CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hormati Jubah Konvokesyen

28-11-2023 10:56 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 16095| Komen: 34

Description: Kuala Lumpur: Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof Datuk Dr Shahrin @ Sahib Sahibuddin menasihatkan graduan supaya menghormati jubah konvokesyen sebagai pakaian istiadat yang penuh makn ...
Kuala Lumpur: Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof Datuk Dr Shahrin @ Sahib Sahibuddin menasihatkan graduan supaya menghormati jubah konvokesyen sebagai pakaian istiadat yang penuh makna.


Shahrin membuat teguran itu selepas melihat ada segelintir graduan yang menyarung jubah mereka kemudian membuat content (kandungan) kreatif untuk perkongsian di laman sosial.


Menurut Shahrin, beliau pasti graduan yang berbuat demikian ingin memperlihatkan apa yang dianugerahkan kepada mereka.

"Tapi perasaan hormat itu perlu ada kerana bukan sembarangan dan calang-calang individu boleh menyarung jubah berkenaan.

"Kami ahli akademik juga menyarung jubah berkenaan sebagai tanda dan simbol ilmu yang dijunjung.

"Pemakaian songkok mahupun mortar-board (topi mortar atau konvokesyen) dipakai oleh mahasiswa sebenarnya antara takrifannya adalah menjunjung ilmu ditauliahkan kepada mereka.


"Jadi sesuai dengan itu besarlah harapan saya semua mahasiswa (mahasiswi) dan graduan UiTM Malaysia seluruhnya untuk menghormati pakaian akademik ini," katanya menerusi satu video berdurasi satu minit 48 saat di TikTok rasmi UITM.

Menurut Shahrin, pakaian istiadat itu perlu diletakkan sejajar dengan statusnya yang sangat mulia dan tinggi dianugerahkan kepada graduan.

"Kena ingat firman Allah itu dari sisi Allah maka ilmu yang saudara dan saudari pegang itu sangat mulia tinggi.

"Maka pakaian itu melambangkan ilmu. Perihal pakaian itu tatacara dan adabnya perlulah dianugerahkan kepada pakaian ilmu yang saudara saudari pakai," katanya.

Terdahulu, tular di laman sosial gambar dan video trend graduan menggayakan jubah konvokesyen ketika berniaga, melakukan kerja rumah dan aktiviti lasak.

Alasannya adalah kerana rugi jika menggayakan jubah ketika majlis konvokesyen saja namun ada yang mengecam dengan mengatakan tindakan itu keterlaluan seolah tidak menghormati pakaian istiadat berkenaan.


Sumber: Harian Metro





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ekselen 28-11-2023 11:06 PM
perangai tak bertanggungjwb..tu je.. jubah tu khas digunakan utk konvo je bkn ko pegi pakai merata buat keja bagai..sejenis batak je yg suka buat menda merapu2 ni...
Quote fair_iza 28-11-2023 11:15 PM
Budak2 ni rs entitled sbb mrk byr sewa.
Quote drivethru 28-11-2023 11:44 PM
Mohon Dato terjun terasa. Dia pun buat aksi terjun dgn jubah kan. Tapi jubah tu dia beli sendiri.
Quote akies 28-11-2023 11:54 PM
Entahnya budak2 zaman skrg ni..
td iols terbaca pakai jubah sambil di gerai pisang goreng.
Apooo? Rosak la jubah oi kena minyak semua tu
Quote doubleA 29-11-2023 01:07 AM
Ni la masalah gen tiktok ni, punya batak dan feeling entitled sampai tak tau jubah tu bukan sama macam pakaian biasa. Majlis konvokesyen pun penuh protokol bukan macam majlis dinner ke kawen ke. Bodoh jgn tunjuk sgt walaupun ko grad diploma/degree pun tak menunjukkan iq ko tinggi
Quote Nokiaman 29-11-2023 01:12 AM
Tak terkejut yg graduan UITM je ada menteliti sampah cenggini...
Quote B40tastePosh 29-11-2023 01:30 AM
Ilmu menggoreng pisang hasil belajar di UiTM 3 tahun.

Quote ezacbee 29-11-2023 05:50 AM
Dah puas bergambo jubah tu aku terus pulangkan time tu gak. Xkose nak bwk balik. Budak2 sekarang pelik2 semua nak masuk dlm medsos.

Quote Perwira2022 29-11-2023 06:06 AM
Dari B40 mereka datang, kepada B40 mereka kembali
Quote ekselen 29-11-2023 06:10 AM
Nokiaman replied at 29-11-2023 01:12 AM
Tak terkejut yg graduan UITM je ada menteliti sampah cenggini...

buat malu uitm je sbb hasilkan produk2 sampah cenggini and perangai cam beruk+jakun...iols pun penah grad tp xdak la terkinja2 nk pakai jubah kulu kilir. hormatla brg yg dipinjamkan/disewa tu.. takut pas2 ni u x bg bawak balik dah..masa nk amik skrol br pakai jubah.. pdn muka korg sume
Quote ekselen 29-11-2023 06:18 AM
akies replied at 28-11-2023 11:54 PM
Entahnya budak2 zaman skrg ni..
td iols terbaca pakai jubah sambil di gerai pisang goreng.
Apooo? R ...

tu lah..bau asap kot...
Quote adeqbun 29-11-2023 07:40 AM
akies replied at 28-11-2023 11:54 PM
Entahnya budak2 zaman skrg ni..
td iols terbaca pakai jubah sambil di gerai pisang goreng.
Apooo? R ...

ai pon bengang tgk budak grg p[isg tu.nak tunjuk sgt asal usul sndri bukan gitu caranya dek oiy...x hormat nilai jubah tu..bkn nilai duit tau..plg xleh blah nurtizen ramai sokong..kemana otak masing2 tggal ntah
Quote otai_g 29-11-2023 07:47 AM
Salah universiti jgk. Ko kaut student ramai2 mcm pukat ikan. Apa sampah Sarah semua sekali ada dlm tu. Msia ni menuju ke arah Bangladesh di mana graduan pun buat keje2 spm je. Inilah factnya.
Quote makita 29-11-2023 07:47 AM
Betul, jgn la dibuat basahan mcm kes pisang goreng tu. Teringat kwn meols lelaki. Jubah dia paras peha hahaha..org yg sebelum tu x tahu tinggi berapa, dijahitnya sampai tarap kemeja bila kwn meols guna. Yg kwn meols ni malas nak bukak sbb jahitan tu kemas sgt guna mesen bukan sembat simple2 tu.
Quote A-Are 29-11-2023 08:04 AM
makita replied at 29-11-2023 07:47 AM
Betul, jgn la dibuat basahan mcm kes pisang goreng tu. Teringat kwn meols lelaki. Jubah dia paras pe ...

macam manalah agaknya rupa kawan u olls lepas pakai tu yer...xboleh nak bayangkan
Quote Dwdrum 29-11-2023 08:38 AM
Budak sekarang banyak trensettler
Quote MissYouSayang 29-11-2023 08:43 AM
Aku je ke yg tak excited sgt nak pkai jubah convo...bcuz terlalu ramai sgt dpt pakai , so rase boring lak.
Quote cap_ayam 29-11-2023 09:07 AM
Kesian Dr Shahrin kena bash dengan budak2 diorang kata zaman sekarang budak tadika konvo pun pakai jubah.. apa ada hal
Quote esbok 29-11-2023 09:46 AM
Edited by esbok at 29-11-2023 09:47 AM

Dari pagi sampai asar daku pakai jubah tak tanggal. Sebab brader hensem yang jaga budak grad tolong pin kan jubah daku dengan kacak sekali. Tu je nak bagitau

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 07:41 AM GMT+8 , Processed in 0.047244 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top