CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dah 3 Tahun Tak Dapat Job Sebab Sakit- Makan Terus Muntah, Jalil Hamid Hilang Berat Badan 30kg

1-12-2023 11:41 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 22621| Komen: 40

Jalil Hamid, susut berat badan sehingga 30 kilogram selepas mengalami masalah kesihatan jantung selain hilang selera makan sejak setahun lalu.

Kata pelakon usia 66 tahun ini, dia akan muntah setiap kali menjamah makanan sehingga menyebabkannya terpaksa menelan hidangan dengan tekstur lembut seperti bubur.



Foto: Utusan

“Dalam tempoh setahun ini, saya hanya boleh makan sesuatu yang halus seperti bubur. Jika tidak, saya akan muntah.

“Berat badan saya turun mendadak sehingga 30 kilogram membuatkan saya tidak stabil untuk berjalan.

“Saya juga sudah tidak boleh memandu kereta jadi isteri yang bantu hantar ke mana-mana,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Pelakon filem Bisik Pada Langit itu juga mendedahkan sudah tiga tahun tidak menerima tawaran pekerjaan kerana masalah kesihatan.

“Sudah tiga tahun saya tidak menerima tawaran berlakon. Mungkin saya direhatkan.


“Produksi juga risau untuk ambil saya berlakon manalah tahu lepas shooting dua, tiga hari sudah ‘gone’.

“Sejujurnya saya tidak boleh tinggalkan dunia lakonan. Apakan daya, dalam kehidupan berlakon, hidup ini pun lakonan juga,” jelasnya.

Jalil disahkan doktor menghidapi masalah jantung bengkak dan baru sahaja menjalani pembedahan pada Julai tahun lalu.

Sehingga kini pelakon itu akan melakukan pemeriksaan kesihatan di hospital sekali setiap bulan.

“Sewaktu pembedahan, saya alami masalah bengkak jantung. Kesannya, kaki saya turut bengkak dan sukar berjalan.

“Kali terakhir saya buat pemeriksaan minggu lepas. Mereka ada minta saya duduk di wad tapi saya tidak mahu,” katanya.

Dalam pada itu, Jalil bersyukur dengan sumbangan yang diberikan rakan-rakan artis dan pihak zakat sekali gus mengurangkan beban kewangan yang ditanggung pelakon itu.

“Saya tidak mahu bebankan anak-anak dengan masalah saya. Mereka juga ada yang baru bekerja dan berkeluarga.

“Kos sara hidup hari ini pun mahal. Ubat saya sahaja hampir mencecah seribu ringgit.

“Sedekah dan pemberian begini dapatlah meringankan beban saya,” tambahnya.-CARI

Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bulalof 1-12-2023 11:47 AM
hidup ini keras. semua ada bahagian masing2.
Quote zaianim 1-12-2023 11:50 AM
Mesti nak pantau kesihatan dgn lg lanjut tu.. klu sakit ringan tak kan doktor nak minta duduk wad.. apa2 moga dipermudahkan segala
Quote kucingitam 1-12-2023 12:09 PM
ritu ada baca, dia kata dia kesian tgk hospital sesak, dia rasa ada lagi yg memerlukan bedding tu dr dia tu yg dia tak nak duduk hospital.  Semoga beliau dikurniakan kesihatan berpanjangan, suka betul lakonan Ayah ni..
Quote I.K.A888990 1-12-2023 02:08 PM
ada lalu dia live dgn anak dia rasanya
nampak kurus sangat..semoga dipermudahkan segalanya
Quote MatDeghem 1-12-2023 02:17 PM
dulu dia ini guru kan?

dia tak mau susahkan anak2. Abe nak susahkan rakyaat malaysia dan kawan? semua orang kena derma pada kamu?

Quote Minahkucing 1-12-2023 02:41 PM
Semoga sentiase di dalam jagaan Allah dan diberi kesembuhan wahai pak cik Jalil Hamid. Ameen
Quote sangbara2020 1-12-2023 02:43 PM
semoga dipermudahkan urusan pak jalil
Quote Jitu 1-12-2023 03:23 PM
semoga dipermudahkan urusan

lagu ayam dgn raya mmg peberet la
Quote sleepandream 1-12-2023 03:27 PM
30kg turun tu banyak tu...
harap sembuh jgn lupa makan ubat doktor bagi tu...
Quote black_handbag 1-12-2023 03:30 PM
nampak dia dlm GV haritu masa liza hanim ke nyanyi lagu ayam. kurus dia. suara dia bila bercakap sedap betul. rindu zaman2 dia berlakon, sbb mmg berkesan betul lakonannya
Quote Hessa 1-12-2023 03:30 PM
teringat jumpa pak jalil ni kat ikea 10 thn lepas, segak orgnya, tegap. waktu itu masih sihat lah. kesian, semoga dipermudahkan urusannya sekeluarga.
Quote aemon 1-12-2023 03:35 PM
Takut kena kanser je.arwah ayah iols simptom makan muntah2
Quote noorhairiahma 1-12-2023 03:51 PM
Smoga Jalil Hamid sihat2 je. Rindu nak tengok Jalil Hamid berlakon. Kalau dia berlakon, automatik tetiba rasa sedih. Tengok muka je pun, dah buat i sedih.
Quote gekkou 1-12-2023 05:05 PM
mujur dia x claim kena buatan org
bagus dia nk ke hospital semua
Quote linb 1-12-2023 10:59 PM
Semoga dipermudahkan urusan pakcik dan diberikan kesihatan yang baik.
Quote cmf_jeangrey 2-12-2023 12:06 AM
Semoga diringankan beban pakcik jalil..heol antara pelakon senior yg lakonannya mantap, x over atau kayu
Quote readbaca 2-12-2023 12:11 AM
pakcik jalil ni belakon best. serius menjadi. komidi pun best
Quote Mary_jane 2-12-2023 12:21 AM
Moga Allah swt berikan kesembuhan & diangkat semua sakit pak Jalil.
Quote FlexyFox 2-12-2023 04:08 AM
aku kesian kalau tgk orang sakit ni. Semoga Allah sembuhkan dia.

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:16 PM GMT+8 , Processed in 0.053607 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top