Wawa Zainal berharap hubungan Mawar Rashid dan bekas suaminya, Raf Yaakob akan kembali erat dan bahagia semula. Wawa mengesahkan perpisahan mereka bukanlah disebabkan orang ketiga.
"Mungkin perpisahan itu adalah keputusan yang terbaik buat mereka. Cuma saya harap mereka dapat kembali bersatu semula. "Mereka berpisah bukan disebabkan orang ketiga. Jadi saya dan suami percaya ada sinar untuk mereka," katanya kepada mStar.
Tambah Wawa, dia dan Aeril sudah mengetahui tentang keputusan perceraian itu sebelum pasangan berkenaan membuat pengumuman di laman sosial mereka pada 23 November lalu. Terkejut mendengar hasrat mereka untuk berpisah, Wawa juga hanya mampu mendoakan yang terbaik buat pasangan berkenaan.
"Sebelum kisah ini heboh diperkatakan kami sudah tahu. Mereka ada maklumkan tentang hasrat untuk bercerai dan pasti kami amat terkejut. "Apabila dimaklumkan mahu bercerai, kami hanya mendengar sahaja. Nak beri nasihat pun, kami bukanlah orang yang baik sangat. Kita terus doakan untuk mereka berdua," katanya. Wawa juga belum berkesempatan bertemu Mawar atau Raf selepas mereka berpisah.
"Kami belum jumpa mereka lagi. Berilah mereka ruang untuk bertenang. Kami pun tidak mahu ganggu mereka," jelasnya. Untuk rekod Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada November 2017.
Mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta, 2 dan Raden Seri Riyanna Sayang, 10 bulan. -CARI Sumber: mStar
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|