rambut pula menggayakan rambut saya ala-ala Korea sikit, jadi mungkin netizen tak boleh terima muka Melayu membawakan karakter seperti itu," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Amir tidak menyalahkan netizen kerana merasakan setiap individu berhak menyuarakan pendapat mereka.




"Itulah cara saya bekerja tapi apa yang saya boleh katakan semua orang ada perspektif masing-masing. Mereka boleh lontarkan pendapat sendiri.

"Tak salah untuk bersuara tetapi cuba untuk buka sedikit minda untuk berfikir ke arah seni. Barulah tidak nampak seperti kita ini tidak tahu apa-apa," ujarnya.

Sebelum ini, Amir menerima kecaman netizen kerana keberaniannya mengenakan jaket denim tidak berbutang sehingga menampakkan bentuk tubuh badannya.


Video tarian tersebut dimuat naik dalam aplikasi TikTok dengan berkongsi 'bucket list' yang berjaya dipenuhi iaitu melakukan terjunan udara.

Pun begitu, aksi tarian Amir menjadi perhatian netizen apabila aktor berkenaan dikatakan seolah-olah meniru gaya anggota kumpulan BTS, Jungkook dalam sebuah rakaman video bersama jenama fesyen terkemuka. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote esbok 5-12-2023 09:49 AM
muka melayu low grade ka? melayu ni penuh kesopanan dan kesusilaan.
Quote dewi_rina 5-12-2023 10:07 AM
Melayu betul hensem je mcm pelakon lama2 dulu, pelakon skrg je acah nak lot of mix acah muka kpop tu dah kira hensem
Quote sukanyanyi 5-12-2023 10:17 AM
dik amir, it's ok. hakak suka jenis2 muka cam adek sbb hakak anti muka oppa.. kecuali amir penyanyi tu sbb heols punya gaya tak kpop. sekian.
Quote electricopop 5-12-2023 11:02 AM
Alahai mulut cakap x suka, hati pula camne?
Quote sayurmayur88 5-12-2023 11:12 AM
herlok kot dia ni.
Quote anilanil 5-12-2023 11:29 AM
Dik amir, walaupon joget ko agak cringe tapi honestly aiols ckp rupa ko da perfect kot. Rambut ko straight, curly, long, mullet cut, french cut semua suit dgn muka. Body ko lean fit. Takde boroi, takde gedabak cam peti ais. Ko considered as tinggi la 179cm for malaysian guy. Kalo tinggi sgt 185cm susah pulak nak jadi hero. Kulit ko tanned, sesuai la takkan ko nak buat drip whitening mcm org lain? Ko takde jerawat lubang2 cam soeb pon, kulit ko flawless. Jawline pon ada takyah nak exercise kunyah2 tu. Hidung pon cantik terletak, takde shape jambu air pon. Gigi ko cantik, takyah pakai braces/vaneer pon. Nikmat apa lagi yg nak didustakan? Ko nak muka jambu2 nak gi mana? Memondan?

Tapi honestly mmg ramai yg tak puas hati dgn ko. Sbb apa? Sbb ko naik cepat sgt. Aktor lain struggle kot nak naik jadi hero, nak popular. Ko dah la tak menang pon Hero Remaja, education background bukan performance arts, keje retis pon baru 2 tahun tapi byk opportunity yg ko dpt. So, amir ko hadap je la. Fans & haters sama2 naik. Fame & comments pon sama2 dpt. Ko keje je la baik2 & jgn buat hal. Good luck dik amir.
Quote myvi132806 5-12-2023 11:35 AM
dy ni x de la buruk rupa sangat pun ...
tapi x dala cemboii jugak ..
cuma gaya poyo2 gaya malaseng2 dy tu ada vibe yg boleh buat awek tengok terrr-godewww sikit ... sikit laaa .. jangan banyak2,, sebab x jamboo kakakakakaka
Quote selipar_hijau 5-12-2023 11:38 AM
"Mungkin juga sebab muka saya Melayu sangat agaknya. Cuba kalau muka 'jambu' saya rasa mesti netizen okay sahaja"


Silap tu dikk.. ramai je melayu mula elok terletak
Quote sukanyanyi 5-12-2023 11:40 AM
anilanil replied at 5-12-2023 11:29 AM
Dik amir, walaupon joget ko agak cringe tapi honestly aiols ckp rupa ko da perfect kot. Rambut ko st ...

fuhh, detailed n tepat. me like, me agree.



Quote She-Ra 5-12-2023 11:42 AM
iols suka je dgn dia ni
itulah kehidupan retis kan, kdg ambik gamba nak kena tayang body
dulu lagi teruk, majalah buah buahan tuuu.. manjang photoshoot kt kolam renang
Quote LembingDayanti 5-12-2023 11:45 AM
aku dulu suka dia ni tapi sejak dia suka buat live lepas tu cara cakap ajet gangster aku turned off. pigi dahhhhh busukkk
Quote mnh607 5-12-2023 01:15 PM
suka tgk gigi dia..cantik tersusun..tp yg atas je la..bawah mcm tak tersusun sikit jugak tp tetap i loike.
Quote beni_nikaido 5-12-2023 02:21 PM
betul tu dek
cuba kalo yg jambu2 macam Dini, Alvin Chong, Daniel Fong, Sean Lee buat menari2 gini
kompom netizen puji2 kata kiut la, style la
puihhhh
Quote insyi81 5-12-2023 09:13 PM
ye well said amir
Quote phiyya 5-12-2023 10:34 PM
Dia ni ada sipi2 muka Ario Bayu yang berlakon dalam Gadis Kretek tu
Quote Masukkeluar 5-12-2023 10:47 PM
anilanil replied at 5-12-2023 11:29 AM
Dik amir, walaupon joget ko agak cringe tapi honestly aiols ckp rupa ko da perfect kot. Rambut ko st ...

yeke perfect? sbb tgk kt tiktok tanpa filter td muka awam sgt dgn berjerawatnya..
Quote Perawankota 6-12-2023 01:31 AM
Aku tengok drama dia berlakon, syurga itu bukan mudah. Apa hal lah watak dia tu asik nak meman**t jer.. geli lak tgk berlakon drama2 mcmtu
Quote AnnaSendin 6-12-2023 06:24 AM
Ya bethol amir bajet kapla gangsta. Oleh ittuew, jangan menari gittuew lagi yer. Semakin poyo, bajet senior dalam industri.
Quote codenamedream 6-12-2023 06:43 AM
anilanil replied at 5-12-2023 11:29 AM
Dik amir, walaupon joget ko agak cringe tapi honestly aiols ckp rupa ko da perfect kot. Rambut ko st ...

Fuhhh dari hujung rambut sampai hujung kaki.

Meols pun heran jugak kenapa dak ni byk haters. Kat IG studio kembara, byk pertikai dak amir ni berlakon dlm filem Awang.. padahal Nadhir pun ada juga.

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:40 AM GMT+8 , Processed in 0.049432 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top