CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Singa, Kereta Api, Naga- Azlee Senario Menangis Dapat Gift Semasa Live Tiktok

5-12-2023 09:56 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10742| Komen: 119

Description: Azlee Senario terharu apabila ada pengikutnya di TikTok telah menghadiahkan beberapa TikTok Coins atau gift bernilai tinggi kepadanya.
Azlee Senario terharu apabila ada pengikutnya di TikTok telah menghadiahkan beberapa TikTok Coins atau gift bernilai tinggi kepadanya.

Azlee dilihat menangis dan tidak putus-putus mengucapkan terima kasih kepada penyumbang ‘gift’ tersebut ketika siaran langsung di TikToknya baru-baru ini.




“Ya Allah, terima kasih banyak-banyak. Besar ni harga dia. Terima kasih semua peminat kerana bantu saya,” katanya dalam Live tersebut.

Antara pelekat yang diterimanya adalah singa, kereta api, naga dan beberapa lagi pelekat yang bernilai tinggi.


Orang ramai yang menyaksikan video secara langsung itu juga turut mengucapkan terima kasih kepada Azlee yang selama ini telah menghiburkan mereka melalui lawak-lawak Senario sebelum ini.


“Abang Azlee banyak dah tolong kami masa kami kepenatan dan kesusahan selama ini. Terima kasih Abang Azlee dan Senario,” kata Saifullah.

“Abang Azle dah banyak hiburkan kami, kini kami pula cuba untuk hiburkan abang. Harapnya abang akan terus gembira dan sihat untuk menghiburkan kami lagi selepas ini,” kata Cikgu Sabri. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 5-12-2023 10:00 AM
kaya eh org2 kat tiktok sumbang2 gift kat artis & influencer.
Quote ezacbee 5-12-2023 10:04 AM
Bagi haiwan tuu duit ke camne? Cara ni ke org cakap pengemis tt ?

Xpaham aku tt ni..
Quote Manusiabesa 5-12-2023 10:14 AM
Total brapa ribu smua?.. aku ni bodoh bab2 tt ni. Mklum la usiaku senja. Bg bunga ros kt sesape pun aku dh malas.nikan ketapi la singa la.
Quote kurga 5-12-2023 10:31 AM
dorang yg  live tiktok ni ada yg ckp dpt gaji? kena buat konten je.. konpius.. dah tu kalau yg niaga tu..dpt gaji jugak ke..pastu kat tik tok tu ade la kalau kita tngok live tu ade dtg mcm kotak gift..bila tekan dpt la coin.. tp mcm x leh tebus.. ntah berapa jenis koin dlm tik tok ni pun tatau..
Quote Burong_Hantuk 5-12-2023 10:34 AM
ewwwwwww
Quote Burong_Hantuk 5-12-2023 10:35 AM
azlee nih dh x ada job ke atau sakit sampai harap gift dlm TT??
Quote anony-mous 5-12-2023 10:41 AM
ezacbee replied at 5-12-2023 10:04 AM
Bagi haiwan tuu duit ke camne? Cara ni ke org cakap pengemis tt ?

Xpaham aku tt ni..

Betul. Ni la cara mengemis di TT. Buat live nnti dpt gift
Quote Miss.Rara 5-12-2023 10:51 AM
jaman skrg senang buat duit kat tik tok..

buat live dah dapat duit..

takyah sesusah membanting tulang..

kena jadi tak malu jerr depan kemera..
Quote sayurmayur88 5-12-2023 11:10 AM
cara nk dpt duit senang kt tiktok.
Quote heythere123 5-12-2023 11:47 AM
sebenarnya gift ni boleh tutup kan. So paham2 la kalau creator tu tak tutup maknanya apa
Quote hanihan16 5-12-2023 12:12 PM
teringat retis yg end sesi live dia sebab fans asyik bagi gifts, dia tak nak. sape ye aritu, izara kot nye
Quote Burong_Hantuk 5-12-2023 12:13 PM
anony-mous replied at 5-12-2023 10:41 AM
Betul. Ni la cara mengemis di TT. Buat live nnti dpt gift

mcmana agaknya dorang nk cashkan gifts tu semua?
Quote chinta89 5-12-2023 12:18 PM
aku suka senario masa filem2 dia letop, yg pegi cherating, yg buat roti canai, yg first psl rumah hantu azlee hilang ingatan tuh pun besttt
Quote alieyrina 5-12-2023 12:24 PM
Kalau sapa2 cantik live kat sopi mesti ada jantan2 tanya kenapa x live kat titok. Nak bagi gift kata nyaa.. tengok. Pemurah tau umah titok
Quote anaktoyol 5-12-2023 12:27 PM
Burong_Hantuk replied at 5-12-2023 12:13 PM
mcmana agaknya dorang nk cashkan gifts tu semua?

boleh withrawl guna online bnk in rasanya... tapi ada minimum amount la... mcm rm200 mcm tu...
Quote shida81 5-12-2023 12:29 PM
Bp total dia dpt
Quote I.K.A888990 5-12-2023 12:56 PM
senang gila org buat duit skrg ni
Quote justchu 5-12-2023 01:10 PM
mintak sedekah jaman moden
kat tt mmg ramai mcm ni
yg papagi dah online tunjuk quran sesambil mengaji
ada anak kat tepi tu kecik baby2 lg
tulis situ mohon sumbangan untuk beli susu anak
hadoii phone bole beli, buat la dropship ke apa
dah tu bapak budak tu pg mana plk
Quote talapia 5-12-2023 01:14 PM
kira sape2 je bole buat live.. pastu klau ada yg bermurah hati bagi gift.. camtu?
kira kalau aku tengok live entah sapa2.. ada ke aku bole tertekan button ke apa bagi duit ni apa smua? Kotla kan.. ingatkan like.. skali bagi duit daa..

sekian dari acik purba baru install tt.

Lihat semua komen(119)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 11:52 AM GMT+8 , Processed in 0.289710 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top