CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Jangan Percaya Kenyataan Aisyah Hijannah, Dia Telah Dikawal Oleh Alif Teega Untuk Sucikan Semula Namanya"

29-11-2023 09:39 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8877| Komen: 52

Description: Ahli keluarga mendakwa Aisyah Hijanah dikawal oleh suaminya Alif Teega agar mengeluarkan kenyataan palsu bertujuan membersihkan namanya.
Ahli keluarga mendakwa Aisyah Hijanah dikawal oleh suaminya Alif Teega agar mengeluarkan kenyataan palsu bertujuan membersihkan namanya.

Sepupu dan juga adik susuan Aisyah, Amirul Adni Rustam meminta masyarakat supaya tidak terpedaya dengan sebarang kenyataan dibuat wanita itu selepas ini.



Foto: IG

"Jangan percaya pun kenyataan kakak (Aisyah) saya nanti. Dia telah dikawal oleh Alif untuk sucikan semula namanya.

"Dah buat tapi tak nak terima kesalahan. Kalau orang buang air besar tengah jalan pun mana ada yang nak mengakukan?" katanya di IG Story.

Dalam pada itu, Amirul turut memohon Alif atau Mohd Hazalif Mohd Hazani, 29, berhenti mengugut Aisyah demi kepentingan peribadi.



Kata Amirul, dia berdoa agar kebenaran dapat ditegakkan selain sudah penat melihat sikap Alif terhadap Aisyah.

"Tunggu sahaja kenyataan palsu daripada kakak saya. Wahai Alif tolong jangan gertak isteri kau. Nak suruh kakak aku bersihkan nama kau yang sudah buruk, kan?

"Moga kebenaran akan terbongkar. Kalau dah buat sesuatu itu tolonglah fikir akibatnya. Sudah-sudahlah kawal isteri kau itu atas kepentingan kau.

"Dengan tak jumpa Umi ya, penatlah dengan jantan macam kau ini," katanya lagi.



Sebelum ini, Amirul membuat pendedahan mendakwa Alif pernah memukul isterinya dan mereka sekeluarga mengetahui serta menjadi saksi terhadap setiap perkara yang berlaku. .

Malah Amirul mendakwa, Alif menjalinkan hubungan dengan wanita lain ketika Aisyah sedang hamil anak ketiga.

Pada petang Ahad lalu, Alif membuat pengakuan dia berpoligami dan penjelasan itu dibuat bagi mengelakkan timbul sebarang fitnah di kemudian hari.

Aisyah atau Aisyah Hijanah Azhari, 28, pula meminta orang ramai tidak bercakap buruk mengenai perkahwinan kedua suaminya itu dan meminta mendoakan kebahagiaan Aliff dan isteri baharunya yang tidak didedahkan identitinya.


Untuk rekod, Alif dan Aisyah mendirikan rumah tangga pada 25 November 2017 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.

Oktober lalu, Aisyah mendedahkan perkahwinan mereka dilanda ujian apabila ada pihak ketiga yang juga pekerja sendiri cuba mendekati Alif.




Aisyah juga memaklumkan dia turut membawa Alif berubat selepas dipercayai terkena penyakit ain selain gangguan sihir pemisah. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jebatmaspunyer 29-11-2023 10:36 AM
Adik nya pun perlu bagi ruang utk kakaknya perbaiki rumahtangga. Jadi lah pemerhati saja, jgn ko plak keluar statement. Kalau betul kakak kena pukul, parents ambik tindakan tanpa perlu update di media social. Kalau si lakinya tak mampu berlaku adil, itu atas kakaknya utk buat keputusan. Jadi pemerhati & bagi moral support. Let her handle her own marriage.
Quote jejarihalus 29-11-2023 10:46 AM
Tgk video Anniversary diorg wah siap menangis si jantan gatal ko** ni buat kek.. Dasar air mata buaya
Quote BoongaKertas 29-11-2023 11:16 AM
tp masa iols tertgk live yg dgn jantan ni buat, siap ecah ni dok disclaim kata dia xkan burukkan laki dia, iols hanya mampu mengucap dan mendoakan sheols happy. iols doakan sheols diberikan ketenangan.

elok jer doa cenggitu, lalu plak klip heols buat vid dgn wife 2. hahaha! iols terus terdoa yg bukan2. iols x mampu yach nak doakan utk jantan sekor ni.
Quote mehmet 29-11-2023 11:29 AM
Bagus si adik susuan bagitahu loud & clear.
Quote mehmet 29-11-2023 11:33 AM
Kalau si Adik Susuan tak terus terang.selamalah menyampah ke Tak Jannah. Rupanya dicontrol sucikan si Lahanat & bulldozer muka terompah.
Quote jazaa100 29-11-2023 11:35 AM
Klu diri sendiri yg sanggup di gunakn, tak de sapa blh mnghalang.....
Quote A-Are 29-11-2023 11:50 AM
kenapa yer kena credit adik susuan....maknanya bkn adik kandung ke?
Quote lil_honey 29-11-2023 11:53 AM
A-Are replied at 29-11-2023 11:50 AM
kenapa yer kena credit adik susuan....maknanya bkn adik kandung ke?

ya, dan mereka tak boleh berkahwin walaupun mereka sepupu.
Quote A-Are 29-11-2023 11:55 AM
lil_honey replied at 29-11-2023 11:53 AM
ya, dan mereka tak boleh berkahwin walaupun mereka sepupu.

Ohh patutla...sepupu yg lebih2 pasal apa...lg 1 bab susuan ni...i olls xgemar betul jenis org2 yg bangga menyusukan anak buah ni (kecuali kecemasan)....mmglah xboleh kawen, tp sepupu ni plg akrab slalu jumpa, kita manatao kang 1 hari nk kawen sesama dia...da xbole
Quote Suchi 29-11-2023 11:55 AM
A-Are replied at 29-11-2023 11:50 AM
kenapa yer kena credit adik susuan....maknanya bkn adik kandung ke?

Sama ada ecah minum susu ibu amirul atau amirul penah minum susu ibu ecah hingga 5 kali kenyang.
Maybe juga ecah penah jd anak susuan mak amirul tu.
Sbbnya mak ecah tu pesakit kanser sblm ecah lahir lagi.
Mak dia kanser yg menyebabkan takleh bercakap tu, masalah kat peti suara kot.
So mmg ecah pun tak penah dengar suara mak dia tu dr sejak dia lahir.
Quote makadek 29-11-2023 11:55 AM
So aishah ni bodo ke
Quote A-Are 29-11-2023 11:56 AM
Suchi replied at 29-11-2023 11:55 AM
Sama ada ecah minum susu ibu amirul atau amirul penah minum susu ibu ecah hingga 5 kali kenyang.
M ...

Ohh i see...barutao...detail betul kisah keluarga dia ceritakan eh...dahsyat
Quote lil_honey 29-11-2023 11:57 AM
iols susah nak faham kes diorang nih, berbelit2...sebabnya semua benda nak cerita dekat medsos sampai iols rasa, alif kawin dua ni,memang aisyah tahu and redha and jadikan sebagai content...

sedangkan masa alif konon kena a'in tu pun pegi jumpa perawat Islam buat content juga.

macam benda dah lama rancang and jadikan content untuk attract netizen je. netizen kan mudah kesian  
Quote Suchi 29-11-2023 12:01 PM
A-Are replied at 29-11-2023 11:56 AM
Ohh i see...barutao...detail betul kisah keluarga dia ceritakan eh...dahsyat

Pasal mak dia sakit kanser tu iols tau kat wikipedia arwah ayah dia.
Ecah penah gak sebut dulu2 kat twitter pasal dia tak penah dengar suara mak dia sejak lahir sbb mak dia sakit kanser tu.
Quote A-Are 29-11-2023 12:21 PM
Suchi replied at 29-11-2023 12:01 PM
Pasal mak dia sakit kanser tu iols tau kat wikipedia arwah ayah dia.
Ecah penah gak sebut dulu2 ka ...

sedihnya hidup dia, bapak mcm tu, emak mcm tu, suami mcm tu....
Quote A-Are 29-11-2023 12:22 PM
Kadang i olls perasan kebarangkalian suami berani kawen 2 n dera emosi isteri ni selalunya sbb tao isteri mmg xda atau krg support sistem keluarga terutamanya....cuba kalau parent in law hidup, jenis lantang adik beradik jns muafakat...kalau perasan kebanyakan nya xberani buat gini kat isteri2 dorang...takut lg adalah..kang xpasal2 kena tumbok dek abg ipar
Quote myakayina 29-11-2023 01:01 PM
serius aku tak kenal dorg ni sapa, samalah mcm kes si tesla tu dulu, laki gatal punai nak tambah bini walau muka skema mcm budak nerd kan.. bertabahlah dik..
Quote JamilBinAbu 29-11-2023 01:19 PM
Terbaca kat timeline twitter aku... dulu bukan main angkuh perempuan ni.
Quote _blackbird 29-11-2023 01:33 PM
Sweet dreams are made of this, who am I to disagree.. i travel the world and the seven seas.. everybody's looking for something

some of them want to use you, some of them want to get used by you
some of them want to abuse you, some of them want to be abused
hold your head up, moving onnn... keep your head up, moving onnn....


Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:57 AM GMT+8 , Processed in 0.126312 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top