View: 22641|Reply: 40
|
Dah 3 Tahun Tak Dapat Job Sebab Sakit- Makan Terus Muntah, Jalil Hamid Hilang Berat Badan 30kg
[Copy link]
|
|
Jalil Hamid, susut berat badan sehingga 30 kilogram selepas mengalami masalah kesihatan jantung selain hilang selera makan sejak setahun lalu.
Kata pelakon usia 66 tahun ini, dia akan muntah setiap kali menjamah makanan sehingga menyebabkannya terpaksa menelan hidangan dengan tekstur lembut seperti bubur.
Foto: Utusan
“Dalam tempoh setahun ini, saya hanya boleh makan sesuatu yang halus seperti bubur. Jika tidak, saya akan muntah.
“Berat badan saya turun mendadak sehingga 30 kilogram membuatkan saya tidak stabil untuk berjalan.
“Saya juga sudah tidak boleh memandu kereta jadi isteri yang bantu hantar ke mana-mana,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Pelakon filem Bisik Pada Langit itu juga mendedahkan sudah tiga tahun tidak menerima tawaran pekerjaan kerana masalah kesihatan.
“Sudah tiga tahun saya tidak menerima tawaran berlakon. Mungkin saya direhatkan.
“Produksi juga risau untuk ambil saya berlakon manalah tahu lepas shooting dua, tiga hari sudah ‘gone’.
“Sejujurnya saya tidak boleh tinggalkan dunia lakonan. Apakan daya, dalam kehidupan berlakon, hidup ini pun lakonan juga,” jelasnya.
Jalil disahkan doktor menghidapi masalah jantung bengkak dan baru sahaja menjalani pembedahan pada Julai tahun lalu.
Sehingga kini pelakon itu akan melakukan pemeriksaan kesihatan di hospital sekali setiap bulan.
“Sewaktu pembedahan, saya alami masalah bengkak jantung. Kesannya, kaki saya turut bengkak dan sukar berjalan.
“Kali terakhir saya buat pemeriksaan minggu lepas. Mereka ada minta saya duduk di wad tapi saya tidak mahu,” katanya.
Dalam pada itu, Jalil bersyukur dengan sumbangan yang diberikan rakan-rakan artis dan pihak zakat sekali gus mengurangkan beban kewangan yang ditanggung pelakon itu.
“Saya tidak mahu bebankan anak-anak dengan masalah saya. Mereka juga ada yang baru bekerja dan berkeluarga.
“Kos sara hidup hari ini pun mahal. Ubat saya sahaja hampir mencecah seribu ringgit.
“Sedekah dan pemberian begini dapatlah meringankan beban saya,” tambahnya.-CARI
Sumber: Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
hidup ini keras. semua ada bahagian masing2. |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti nak pantau kesihatan dgn lg lanjut tu.. klu sakit ringan tak kan doktor nak minta duduk wad.. apa2 moga dipermudahkan segala |
|
|
|
|
|
|
|
ritu ada baca, dia kata dia kesian tgk hospital sesak, dia rasa ada lagi yg memerlukan bedding tu dr dia tu yg dia tak nak duduk hospital. Semoga beliau dikurniakan kesihatan berpanjangan, suka betul lakonan Ayah ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
ada lalu dia live dgn anak dia rasanya
nampak kurus sangat..semoga dipermudahkan segalanya |
|
|
|
|
|
|
|
dulu dia ini guru kan?
dia tak mau susahkan anak2. Abe nak susahkan rakyaat malaysia dan kawan? semua orang kena derma pada kamu?
|
|
|
|
|
|
|
|
Semoga sentiase di dalam jagaan Allah dan diberi kesembuhan wahai pak cik Jalil Hamid. Ameen |
|
|
|
|
|
|
|
semoga dipermudahkan urusan pak jalil |
|
|
|
|
|
|
|
semoga dipermudahkan urusan
lagu ayam dgn raya mmg peberet la |
|
|
|
|
|
|
|
30kg turun tu banyak tu...
harap sembuh jgn lupa makan ubat doktor bagi tu...
|
|
|
|
|
|
|
|
nampak dia dlm GV haritu masa liza hanim ke nyanyi lagu ayam. kurus dia. suara dia bila bercakap sedap betul. rindu zaman2 dia berlakon, sbb mmg berkesan betul lakonannya |
|
|
|
|
|
|
|
teringat jumpa pak jalil ni kat ikea 10 thn lepas, segak orgnya, tegap. waktu itu masih sihat lah. kesian, semoga dipermudahkan urusannya sekeluarga. |
|
|
|
|
|
|
|
Takut kena kanser je.arwah ayah iols simptom makan muntah2 |
|
|
|
|
|
|
|
Smoga Jalil Hamid sihat2 je. Rindu nak tengok Jalil Hamid berlakon. Kalau dia berlakon, automatik tetiba rasa sedih. Tengok muka je pun, dah buat i sedih. |
|
|
|
|
|
|
|
mujur dia x claim kena buatan org
bagus dia nk ke hospital semua
|
|
|
|
|
|
|
|
Semoga dipermudahkan urusan pakcik dan diberikan kesihatan yang baik. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga diringankan beban pakcik jalil..heol antara pelakon senior yg lakonannya mantap, x over atau kayu |
|
|
|
|
|
|
|
pakcik jalil ni belakon best. serius menjadi. komidi pun best |
|
|
|
|
|
|
|
Moga Allah swt berikan kesembuhan & diangkat semua sakit pak Jalil. |
|
|
|
|
|
|
|
aku kesian kalau tgk orang sakit ni. Semoga Allah sembuhkan dia.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|