Firdaus Wong menasihati orang ramai agar tidak mengikut emosi mengutuk Alif Teega yang mengumumkan sudah berkahwin dua. Di Instagram, Firdaus berkata Islam mengajar umatnya agar berfikiran rasional sebelum bertindak melakukan sesuatu perkara.
Firdaus hairan apabila melihat ramai netizen yang terlalu mengikut emosi ketika memberi pandangan masing-masing. "Ada satu hadis daripada Nabi Muhammad S.A.W, baginda berkata antara tanda baiknya Islam seseorang itu adalah dia meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat untuk dirinya, dunia, agama dan akhiratnya. "Apabila influencer ini berkahwin untuk kali kedua, beberapa persoalan yang perlu diketahui yang mana Islam mengajar kita untuk berfikir secara rasional, jangan terbawa dengan emosi kerana orang yang emosi mudah dimanupulasi. "Pertama, apabila influencer itu bernikah kali kedua, adakah dia melakukan sesuatu yang haram? Tidak. Kedua, adakah dia menggunakan duit anda? Tidak. Ketiga, saya lihat isterinya juga mendoakan suaminya bahagia.
"Tetapi saya lihat ramai netizen yang emosi ketika membahasakan isu ini. Kenapa anda ingin masuk campur dan memberikan komen? Itu antara urusan dia dan isterinya, adakah isterinya datang mengadu kepada anda?
|
Kentot_Wangi replied at 29-11-2023 04:02 PM
Sorry la nk tegur sikit bab2 nikah 2,3,4 ni.... Kapel2 ni mmg la haram. Sudah tentu itu. Poligami mm ...
ifanonline replied at 29-11-2023 05:33 PM
cuba ceritakan ape nafkah yg di beri nabi kpd isteri2 baginda?
miss_white replied at 29-11-2023 06:59 PM
Di dunia kena madu
Dlm syurga pun kena madu
Belajar2 lah hidup bermadu di dunia
ADVERTISEMENT