CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerajaan Negeri Sembilan Daftar Kebaya Setengah Tiang Jadi Harta Intelek

28-11-2023 05:12 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 6792| Komen: 11

Seremban: Bagi memelihara keaslian dan keunikan Kebaya Setengah Tiang, kerajaan Negeri Sembilan telah mendaftarkan busana tersebut sebagai harta intelek dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) baru-baru ini.


Busana berkenaan yang dikenali Kebayo Setongah Tiang mengikut kepada dialek Negeri Sembilan adalah antara yang berada dalam sembilan Identiti Negeri Sembilan yang telah pun dilancarkan



Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan memberitahu, pendaftaran di bawah kategori Petunjuk Geografi itu adalah bagi memastikan pola dan potongan asal busana tersebut kekal menjadi identiti Negeri Sembilan serta rujukan kepada orang awam.


“Pendaftaran itu sebagai usaha mendaftarkan identiti Negeri Sembilan yang lain supaya turut boleh didaftarkan sebagai paten, hak cipta, cap dagangan dan reka bentuk perindustrian,” katanya.


Menurut kenyataan itu, busana berkenaan dipakai oleh golongan istana, bangsawan dan rakyat biasa sejak 1920-an. 


“Perbezaan ketara bagi penggunaan baju antara majlis rasmi dan tidak rasmi adalah pilihan fabrik yang digunakan dan penggunaan fabriknya disesuaikan mengikut majlis keramaian seperti kenduri serta undangan perkahwinan.


“Baju kebaya setengah tiang juga sering digayakan pegawai kerajaan dan guru semasa mengajar di sekolah disebabkan potongan pola yang mudah untuk bergerak. 


Jelasnya, kerabat diraja terutama Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan mempelopori pemakaian busana Kebaya Setengah Tiang dalam acara rasmi di istana.


Selain itu, katanya, keistimewaan dan keunikan kebaya itu juga turut diserlahkan menerusi pertandingan bagi memelihara keaslian serta memberikan nafas baharu terhadap busana itu.


“Busana berkenaan mempunyai potongan tujuh berbanding baju kebaya labuh yang mempunyai potongan sembilan dan pola baju masih bersifat ‘mengurung’ anggota badan,” katanya,


Dalam pada itu, kerajaan negeri turut menjalankan kajian bagi mengumpul maklumat dan menganjurkan bengkel jahitan bagi merekabentuk semula pola asal Kebaya Setengah Tiang itu sekali gus mempopularkannya kepada masyarakat selain baju kurung.



Sumber: Utusan



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ahriman 28-11-2023 05:27 PM
Nnti ade la tu indon memekak.
Quote raxief 28-11-2023 05:32 PM
1st time dengar kebaya setengah tiang
Quote dani-rox 28-11-2023 07:14 PM
[ig]https://www.instagram.com/p/Cy7QSGABojV/[/ig]

ai suka tengok2 baju kebaya vintage dlm IG nih
Quote sharlenetexas 28-11-2023 07:18 PM
Favourite iols kebaya labuh mcm dalam filem Melayu dulu2. Paling penting kena ada lipatan kelepet. Kebaya pendek iols tak minat. Bila berjalan xde flow.

Quote sharlenetexas 28-11-2023 07:23 PM
Suka dengan kebaya Maslea tapi jenis fabrik dan cutting tak sesuai utk kegunaan seharian. Baik beli kain polyester biasa dan gi tempah kat tailor.

[ig]https://www.instagram.com/p/CcjoK5EvDWc/?igshid=MzRlODBiNWFlZA==[/ig]

Quote MissYouSayang 28-11-2023 07:30 PM
Kebaya songket. Tak smua org sesuai pakai.
Lagi nampak kepam adalah
Quote Tinot7 28-11-2023 11:51 PM
Negeri2 lain taknak buat paten jugak ka?
Quote B40tastePosh 29-11-2023 02:37 AM
Tinot7 replied at 28-11-2023 11:51 PM
Negeri2 lain taknak buat paten jugak ka?


Selangor : Baju Bodo (Bugis) dan Kebaya Selangor.

Dah masuk dalam Pemetaan Budaya.
Quote sukacactus 29-11-2023 06:18 AM
Gagahnya yg baju hijau tu berdiri
Dah posing baju tradisional tu, lembutkan la posture
Kaki tu rapatkan skit
Quote Tinot7 29-11-2023 09:00 AM
B40tastePosh replied at 29-11-2023 02:37 AM
Selangor : Baju Bodo (Bugis) dan Kebaya Selangor.

Dah masuk dalam Pemetaan Budaya.

Oh ya ka? Baguih la

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 02:11 PM GMT+8 , Processed in 0.048003 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top