Gombak: Polis menahan lapan orang susulan wanita warga emas ditemukan mati ditikam di dalam keretanya di Taman Ehsan Kepong, di sini, Khamis lalu. Orang awam yang berada di lokasi menemui mangsa dalam keadaan berdarah di dalam kereta sebelum menghubungi polis.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, polis yang menerima maklumat kemudian ke lokasi sebelum menemui mangsa sudah mati di dalam kereta. Menurutnya, susulan itu, pihak polis Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Gombak menahan lapan lelaki berusia 21 hingga 35 tahun kelmarin. "Siasatan lanjut kemudian polis menemui pisau yang digunakan untuk menikam mangsa di kawasan Desa Aman Puri, semalam. "Suspek masih dalam tahanan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi hari ini. Katanya, kejadian dipercayai berlaku akibat perselisihan faham antara mangsa dan suspek berkaitan sewa rumah, yang mana mangsa menyewakan rumahnya kepada suspek dan rakan-rakannya.
Sumber: Harian Metro |
prettyuglybabe replied at 29-11-2023 11:26 AM
untung la dapat masuk lokap pastu masuk penjara..
tak yah nak gaduh bayar sewa dah..
ardent91: ni mesti bangla or nepal or myanmar kan dok menyewa ramai2 camtu..anyway, asal berita ni tulis mangsa ditikam di Taman Ehsan Kepong pastu kata dekat D ...
otai_g replied at 29-11-2023 07:51 AM
Sewa rumah ppr tu ker? Rminya penyewa smpi 8 org
ADVERTISEMENT