CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Ada Skandal Dengan Isteri Orang Dipukul Sekumpulan Lelaki

28-11-2023 01:24 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5447| Komen: 13

Description: Sungai Petani: Seorang lelaki cedera di kepala, muka dan paha kiri akibat dipukul sekumpulan lelaki di bawah sebuah hotel di Jalan Padang Temusu, di sini semalam.Kejadian itu dipercayai berpunca diseb ...
Sungai Petani: Seorang lelaki cedera di kepala, muka dan paha kiri akibat dipukul sekumpulan lelaki di bawah sebuah hotel di Jalan Padang Temusu, di sini semalam.

Kejadian itu dipercayai berpunca disebabkan lelaki berusia 42 tahun itu dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan isteri salah seorang daripada lima lelaki berkenaan.



Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 1 tengah hari daripada seorang saksi memaklumkan ternampak sekumpulan lelaki memukul lelaki berkenaan.

"Susulan itu, polis menahan enam lelaki berusia antara 16 tahun hingga 42 tahun untuk membantu siasatan.

"Hasil siasatan yang dilakukan mendapati, kumpulan individu itu dikatakan bertindak demikian kerana lelaki terbabit dikatakan menjalinkan hubungan dengan isteri kepada seorang daripada suspek berusia 33 tahun," katanya dalam kenyataan hari ini.


Zaidy berkata, hasil siasatan mendapati, tiada sebarang senjata digunakan dalam kejadian ini.

Beliau berkata, lima daripada mereka yang ditahan mempunyai rekod jenayah dan dadah kecuali remaja berusia 16 tahun tidak mempunyai rekod.

"Lelaki yang dibelasah itu mempunyai tujuh rekod berkaitan dadah. Kesemua mereka mengenali antara satu sama lain dan hasil ujian saringan air kencing mendapati tiga daripada yang ditahan termasuk yang dibelasah itu positif dadah manakala tiga lagi negatif.

Beliau berkata, kesemua mereka direman empat hari kecuali remaja 16 tahun direman sehari untuk membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan," katanya.



Sumber: Harian Metro




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DayangKirana 28-11-2023 01:38 PM
your wife belong to the street...nothing much to do, return her to where she belongs..
Quote prettyuglybabe 28-11-2023 01:41 PM
geng taik dadah..
Quote MarryPottet 28-11-2023 02:40 PM
Soalan KBAT
Berpandukan kepada karangan diatas, siapakah yang berusia 33 tahun itu? Suspek atau isteri suspek?
Bincang & huraikan
(15 markah)
Quote pokokmeranti 28-11-2023 03:06 PM
MarryPottet replied at 28-11-2023 02:40 PM
Soalan KBAT
Berpandukan kepada karangan diatas, siapakah yang berusia 33 tahun itu? Suspek atau iste ...

salah seorg dari lima org yg pukul mangsa yg berumur 42 tahun. tak gitu?
Quote otai_g 28-11-2023 04:15 PM
Taik dadah pun laku ye nowdays. Demi sebatang pensel..
Quote edayildiz 28-11-2023 04:18 PM
sepatutnya mmg mcm tu la kn
Quote edayildiz 28-11-2023 04:20 PM
alamak  nape i tulis gitu
dadah sama dadah..bini suspek taik dadah jgk ke
Quote maroon_nerd 28-11-2023 06:13 PM
Kau gi pukul laki tu, bini kau, kau pukul tak? Patut belasah bini kau dulu.
Quote jazaa100 28-11-2023 06:17 PM
Bini sangap....
Laki taik dadah, pi skandal dgn taik dadah jugak yg ada 7kes dadah....

Baik le kau on aircond dlm keta & bunuh diri...
Quote ninja boy 28-11-2023 09:22 PM
Dadah pun dadah lah janji laku berbanding antertu andartu x laku
Quote Zazama 29-11-2023 07:44 AM
Di kilang tempat iols kerja, suami isteri kerja berlainan shit. Bini ada hubungan dgn suami org yg satu shift dgn bini itu sendiri. Bila si suami dibg tahu pasal hubungan sulit bininya, si suami dayus tu masih lg tak percaya, siap back up kata ....bini saya dah bersumpah Demi Allah tak buat!... Hah! Itu dia isteri zaman itu. Kau main2 dgn namaNYA! Laki dia memang dayus lah. Buat malu je!
Quote B40tastePosh 29-11-2023 12:00 PM
Zazama replied at 29-11-2023 07:44 AM
Di kilang tempat iols kerja, suami isteri kerja berlainan shit. Bini ada hubungan dgn suami org yg s ...

Ramai je camtu...baik suruh bini kerja WFH je, aman.
Quote Zazama 29-11-2023 03:06 PM
B40tastePosh replied at 29-11-2023 12:00 PM
Ramai je camtu...baik suruh bini kerja WFH je, aman.

Iye..mmg ramai. Harap kalau laki kpd bini tu, kalau kau baca la bende ni, sian lah kamu dan anak2. Kena tipu hidup2 dgn bini sendrik. Minta maaf ckp, kau suami dayus!! Kalau tak betul, org tak cite lah kat kau!

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 07:54 AM GMT+8 , Processed in 0.116367 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top